Tuesday, December 14, 2010 | By: miya

News of the New!!

Salam,


To all friends, wherever you are...


Yg disana pasti antara kita sedg..bertungkus lumus berkeje


ade juge sedg memikirkan hal2 research n acedemic ny


ade juge sedg ward round melihat patient2 mereka


juge ade yg berfikir2 berfikir berfikir..kusut minda ny


hal2 kerja..hal2 peribadi..pelbagai isu ny


How are you guys doing..?
Hope there is still smile on your faces ;)


Nothing much that i would like to say here..


Just to give you guys a peek view n updates from Kuantan


Its the New building of our Kulliyyah


:)


long had been waiting..


so here it goes...


let the pictures talk..



the parking lot

main lobby





kt tengah ni..emm not really tgh cm KOM pn







K.ira, Sr. Fathin, Zati, Dr. Azdie



emm tu je lah yg nk di sampai kan buat kali ni..

my best wishes to all of you..

moga dimudahkan segala urusan

take care~





From: both of us [hehehe nk jgk enter frame ;p]
Thursday, November 4, 2010 | By: MiraculousSigns

Introducing... NEMO!!

Salaam..

Dear all,

Izinkan saya membuat "bising" dlm blog yg dah mula sunyi ni eh.
Semoga hari-hari kita sentiasa mendapat barakah dari yg Esa. Pastinya banyak cabaran yang ditempuhi. Walauapapun, semoga segala cabaran tu semua mendidik kita menjadi seorang muslim yang lebih baik dari sblm ni InsyaAllah..

Sebenarnya, takde pa pe sangat nak kongsi. Cuma dpt tau satu link yg sgt bermanfaat .
NEMO : Nutrition Educational Material Online.

Australia punye (maklumlah, my colleague was trained there.. so most of our sources are from there hehe..)

http://www.health.qld.gov.au/nutrition/

Till then,

Ayat
Saturday, October 16, 2010 | By: MiraculousSigns

Uhuk.. uhuk.. did I fail the Swallowing Ax?

Lapar.

Bosan.

Rafiq sudah hilang sabar. Tiub yang dimasukkan ke dalam perutnya itu cuba dicabut berkali-kali. Ibunya di sisi mula bingung, cuba menenangkan anak yang dikasihinya.

"Sudahlah aku tak suka minum susu. Dipaksa lagi minum guna tiub nih!! Aii."

Rafiq hanya mampu mendengus dalam hati. Penyakit Acoustic Neuroma yang dihidapinya mengganggu kemampuannya menelan makanan.

Hilang sudah satu nikmat besar. Segala makanan yang suatu ketika dahulu menjadi kegemarannya, sudah tidak mampu dirasai lagi.

Doktor yang menjaganya lantas meminta SN Lya, seorang swallowing assessment nurse untuk membuat penilaian sama ada Rafiq selamat untuk menelan makanan atau tidak.

***

Senario di atas memberi kita gambaran tentang salah satu isu dlm transitional feeding (from enteral feeding to oral intake). Kebiasaannya, pesakit stroke menghadapi masalah sebegini -> susah nak telan makanan. Melalui pengalamn (yang tak seberapa), Ayat perasan swallowing assessment ni dibuat antaranya utk menjangka berapa lama pesakit memerlukan tube feeding tu. Kalau failed, Dr. akan plan untuk pasang PEG TF instead of continuing using NGTF.

Sebenarnya, tugas swallowing assesment ni -> speech pathologist. Tapi disebabkan di sini takde, jadik, nurse yang ambil alih tugas ni. Tapi dia pernah dapat training dengan visiting speech pathologist sebelum nih. Ni sedikit sebanyak dpt membantu / menggalakkan lagi pt untuk ke oral feeding instead of biar diorang lame2 pakai NGTF. Sedangkan mungkin dia mampu eating orally (meskipun perlahan) kan? kan? Jadi, di kesempatan ni, Ayat nak kongsikan sikit tentang swallowing assesment nih. Good to know i reckoned (",)

***

1. Role of swallowing assessment personnel
-Identify pts at risk and requiring dysphagia ax-new ax or review
-Facilitate oral/enteral intake as per speech pathologist/ dietitian's recommendation
-Maintain pt's oral hygiene
-Educate pt & family members on safe swallowing strategies.

2. Purpose of doing swallowing ax
-Prevent complication such as aspiration pneumonia
-Promote pt's sense of well being-eating/drinking on their own
-Provide oral stimulation -initiate swallowing process


A session of swallowing assessment comprise of :
1. Introduction - digging social info of the pts etc
2. Oromusculature examination
3. Oral trial

***

Oromusculature examination

Dlm sesi ni, kita akan examine pt's muscle strength kat muka. Melalui ini, kita akan dpt idea kemampuan pt dlm menelan makanan. Agak subjektif sebenarnya. Need a lot of experience to give the judgment actually. hmm.. Semua ni berkaitan dengan damaged nerves. Nerves yg rosak akan memberi impak dlm fungsi muscle kita kan? Ni, spesifik kpd muscle utk telan makanan :

1. trigeminal-v : if damaged, reduced chewing movements, poor bolus preparation, reduced facial sensation
Question to be aked (QTA): can u sense my finger (run fingers to pt's face)?

2. facial-vii : if damaged, food /drink spilling from mouth, facial asymmetry, buccal pocketing, loss of taste (by report), decreased salivation
QTA : Can u smile/ wrinkle for me? Would you balloon up your mouth for me?

3. glossopharyngeal-ix : if damaged, delayed swallowing, impaired taste (by report)

4. vagus -cn x : if damaged, absent or changed voice, weak or absent cough, multiple reflexice swallows.
QTA : Try to cough for me? Is this voice the same as before admitted here?

5. Pharyngeal plexus ix & x : if damaged, effortful swallow, reduce swallow effectiveness, pharyngeal residue

6. spinal acessory -cn xi : if damaged, nasal regurgitaton, nasal voice.

7. hypoglossal - cn xii : if damaged, difficulty initiating swallowing, impaired lingual movement, lingual weakness, oral residue post swallow.
QTA : Put up your tongue? (midline or not?) put your tongue side to side?

***

Oral trial

Lepas dah buat OME examination kat atas, basically dah dapat idea lah pt mampu telan fluid jenis ape. Kat sini, guna thixer . so ade 3 level. level 1-nectar like, level 2- honey like & level 3- spoon thick. Kalau nampak pt tu mcm lemah sikit, drooling face, agak2 mcm susah nak telan, mula dgn level 2 dulu ke





biasanya cuba 2 kali. masa suruh pt telan, pegang leher dia, rasa swallowing process die. berapa lama. kadang2 mmg slow, 10-15 seconds after prompting baru telan. kadang2 tak dpt nak telan pun, bukak mulut, nampak lagi residue. so, takpelah, keluarkan balik makanan tu.

Mulakan dgn yg thickened, then if 'ok' try yg level 1 pulak. if ok jugak, boleh suggest change 1 NGTG to oral feeding hari tu. try bg bubur but mesti under supervision dulu.

what you should observe during supervision :
-fluid leaking/drooling from the corner of the mouth
-delay in initiating swallowing process
-trying very hard to swallow but unable to clear fluid/food in mouth
-hyolaryngeal elevation and excursion
-sign & symptoms of aspiration : coughing, increase RR, choking
-fluid / food residual inside the mouth.

***

Basically, lebih kurang macam tu lah. Kat sini, tugas ayat monitor intake pt mase tengah 'trial' ngan oral intake tu. tengok berapa byk yg pt boleh makan, then top up dgn tube feeding. Kalau pt dah mampu makan sampai 800 ml sehari, biasanya, cabut terus NGTF, galakkan pt makan. Yelah, NGTF biasanya ganggu orang nak makan, lepas dah cabut, lagi banyak pt dapat makan.

Sekian dulu.

Semoga bermanfaat.

Rindu nak jumpa semua.

Wslm
Tuesday, October 5, 2010 | By: MiraculousSigns

Gout : Kekacang, soya, paku pakis x bley makan eh?

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Jom ulangkaji diet mx for GOUT.
Bila sebut tentang gout, kebiasaannya memang kita akan teringat akan --> PURINE
Tapi, apa kata kalau kali ni, kita lihat dietary mx gout ni dlm konteks yang menyeluruh, meliputi setiap kumpulan makanan dlm piramid makanan tuh. Sebelum tu, apa yg CPG kata ttg gout nih

Jom mulakan satu persatu ikut kumpulan makanan..

Kump 1 : Nasi, roti, bijirin.
Makan secukupnya.
Urate excretion tends to be enhanced by carbohydrates (50-55% CHO). (Dorfman,2004)

Kump 2 : Sayur-sayuran
Makan banyak

...increased risk of gout was not associated with vegetable protein. (ADA,2009) ...vegetable intake, REGARDLESS of purine content, may be protective as it may increase urate excretion (ADA,2009)

Kump 3 : Buah-buahan

Makan secukupnya

Choi & colleagues also observed a direct correlation between the degree of fructose intake, measured as soft drink consumption, and the risk of both hyperuricemia and gout (ADA,2009)
Higher vitamin C intake is independently associated with a lower risk of gout (ADA,2009)

Kump 4 : Susu & produk tenusu

Minum secukupnya

High intake of dairy products seem to have an inverse relationship with hyperuricemia, as they may have a uricosuric effect (ADA,2009)


Kump 5 : Daging

Makan secukupnya & kawal pengambilannya
Elakkan makanan tinggi purine & hadkan pengambilan makanan sederhana kandungan purine

Increased risk of gout was associated with a higher consumption of meat and seafood but not with a higher consumption of animal (milk, egg or cheese) protein. (ADA,2009)


Lemak & gula

Kawal pengambilannya & pilih kaedah memasak yang lebih sihat.

Urate excretion tends to be reduced by fats, the diet should be relatively low in fat (30% of calories) and modified in cholesterol (<300)

Air
Minum air sebanyak-banyaknya

Intake of fluids (3 L/day) should be encouraged to assist with the excretion of uric acid and to minimize the possibility of renal calculi formation. (Dorfman, 2004)


Kesimpulannya seperti pamphlet yang dihasilkan di bawah: tadaa..



Sekian, semoga bermanfaat


References:

Dorfman, L. (2004). Medical Nutrition Therapy for Rheumatic Disorders. Krause's Food, Nutrition & Diet Therapy, Elsevier : USA

American Dietetic Association. (2009). Gout: Is a purine-restricted diet still recommended?
Journal of American Dietetic Association (7) : 22

Wednesday, September 22, 2010 | By: Nadirah

Tahniah!

Tahniah buat sahabat-sahabat yang mendapat panggilan temuduga Suruhanjaya Pekhidmatan Awam (SPA). Rezeki kita semua dipanggil awal, moga layak dipilih mengisi kekosongan yang ada. Semoga dipermudahkan segala urusan & dilancarkan pertuturan semasa menjawab soalan. All the best my friends! [Kalau ada apa-apa yang boleh dikongsi, jangan lupa bagitau ye! =)]

Moga beroleh kemenangan
Saturday, September 11, 2010 | By: Nadirah

Kullu 'am wa antum bikhyar [Semoga sepanjang tahun, kamu berada dalam kebaikan]


Assalamualaikum w.b.t.

1 Syawal 1341H
 Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar! Alhamdulillah, Allah masih dipanjangkan usia kita semua untuk menikmati nikmat iman dan Islam dan meraikan Aidilfitri yang mulia. Semoga kita semua beroleh ijazah TAQWA hasil daripada usaha yang dicari sepanjang Ramadhan, istiqamah dalam bulan-bulan yang lain juga. "Jadilah kita hamba Rabbani, bukan hamba Ramadhani"
Tuesday, August 31, 2010 | By: MiraculousSigns

Kaunseling diet : Perkara yang selalu dilupakan?

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Buat teman2 yang diingati selalu. Ramadhan hampir2 berlalu, sejauh mana telah kita manfaatkannya? Apakah kita akan bertemu lagi dengannya tahun hadapan? Ya Allah, kurniakanlah kami Taqwa ya Allah. Terimalah segala amalan kami ya Allah.. Dan berkahilah sisa masa Ramadhan kami ini ya Allah...

Kawan2, tajuk kita kali ini ialah : Pemakanan sihat (Balance, variety & moderation). Sebenarnya, Ayat sendiri (terus-terang) selalu ter'lupa' untuk ajak pt amalkan pemakanan yang seimbang. Dulu2, masa praktikal, terutama sekali masa ramai pt kat luar bilik kaunseling tu, selalu nak cepat2, terus 'attack' masalah pesakit. Terus prioritize utk advise pt ttg habit yang salah mengikut penyakit yg dihadapi.. Jarang-jarang utk advise pt amalkan pemakanan yg seimbang, cukup semua kumpulan makanan..
Thursday, August 19, 2010 | By: Nadirah

26th IIUM Convocation Day Info - Our big day!

A journey of a thousand miles must begin with a single step

The 26th Convocation Ceremony will be held from 2nd October 2010 until 4th October 2010, encompassing five sessions altogether. Our session will be held on 3rd October 2010, at 2.30 p.m. (session 4). Everyone can check your graduate status here.

Please check the important information for our big day! Congratulation to us =) 
Friday, August 6, 2010 | By: MiraculousSigns

Zaman muda-muda dahulu..




Jun 2006 membawa kita melangkah


Menapak satu persatu

Meraih cita-cita & impian



Kita dipertemukan dengan teman-teman


Dari pelbagai latar belakang

Pelbagai cara berfikir


Pelbagai karenah & perangai

Belajar untuk saling bertoleransi



Sehingga tiba waktunya..




Kita berpisah jua

Membawa hala tuju masing-masing..

Saat ini,

Apabila kita di alam kerjaya,

Memaksa kita untuk tangkas berlari

Menyerlahkan potensi diri

Dan menaburkan bakti semampu mungkin

Ada waktunya, mungkin terasa lelah


Justeru...

Luangkan masa untuk mengoreksi diri

Menilai segala yang telah dilalui..

Untuk apa kita disini

Kemanakah akan kita tuju?



Apakah saat ini kita hanya sekadar mahu mengisi masa lapang?

Sekadar mencari gaji...

Sekadar menjalani rutin harian?


Sedangkan jauh di sana terlalu banyak amanah yang tidak terlaksana.
Sebagai seorang hamba
Sebagai seorang khalifah...
Sebagai seorang anak
Sebagai seorang kakak atau adik..
Sebagai seorang ahli masyarakat..

Di saat berleluasanya gejala sosial
Di saat kemungkaran bermaharajalela
Di saat musuh-musuh Islam merancang
Di saat zionis menyerang
Di saat pemikiran diracuni dari segenap ruang..

Kembalilah ke dalam diri
Carilah Islam & tegakkanlah ia di dalam diri.
Sebelum tiba waktunya,
Islam itu tercabut dari akar umbinya..
Jangan biarkan ianya berlaku.

Lantas, binalah peribadi muslim sejati...
Serulah yang lain...


Selamat menyambut Ramadhan..
Miss u all..



Ayat Ibrahim
Dietitian
Normah Medical Specialist Centre Kuching
Tuesday, July 27, 2010 | By: Nadirah

Aku Lebih Baik daripada Kamu?

oleh: Pahrol Mohd Juoi
(Solusi Isu 21)

Takabbur sebenarnya hak mutlak dan eksklusif Allah s.w.t. Tiada siapa pun yang boleh mencabar-Nya. Orang yang takabbur pasti lebur. Mereka akan musnah di dunia dan akan terseksa di akhirat. Ini detegaskan sendiri oleh-Nya melalui sebuah hadis Qudsi:

Daripada Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Allah berfirman: 'Kesombongan adalah selendang-Ku dan kebesaran adalah sarung-Ku. Maka sesiapa yang bersaing dengan-Ku pada satu daripada kedua-duanya, maka pasti akan Kulemparkan ia ke dalam jahannam." (Riwayat Abu Daud no.4092 dan Ibn Majah no 4147)

Jelas di sini, takabbur ialah ibu segala sifat mazmumah. Daripada sombong lahirnya marah, hasad, ujub, riya' sum'ah, tamak, bakhil, dan sebagainya.

Sejarah Takabbur

Kederhakaan dalam kalangan makhluk terhadap Khaliq ialah keengganan iblis dalam mematuhi perintah Allah untuk sujud hormat kepada Nabi Adam a.s. Tidakkah ini disebabkan rasa takabbur? Iblis yang merasakan dirinya lebih baik, tidak mahu tunduk kepada Nabi Adam a.s. hanya kerana dirinya diciptakan daripada api berbanding Nabi Adam yang diciptakan daripada tanah. Sindrom "ana khairun minhu" (aku lebih baik daripadanya) ini akhirnya turut menular menjangkiti manusia. 

Alhasil, lahirlah Qabil, anak Nabi Adam a.s. sendiri yang merasakan dirinya lebih baik dan berhak mengahwini saudara perempuannya yang lebih cantik berbanding adiknya Habil. Lalu pembunuhan pertama dalam sejarah kemanusiaan pun berlaku. Qabil mengikuti jejak iblis apabila lebih mementingkan kehendak nafsu berbanding hukum yang telah ditetapkan, sebagaimana iblis enggan mengiktiraf kelebihan ilmu yang ada pada diri Nabi Adam a.s. Begitu juga Qabil yang tidak dapat menerima hakikat bahawa pengorbanan adiknya Habil lebih ikhlas berbanding dirinya.

Monday, June 21, 2010 | By: siti suhaili

Warfarin Diet

Tahniah buat kawan2 yg dah berkerjaya. Smoga kerjaya korang diberkatiNya. Raya ni siap la korang, mesti mau kasi angpau pada anak2 buah.. HUHUhu.

OK. Ni pasal Diet with Warfarin medication. Ayat hari tu ada tanya, tak sempat nak YM dgn dia. Rasanya u all da tau dan lagi mantap dari su, ni just utk ulangkaji n tak nak bagi su sendiri lupa. Or at least utk information adik2 kita (if ada yg baca la). Kalau ada silap sila betulkan ye.. especially spe2 yg da jadi Clinical dietitian tu. =P


APE ITU WARFARIN? ---> sejenis Anticoagulant.

Biasa diberi kpd post-op patient, tp bukan sume post-op pt dapt warfarin kan?
Kalau di IJN, patient yang diagnosed w Artrial Fibrilation (AF)biasanya akan dapat warfarin ni(AF--->denyutan jantung biasanya tak consistent, menyebabkan pressure dalam one of the heart chamber pun x consistent, so tendency utk heart wall damage tu ada.Kalau luka, coagulation factor akan bertindak dan risikonya.. trombosis.
Ada yg ambil temporary dan ada yg permanent. Pt with mechanical valve akan ambil warfarin for the rest of his life.

Drug-Nutrient Interaction.

Pengambilan warfarin ni ada interaction dengan Vitamin K. As u all know, vitamin K membantu dalam blood coagulation (penggumpalan darah) dan ia sudah pasti counter act dgn warfarin dan reduce drug efficacy. Begitu jg coenzyme Q10, yg molekulnya bersifat seperti vitamin K.
Wednesday, June 16, 2010 | By: mazu

My 1 month +++ as catering dietitian =)

Assalamualaikum dearest friends,

ape khabar rakan2? windu korg semue~ da lame x bkak blog.. kat mane lagik batch diet kte nk update2 n story2 if bkan kat cni kan? =) anyhow, just nk add a lil bit more ape yg ija tulis psl pengalaman die since i was a cat diet once ~~ ( mcm da lame je~ huhu) xde la.. takut da terlupe nanti...

so, geng da bertambah @ BESTA (ilman, ija, mazu, hidayah n farhana + 2 seniors kak aini & k. ain) byknye~~~~ =) tp i n kak ain da kuar =( .. frankly, sgt sdey tgglkan hosp serdang tho sebulan je kat sane. to date, rasenye yg kosong lagik hosp penang + ppum (cz they wanna add another dietitian over there) & besta ade perancangan nk ade 2 dietitians kat stp outlet.. but dat is just future planning~ keje yg related ngan course kite rasenye byk je kan? cume kite nk ke x je la~

getting back to d main agenda~ being a catering dietitian was fun but tiring =)) job satisfaction very high. i actually reached workplace @ 8am ( nk sampai serdang 1jam cz jam ape sme) n sampai umah @8 - 9 pm .. long hours cz byk keje + elak jam.

sepanjang jadik cat dietitian @ hosp serdang i ( lain sket dpd ija cz die kat cpu):

~plan for the menu of hosp serdang ( kebetulan br tka contract br so need new menu) menu ade- normal diet (spicy, nonspicy, vegetarian & western) + therapeutic diet = DD,SD, LS, LPHOS, LPOTA, combination). bile plan menu kene liaise ngan JDS (dietitian, pa,co) ~~~ job description yg ni paling payah skali.. considering kte fresh grad n plan 2 cycle menu. sakit pale.. but bykkkk sgt apply clinical knowledge =))
Wednesday, May 5, 2010 | By: syahiza

cik dietitian menulis....


Salam to all

Apa khabar kawan2ku semua? Hopefully everybody is doing well. It’s been 3 weeks (or more) since we parted right? To be honest I really missed u gals n guys. I miss UIA. I miss Krauss Mahan (eh ye ke?hehe anaybody second me?) So apecer sume org? is there anybody that ready to tie the knot? Ehem2 inform la ek. Jgn senyap2 je.

Nway I think that many of u already know that I am now working as catering dietitian for BESTA. I was sent to BESTA central production unit (CPU) at Bandar Baru Bangi. Today (Wednesday, 5/5/2010) genaplah 2 minggu saya keje kat sini. So a few of our friends did ask how was work, how was the interview, n stuffs. So here I am to share a lil bit on the working process.

To begin with, I know that there is vacancy bcos our classm8, Encik Ilman Hadree Idris told me about it. Ops, jgn scandal dulu..as many of us know, ilman was offered as BESTA catering dietitan at KPJ seremban. So before he went off, I asked for his help to inform me if there is any vacancy (networking is very important ye fellas ). So on his first day of work (12 april 2010, Monday –at that time I was at KOM to show my resume to Sis Fathin) he called me and said that there is vacancy. So I emailed my resume to the HR. they called me on Friday to come to interview on Monday, 19 april 2010. So i just went there, and surprisingly I met our clasm8 there, cik mazuin kamarul zaman. Hehe lega sket ade member. The interviewers are Mdm Soo (consultant dietitian besta) n cik hilaliah (HR). The questions are:
Monday, May 3, 2010 | By: Nadirah

buat kamu...


Gambar ni tak muat nak letak dlm templete kat atas.. terpotong, nanti sume tak masuk =)
Kalau ada sape2 nak ubah templete, nanti masukkan tau gambar ni... Rindu kat sume

p/s: if anyone want to update this blog, please sign in here!


Tuesday, April 27, 2010 | By: Nadirah

Menu Makanan Pejal Bayi

Saya membelek entri-entri lepas, baru terperasan ada janji yang belum saya tunaikan kepada sahabat.Saya memohon maaf atas keterlewatan janji tersebut, moga kita sama-sama mendapat manfaatnya dan sentiasa mendapat rahmat daripada-Nya ;)



Menu 1: Puri Sawi (5-6 bulan)
  1. Ambil 1/2 cawan daun sawi, cuci bersih dan potong kecil.
  2. Kemudian rebus sehingga menjadi lembut.
  3. Setelah itu, ambil daun sawi yang telah lembut tadi dan cincang sehingga halus.
  4. Tambahkan sedikit air rebusn untuk mencapai kepekatan yang diingini. Sedia untuk dihidangkan.
Menu 2: Puri Epal (5-6 bulan)
  1. Ambil 1/4 epal merah, cuci dan buangkan kulitnya.Potong epal menjadi bentuk dadu kecil.
  2. Rebus bersama sedikit air dan biarkan mendidih sehingga buah menjadi lembut.
  3. Setelah itu, lecek epal tadi bersama sedikit air rebusan.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

* Deria rasa bayi boleh dilatih. Oleh yang demikian, bayi haruslah diperkenalkan dengan rasa pahit dahulu sebelum rasa manis. 

Info tambahan
Panduan membuat puri sayur-sayuran:
  1. Basuh sayur-sayuran sehingga bersih dan buangkan kulitnya jika ada. Cincang atau potong sayur tersebut kepada potongan yang kecil.
  2. Rebus sayur dengan air yang secukupnya (atau kukus) sehingga empuk atau lembut. Kemudian tapis isinya. Kisar atau cincang bersama sedikit air rebusan tadi. Hidangkan.
  3. Cadangan sayur-sayuran: Lobak merah (pilih lobak yang masih muda dan kecil untuk menghasilkan rasa yang lebih manis), keledek, brokoli, ubi kentang, dan bayam.
Panduan membuat puri buah-buahan:
  1. Pilih buah yang cukup masak, kupas kulitnya dan cuci. Buangkan bijinya jika ada, dan potong buah tersebut kecil-kecil (dadu).
  2. Rebus bersama sedikit air sehingga menjadi lembut atau empuk.
  3. Kisar atau cincang bersama sedikit air rebusan tadi sebelum dihidangkan kepada bayi.
  4. Cadangan buah-buahan: prun, pir, epal (untuk buah yang keras seperti ini, pastikan anda merebus sehingga lembut)
Menu 3: Bubur 3 Rasa (6-9 bulan)

Bahan-bahan:
  • 3 sudu besar ubi keledek (dipotong dadu)
  • 1 biji kecil lobak merah (juga dipotong dadu)
  • 4 kuntum bunga kobis

Cara-cara:
  1. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam periuk dan rebus dengn air yang secukupnya.
  2. Masak sehingga empuk atau lembut.
  3. Tapis bahan-bahan yang sudah masak tadi untuk diasingkan dengan air rebusan.
  4. Kemudian, kisar bahan-bahan yang telah direbus tadi dengan sedikit air rebusan (jika tidak mahu mengisar, boleh juga melecek makanan tersebut).
  5. Sedia untuk dihidangkan.
Menu 4: Omelet + Sayur Campur (9-12 bulan)

Bahan-bahan:
  • 1 biji telur ayam
  • 2 sudu besar sayur campur (kobis bunga, putik jagung, brokoli / sawi)
  • 1 sudu kecil minyak masak

Cara-cara:
  1. Potong sayur campur dan hiris nipis-nipis.
  2. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
  3. Pecahkan telur di dalam bekas lain terlebih dahulu, kemudian masukkan sayur campur yang telah dipotong tadi.
  4. Tuangkan campuran tadi ke dalam kuali yang telah panas. Masak telur sehingga kekuning-kuningan. Kemudian, segera angkat dan masukkan ke dalam pinggan. Jangan biarkan telur terlalu garing kerana ia akan menghilangkan khasiat di dalamnya.
  5. Potong mengikut ukuran yang diingini (seboleh-bolehnya boleh dipegang oleh anak) dan dihidangkan.
* Garam atau perisa makanan yang lain tidak perlu ditambah ke dalam makanan anak kerana ia akan meningkatkan sensitiviti deria rasa.

Menu tambahan untuk bayi 9-12 bulan:

Stew ayam dan sayur


Bahan-bahan:
  • 1/2 kotak mancis daging ayam (dibuang kulit dan lemak)
  • 1 biji bawang merah (dimayang halus)
  • 2 sudu makan lobak merah (bersaiz kecil)
  • 1 sudu makan barli (dibasuh bersih)
  • 2 sudu makan ubi kentang
  • 1 sudu makan kacang pis
  • 2 sudu kecil minyak masak

Cara-cara:
  1. Cincang danging ayam, disarankan untuk menggunakan daging ayam bahagian dada.
  2. Potong lobak merah dan ubi kentang kepada bentuk dadu yang kecil.
  3. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
  4. Tumis bawang merah yang telah dimayang halus sehingga naik bau.
  5. Kemudian, masukkan pula daging ayam dan biarkan seketika sehingga sedikit garing
  6. Masukkan lobak merah, barli dan air. Biarkan mendidih dengan api yang kecil sehingga daging ayam betul-betul masak serta lobak merah menjadi lembut.
  7. Masukkan ubi kentang dan teruskan mereneh sehingga ubi kentang menjadi lembut.
  8. Masukkan pula kacang pis dan biarkan ia lembut.
  9. Sekiranya tekstur makanan masih kasar untuk bayi, lecek makanan tersebut sebelum dihidangkan kepada bayi.

SELAMAT MENCUBA!
Thursday, April 8, 2010 | By: siti suhaili

Terima Kasih Ya Allah


Ya Allah Ya Rabb ul’Izzati,
Seakan masa begitu cepat berlalu
Berakhir sudah 4 tahun kami menuntut ilmu di Taman Imu dan Budi,
Dan hari ini Engkau dengan penuh kasih sayang Mu menyempurnakan urusan kami di sini.

Ya Allah Ya Wahhab, Yang Maha Pemberi
Kami bersyukur padaMu atas segala nikmat yg Engkau kurniakan selama kami berada di sini
Kami juga bersyukur padaMu, kerana Engkau izinkan kami untuk menghabiskan pengajian.
Ya Allah, tanpaMu takkan pernah kami dapat bertahan,
Tanpa rahmatMu takkan pernah kami dapat tersenyum akhirnya.
Ya Karim, keranaMu hari ini kami mampu pulang memeluk ayah dan ibu.

Ya Hayyu Ya Qayyum,
Andai engkau masih izinkan kami bernafas dibumi uzur ini,
Murahkanlah rezeki kami untuk mendapat pekerjaan yang selayaknya
Izinkanlah kami menggunakan ilmu yang Engkau telah halalkan kpd kami untuk menyumbang kepada ummat
Jadikanlah ilmu dan pekerjaan kami bermanfaat buat diri kami, keluarga, masyarakat, dan negara.
Jadikanlah ilmu dan pekerjaan kami ini antara rantaian usaha yang akan menegakkan Syiar Islam

Ya Khaliq, Tuhan Yg Maha Mencipta,
PadaMu segala ketetapan.
Andai engkau menetapkan jodoh pada diri kami,
Kurniakanlah kami pasangan yang beriman dan taat pada suruhanMu, patuh pada laranganMu
Lindungilah kami dari dosa dan maksiat sebelum ikatan yg halal terjalin
Dan permudahkanlah jalannya kepada kami dengan rahmatMu.

Ya Allah Yg Maha Tinggi,
Rahmatilah kedua ibubapa kami, kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sedari kecil,
Berkatilah hidup guru-guru kami, para pensyarah dan sesiapa sahaja yang pernah mengajar kami,
Cukupkanlah keperluan orang-orang pernah menolong dan berbuat baik pada kami
Ampunkanlah dosa orang-orang yang pernah mengkhianati kami
Dan lindungi kami dari orang-orang yg cuba merosakkan akidah dan akhlak kami.

Ya Karim Ya Hakim
Ampunilah dosa-dosa kami selama kami menuntut ilmuMu
Ampunilah kami bila tidak bersungguh-sungguh mensyukuri pemberianMu
Ampunilah kelalaian kami selama ini Ya Allah

Ya Allah Ya Ghaffur
Dosa-dosa kami menggunung tinggi
Namun kami hitung maghrifahMu
Syukur kami begitu sedikit,
Namun kami hitung kasih sayangMu,
Kurniakan kami hati yang takkan pernah berhenti mencintaiMu dan rasulMu,

Ya Allah Ya Mumit,
Andai kau menetapkan kematian bagi kami,
Matikanlah kami dalam keadaan kami beriman dan Islam,
Janganlah kau matikan kami dalam keadaan kami lalai,
Tempatkanlah kami bersama-sama mereka yang soleh

Ya Qawiyyul Matin,
Kurniakanlah kami hati yang kuat dan tabah untuk menempuh liku2 hidup selepas kami melangkah keluar dari sini
Jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sabar dan merendah diri
Janganlah Engkau kumpulkan kami bersama hamba2 yang bongkak dengan ilmu mereka, dan janganlah Engkau golongkan kami di antara orang-orang yang tamak dengan keduniaan.
Ingatkanlah sentiasa hati kami pada hari yang tiada naugan melainkan naunganMu.

Ya Allah, jangan kau jadikan kami berputus asa dari rahmatMu.
Teguhkan pendirian kami menghadapi ujianMu.
Dan gembirakanlah hati kami dengan ampunan dan cinta dariMu.

Terima kasih Ya Allah kerana lahirkan kami sebagai seorang ISLAM
Terima kasih Ya Allah, CINTAMU YANG TERATAS…
Tuesday, April 6, 2010 | By: siti suhaili

PEG video.

Testing-testing. Cube tengok PEG video through this link.

http://www.youtube.com/watch?v=atQGkK0zW2s
Wednesday, March 24, 2010 | By: Nadirah

HUSM

Sejak posting special units, masing2 'mendiamkan' diri. Belum ada lagi post utk dikongsi bersama dek kekangan masa yang menjerat. Hari ni da hampir 5 hari attachment di HUSM tamat. Terlalu banyak rasanya untuk dikongsi bersama kawan2 memandangkan kami berempat merupakan pioneer (chewah!) IIUM yang membuat praktikal di sini. Terima kasih kpd lecturers yang menghantar kami ke sini!

Eloklah saya mulakan dengan organisasi di unit ni. Seramai 8 orang pegawai dietetik yang berkhidmat di sini; Diketuai oleh Hj Zulkifli Awang (U52), Timbalan Pengarah (Dietetik)- di sini tak dipanggil Ketua Jabatan, Penolong Pengarah Kanan 1 (U48), 2 orang U44 (Penolong Pengarah Kanan) & 4 orang U41 (Penolong Pengarah). 

Pengalaman menguruskan kes mungkin sama seperti praktikal sebelum ni, cuma saya nak highlightkan beberapa perbezaan yang saya dapat di sini tetapi sangat berguna sebagai panduan tugas sebagai pegawai dietetik tidaklah semudah yang disangkakan........

1. Bekalan "Nutrition Support" ke wad
Sama seperti hospital yang lain, dibahagikan kepada 2 iaitu sajian & klinikal. Tapi, apa yang menarik di sini, bekalan 'nutrition support' a.k.a. "susu" dikawal oleh dietitian sendiri, bukannye CO seperti hospital yang pernah saya praktikal. Oleh itu, setiap dietitian mesti menyemak order yang dibuat oleh nurse di ward (based on dietitian prescription-nama produk, berapa scoop, berapa kali sehari). Attenden yang nak ambil susu mesti mendapatkan tanda tangan dietitian terlebih dahulu @ dietitian sendiri yang order bekalan susu di wad masing-masing. Menarik bukan?

2. Referral
Di HUSM tak terdapat borang rujukan dietetik / referral system. Terdapat 3 cara rujukan diet di sini:
     (i) Pesanan Diet
   Pada setiap pagi, dietitian bertanggungjawab menyemak pesanan diet yang dibuat. Dietitian akan membetulkan setiap kesalahan pesanan diet berdasarkan rekod pesakit (folder). Mana-mana kes yang memerlukan kaunseling (cthnya uncontrolled DM/HPT/CKD etc) automatically diambil sebagai kes untuk hari tersebut dan kaunseling diberikan secara terus. Oleh yang demikian, dietitian yang menentukan diet pesakit sebab kita merupakan pakar dalam bidang ini :)

     (ii) Semakan formula khas
    Semua kes Ryle's Tube merupakan kes yang perlu dilihat oleh setiap pegawai dietetik dan mesti diselesaikan dalam tempoh 24 jam.

     (iii) Rujukan daripada doktor (last)
     Prosedur terakhir, refer from doctor. Kebiasaannya berlaku semasa cuti hujung minggu / ada kes-kes yang perlu diberi keutamaan.

3. Audit Diet
Merupakan aktiviti wajib unit. Kalau kat hospital lain dipanggil CDE [continuous dietetics education] kalau tak silap. Pada masa ni semua dietitian akan berkumpul & membentangkan info2 terbaru [cthnye apa yg dapat drpd conference / cases yang menarik utk dikongsi, etc]. Saya tak pasti waktu / kekerapan audit dibuat, tapi sepanjang praktikal di sini setiap minggu akan ada audit. Jadi setiap minggu jugak la kami kena bentang kes! Daripada audit ni, banyak benda yang boleh dapat. Sebabnya kita bukan sekadar bentang kes, tapi lebih kepada perbincangan. Jadi, banyak ilmu yang boleh dapat daripada dietitian2 yang berpengalaman. Memang sangat membantu...

4. MNT notes
Terakhir sekali mengenai MNT notes a.k.a kad kuning ;)
Setiap kes yang dilihat mesti dicatat dalam kad kuning [lebih kurang macam medical record jugak la..]. Management/prescription yang dibuat dalam folder mesti ditulis semula dalam kad ni [x boleh dibawa balik sebagai homework, ok!]. Kelebihan MNT notes ni, kita boleh trace balik pesakit yang dah pernah kita manage sama ada kaunseling/RT feeding. Dan peringatan penting, kad ni mesti diserahkan kepada Timbalan Pengarah untuk disemak & disimpan rapi untuk rujukan di masa depan..



p/s: rasanya sekian dulu untuk kali ni, pengalaman di ward rasanya lebih kurang sama dengan praktikal2 sebelum ni. Mungkin dari segi kes agak berbeza & lebih menarik. Ada kesempatan kita berkongsi lagi ye.. Buat juniors, jemputlah membuat praktikal di HUSM :)
Saturday, March 20, 2010 | By: MiraculousSigns

Anakku, makanlah sayang.

Bayi itu tertawa riang melihat kehadiran kami.
Ramai yang menjenguknya pagi itu nampaknya.
Rekod kesihatannya diselak satu persatu.
Mata tertumpu pada graf pertumbuhannya.
Plot yang ditanda pula menunjukkan beratnya di bawah 3rd percentile.

"Faltering growth"

Dietitian muda itu lantas beramah mesra dengan si ibu.
Bertanya serba sedikit latar belakang keluarga.
Menyelidiki corak pemakanan bayi itu seawal usia 1 hari.

Akhirnya, barulah dikenal pasti.
Si ibu enggan mengajar anaknya memakan makanan selain daripada susu.
Padahal umur bayi itu hampir mencecah 1 tahun.
Mengapa?
Alasannya, bayi itu sering menolak apabila disuapkan makanan.
Sehingga akhirnya menimbulkan kekhuatiran pada si ibu.
"Tak pelah... ikut sahajalah kehendak anak... Usah dipaksa-paksa."

Namun, bagaimana mungkin si anak mendapatkan zat yang mencukupi andai sumber makanannya hanyalah daripada susu sahaja.
Sedangkan pertumbuhannya semakin meningkat.
Keperluan zat bagi badannya juga turut meningkat.
Jika dibiarkan, dalam jangka masa panjang, dikhuatiri perkembangan otaknya turut terganggu.
Sedangkan pertumbuhan otak sangat-sangat genting saat-saat itu.

Nah... Anak tidak boleh dimanjakan saat itu.
Harus di'paksa' menerima makanan pejal seawal usia 4-6 bulan.
Mahu tidak mahu, perlu diajar jua.
Meskipun mungkin pada awalnya si cilik akan menolak..
Mulakanlah dengan yang sedikit.
1 sudu..
2 sudu..
Meningkat dan terus meningkat selari dengan penerimaan si anak..

***
Apabila berhadapan dengan kes sebegini, diri ini terlintas akan 1 pepatah :
"Nafsu ibarat seorang bayi, bila dibiarkan terus menyusu akan tumuh besar menjadi anak yang suka menyusu. Tetapi bila kita menyapihnya, maka ia pun akan terbiasa tersapih"

Benar bukan? Nafsu itu ibarat bayi. Jika tidak diajar, sampai bila-bila pun tidak akan berubah. Sehingga akhirnya memberi impak negatif kepada akhir hayat seorang insan.

Untuk mengubah nafsu, bukan semudah a,b & c.
Bukan sekadar terhenti pada pembacaan.
Tetapi perlu dididik, perlu diasuh.
Bagaikan seorang bayi, tidak akan mahu memakan bubur andai tidak diajar.

Teman-teman, mari kita berfikir sejenak.
Adakalanya,

Kita tahu yang seharusnya kita solat di awal waktu.
Tetapi nafsu masih enggan,
Membisikkan alasan-alasan agar melengah-lengahkannya.
"Siapkan assignment dulu"
"Bukak facebook dulu"
Sehingga akhirnya kita turut lalai dibuai keinginan nafsu...

Adakalanya,
Kita tahu yang pergaulan lelaki dan perempuan itu ada batasnya.
Tetapi nafsu mengaburi kejernihan mata hati kita.
Menguatkan lagi ketertarikan antara kedua-dua jantina.
Sehinggakan akhlaq yang sewajarnya sudah tidak diambil peduli.
Sehinggakan hilang rasa malu dalam menjaga etika pergaulan.
Lupa seandainya Rasulullah ada ketika itu, apakah kita aakan sanggup bersikap sedemikian di hadapannya?

Jika difikir-fikir, banyak lagi lompong-lompong iman yang perlu dibaiki.
Selagi mana umur masih ada, kerahkan segala kudrat untuk mendidik diri.
Agar sampai waktunya, kita tenang dalam menghadapi sakaratul maut.
Pulang dengan redha Ilahi.

Oleh itu teman-teman,
Usahalah sehabis baik.
Apabila bisikan syaitan itu datang.
Diikuti lagi dengan pujukan nafsu sendiri.
Ingatkanlah diri.

"Wahai MAKSIAT, Sesungguhnya ALLAH lebih besar darimu, menjauhlah dariku."

Akhirnya, kepada Allahlah jua kita berharap.
Agar sentiasa dilimpahkan dengan kesabaran dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan ujian ini.

Sama-samalah kita saling menasihati.

Salam sayang (^_^)
Sunday, February 21, 2010 | By: MiraculousSigns

SOAP format is absolete

Salaam,

we were informed that SOAP format should not be used anymore. As mentioned by one of our senior dietitian in HKL, it was "zaman pak kadok" format. huhu.. So, suppose to use nutrition care process (ADIME). We've learnt this theoretically right. But not so much in practical. So, here's an example:

Saturday, January 9, 2010 | By: Nawwar

JB pulak ek!





Pertamanya, maaf atas kelewatan di kejauhan Johor Bahru menyampaikan khabar kami di sini..maklumlah, busy sungguh hari2 kami di sini. Tidaklah dapat mengirim khabar melainkan berjalan-jalan ke Danga Bay, Pasar Larkin, Kebun Bunga Diraja dan pelbagai tempat menarek..hehe..

Tanpa lengah masa, biar Nawa yang start intro entry nih.. kami berempat menempatkan diri di rumah sewa beralamat 11-A Jalan Yusof Taha..walaupun tanpa perabot, kecomelan hiasan dalaman rumah kami mmg tak dapat disangkal walaupun oleh Eric Leong sekalipun..hehe..details nati leh tgk gamba eh..mesti kagum

Arakian kerana mengutamakan khabar clinical dalam entry nih, nawa nak mulakan pasal outpatient dulu

Klinik kat sini dipanggil Klinik Runding Cara Diet menggantikan istilah kaunseling yang menjadi kontroversi di kalangan kaunselor (marah Br. Airil nih) yang jugak bertempat di Jabatan Dietetik dan Sajian HSAJB (Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru)

Memperkenalkan rekod jabatan diet atau buku kuning yang menyimpan rekod patient antaranya diet recall, biochem dan segala assessment termasuklah apa yg menjadi priority management kita on 1st visit. So, next follow up senangla..sume da ada..just tgk changes and reassess. Pt balik, simpan buku kat pigeon hole.

O ye, nak gtau pt kat sini byk follow up, so no need to bgtau sume in one go..prioritize mana nak manage dulu..next visit tambah lagi..so pt pn xpenim n kurang rate incompliance insyaAllah. Biasanya follow up after 1 month lbh kurg from 1st visit..xpayah tggu 3 bulan utk next jumpa doctor..lame sgt

Yang lebih bergaya.. dietitian kat sini kene buat GM (Glucose monitoring) dan blood pressure measurement (tp xpakai sphygmomanometer la, just yg cepat tu je).. bergaya ke terketak2 kami nak nyucuk pen utk prick jari pt.hee..sume ni wat kalu perlu n before counselling..ups, runding cara diet.

Seterusnya yang lg best, kitorg kene terus kira energy patient tang tu jugak..lepas pt selesai bg diet recall..dan report kat pt sama ada intake dia tlebih ke kurg..kat sini terdetiklah sedikit kesal..sr. fathin awal2 dah pesan suh kira cal terus masa practical lepas tp wat dono ..hee..tp xmengapa, masih belum terlewat..marilah kita bersama2 kira kalori pasni..mulakan dgn mengira kalori diri sendiri..(hoh, baru terpikir nak makan kuih masala vadee lebih, da xjadik)..hee

Skrip bantuan pamphlet? No3..dietitian xnak ktorg bgantung pd pamphlet so nak tgk ktorg ckp without pamphlet..bg pamphlet kat akhir2..hehe, nawa mule2 gelabah jgk..counseling pun jadi x sesmooth ngn sr. niza. Sr niza dnga penim kepala nih..bagus jugak utk elak jadi dietitian pamphlet.

Sekian serba sedikit cerita outpatient..nawa personally masih kene byk improve opd nih..ape nk ckp kne dlm kpala..FFQ, MNT in layman term, baca body language pt, bila nak mencelah bile dah berjela dia cerita, macamana nak garang ngn patient bila dia ambik mudah diet ni, mcmana pulak nak motivate pt..banyak3..n sume come with experience insyaAllah..=)

untuk inpetient, kte tunggu miya @ mazu @ ija cerita part masing2..nati free2 topup lagi =)..hah, kamu bertiga..ada bran?hee
Friday, January 1, 2010 | By: hidayah
salam alaik..
emm entry d tahun baru..
bile baca SP n HSNZ punya post rasa excited gak nk bercerita..hehe..
here we come from Hospital Ampang..
em hospital ni kecik je..
current bed opened dlm 300 cm2 la..
ada 4 org dietitian HOD U48-ct bersalin (Pn. Hasliza, dia dulu HOD kt Hosp Sungai Buloh ms sy n mia praktkal kt ctu..), skrg pemangku HOD Pn Murni U44, Pn. Suhaila U41 (dia dulu kerja kt UIA, tp xsempt jp dgn kita dia da resign, dia senior dr Sr Fathin) n lastly Pn. Rosmaniza U41 (dia sama batch dgn Sr Jamilah).

pejam celik da sebulan kita praktkal, bnyk blaja, cuma nk digest betul2 2..huhu..
kita kt cni setiap minggu attach dgn sorg dietitan..
OPD kitorang 1x jer/week (untuk setiap dietitian), OPD pt by appointment n bila appmt ni ada je yg xdtg..
so xramai la, dlm seminggu ada la 4org cm2.

IPD kes bergantung pd ward..
cm medical 2 bnyk la..kitorg 1 dietitian jaga few ward..
so agak cmpur2 jg la kes..
n kitorg da msk ICU n NICU sb dietitian yg in charge 2 jg ctu, so kitorg kna ikut la..
em berdebar first msk NICU 2, ye la I/O chart die besar n xpernah tgk..pas 2 baby2 2 menangis..trus rasa dup dap dup dap..

ICU pun cm2, tp ok ckit sume diam je.
xde yg nangis le sb majority xsedarkan diri, kalu ada yg jg pun cume kelip2 mata n immobile..
pengalaman la dpt msk ICU ni, kena blaja regime intermittent n sama cm tmpt len product2 2 kna master..huhu..

em lupa nk ckp kt cni pun sistem komputer gak..tp not 100% la, admission note n biochem ada, nursing n doc note kna bc kt BHT..but depend on ward jg la..
dulu alif n amad pernah prktl kt cni..kitorg batch ke 4 praktkal kt cni..

em kitorg lmbt ckit mula counseling, last week baru mula, first 3 week 2 tgk dietitian dulu..ye la sb dietitian len2 kn..n kt cni specialized sal hemato~ kt cni ada neutropenic diet (diet rendah bakteria)..hehe..ni u pt yg undergo/will undergo BMT (bone marrow transplant)..

adui pnjg lak crite xlarat korang nk bc e..hehe..ye la da sebulan..
k la stop dulu, hope to hear from Jb n Kuantan..
smoga terus bersemangat u 4weeks to go ~