Sunday, March 20, 2011 | By: MiraculousSigns

Interaktif & berkesan

Apa yang interaktif & berkesan?



(^_^)



Untuk entri kali ni, ingin aku kongsikan pengalaman tak seberapa dalam menyampaikan ceramah kesihatan di khalayak ramai. Sebagai seorang pegawai dietetik, sememangnya kemahiran bercakap di hadapan publik tidak boleh diambil enteng.

Tanya diri kembali, apa yang kita mahukan? Perubahan bukan? Perubahan dalam gaya hidup audiens.. fokusnya pasti dalam diet seharian. Amatlah rugi seandainya apa yang disampaikan sekadar meniti di bibir tanpa memberikan apa-apa impak terhadap audiens.. sayang.. sayang.. huhu.. Saya tak menafikan, peranan ini sangat besar dan bukannya mudah.. namun, kita sentiasa punyai peluang untuk meningkat & berubah kepada yang lebih baik.

Baru-baru ini, untuk kesekian kalinya, saya dijemput utk menyampaikan ceramah di Bintulu. Tajuknya : Healthy eating (macam biasa... senang cakap, susah nak amal).

Kepada mereka yang pernah menjadi naqibah meskipun fasilitator, pasti pernah merasakan kesusahan dalam membentuk mentee / anak didikan kita.. Sebelum kita membentuk peribadi mereka, kesedaran perlu ditimbulkan dahulu bukan.. Contohnya, andai ketika itu, kita merasakan perlu untuk mengajak anak didikan kita untuk mula rajin solat awal waktu.. bukannya semudah memberi arahan kepada mereka.. Didikan perlu diberikan.. teguran, nasihat dan kesedaran.. Sehingga akhirnya apabila mereka faham, peribadi itu akan terbentuk..

Ku kira prinsip aplikasinya sama sahaja dalam isu ini. Sebelum kita menyuruh audiens mengubah gaya hidup mereka a.k.a corak pemakanan... amat penting untuk menyedarkan mereka tentang kepentingannya. Bangkitkan kesedaran mereka..

Seandainya kesedaran tidak ditumbulkan, meskipun input yang diberikan berjela-jela.. yang tinggal hanyalah habuk, kerana tiada yang peduli untuk mengamalkannya. Di akhir ceramah, tanya kembali, apa yang mereka peroleh?? Sia-sia??

Sebagai muqaddimah, modul yang aku gunakan baru-baru ini : "Cermin diri" (ni bantai je name eh).


Objektif modul : memberi kesedaran audiens tentang istimewanya diri sendiri berbanding segala perkara yang ada kat dunia nih..


Bahan-bahan : Kotak/goody beg, 4 'replika'/sample barang2 berharga (rumah, i-phone, kereta, laptop), cermin.




Cara pelaksanaan :
1. Edarkan bahan-bahan di atas yg disimpan dalam goody bag.
2. Tanya kepada audiens : perhatikan barang2 yang ada dlm beg tersebut, dan pilih apa yang paling penting dalam hidup anda..
3. Selepas selesai beg tu beredar di klgn audiens, minta beberapa audiens utk kemukakan pilihan mereka.. memang ada yang akan jawab kereta, laptop etc..
4. Terakhir sekali, beri mereka kesedaran . Nyatakan bahawa yang paling penting adalah... : orang yang ada di dlm cermin tersebut (which is diri mereka sendiri)..


Selesai modul tu, boleh mulakan ceramah dgn tunjuk video penciptaan manusia ke, miracle of man etc (video2 harun yahya sangat membantu). Objektifnya tak lain tak bukan supaya mereka rasa "Wah, istimewanya penciptaan diri sendiri" atau "Hebatnya sistem/organ2 dlm manusia ni, kalau tak jaga dan rosak, tiada gantinya..". Lebih kurang camtulah ideanya..


Lepas tu, boleh masuk tentang konsep "Tawazun" ke (ambil peluang berdakwah sambil bagi ceramah.. related ape). kalau audiens Islam lah. Tapi kalau ramai yang tak, susah sikit nak sentuh. sentuh surface je. sbb lepas idea tawazun nih, boleh zoom into our main topic.. jaga pemakanan.. tawazun dlm memelihara keperluan jasad.. betul tak.. Jadi ceramah pun diteruskan seperti biasa.. Bykkan interaksi dengan audiens.. kalau tak, tak lame audiens bertahan, 20 minit camtu, nampaklah mula hilang fokus.


Akhir sekali, buatlah kuiz ke ape ke + bagi hadiah untuk meraikan audiens. antara kuiz yang boleh dibuat : Recipe modification quiz. Bagi sampel resepi sihat, suruh audiens teka apa modifikasi yang telah dibuat.. hmm.. byk lagi kot idea lain. korang lagi terrer. (^_^)


Oklah, rasanya kebolehan bercakap kat depan ni datang melalui pengalaman.. rasanya, lagi banyak kaunseling pesakit, sedikit sebanyak membantu kot.. lebih pandai bercakap dalam bahasa yang mudah difahami & senang.


Sampai di sini dahulu. Perkongsian yang tak seberapa.. sekadar nak menyapu habuk dlm blog ni sbb lama takde orang tulis entri.. semoga bermanfaat.. Yakinlah, ilmu yang diajarkan kpd orang lain, pahalanya menjangkaui usia kita selagi mana ia diamalkan..


video di bawah tiada kena mengena dengan entri... saje je.. sbg slot "tazkirah in class" hehe. teringat zaman UIA dulu.


take care.
wslm.


t