Tuesday, August 31, 2010 | By: MiraculousSigns

Kaunseling diet : Perkara yang selalu dilupakan?

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Buat teman2 yang diingati selalu. Ramadhan hampir2 berlalu, sejauh mana telah kita manfaatkannya? Apakah kita akan bertemu lagi dengannya tahun hadapan? Ya Allah, kurniakanlah kami Taqwa ya Allah. Terimalah segala amalan kami ya Allah.. Dan berkahilah sisa masa Ramadhan kami ini ya Allah...

Kawan2, tajuk kita kali ini ialah : Pemakanan sihat (Balance, variety & moderation). Sebenarnya, Ayat sendiri (terus-terang) selalu ter'lupa' untuk ajak pt amalkan pemakanan yang seimbang. Dulu2, masa praktikal, terutama sekali masa ramai pt kat luar bilik kaunseling tu, selalu nak cepat2, terus 'attack' masalah pesakit. Terus prioritize utk advise pt ttg habit yang salah mengikut penyakit yg dihadapi.. Jarang-jarang utk advise pt amalkan pemakanan yg seimbang, cukup semua kumpulan makanan..
Thursday, August 19, 2010 | By: Nadirah

26th IIUM Convocation Day Info - Our big day!

A journey of a thousand miles must begin with a single step

The 26th Convocation Ceremony will be held from 2nd October 2010 until 4th October 2010, encompassing five sessions altogether. Our session will be held on 3rd October 2010, at 2.30 p.m. (session 4). Everyone can check your graduate status here.

Please check the important information for our big day! Congratulation to us =) 
Friday, August 6, 2010 | By: MiraculousSigns

Zaman muda-muda dahulu..




Jun 2006 membawa kita melangkah


Menapak satu persatu

Meraih cita-cita & impian



Kita dipertemukan dengan teman-teman


Dari pelbagai latar belakang

Pelbagai cara berfikir


Pelbagai karenah & perangai

Belajar untuk saling bertoleransi



Sehingga tiba waktunya..




Kita berpisah jua

Membawa hala tuju masing-masing..

Saat ini,

Apabila kita di alam kerjaya,

Memaksa kita untuk tangkas berlari

Menyerlahkan potensi diri

Dan menaburkan bakti semampu mungkin

Ada waktunya, mungkin terasa lelah


Justeru...

Luangkan masa untuk mengoreksi diri

Menilai segala yang telah dilalui..

Untuk apa kita disini

Kemanakah akan kita tuju?



Apakah saat ini kita hanya sekadar mahu mengisi masa lapang?

Sekadar mencari gaji...

Sekadar menjalani rutin harian?


Sedangkan jauh di sana terlalu banyak amanah yang tidak terlaksana.
Sebagai seorang hamba
Sebagai seorang khalifah...
Sebagai seorang anak
Sebagai seorang kakak atau adik..
Sebagai seorang ahli masyarakat..

Di saat berleluasanya gejala sosial
Di saat kemungkaran bermaharajalela
Di saat musuh-musuh Islam merancang
Di saat zionis menyerang
Di saat pemikiran diracuni dari segenap ruang..

Kembalilah ke dalam diri
Carilah Islam & tegakkanlah ia di dalam diri.
Sebelum tiba waktunya,
Islam itu tercabut dari akar umbinya..
Jangan biarkan ianya berlaku.

Lantas, binalah peribadi muslim sejati...
Serulah yang lain...


Selamat menyambut Ramadhan..
Miss u all..



Ayat Ibrahim
Dietitian
Normah Medical Specialist Centre Kuching