Saturday, September 11, 2010 | By: Nadirah

Kullu 'am wa antum bikhyar [Semoga sepanjang tahun, kamu berada dalam kebaikan]


Assalamualaikum w.b.t.

1 Syawal 1341H
 Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar! Alhamdulillah, Allah masih dipanjangkan usia kita semua untuk menikmati nikmat iman dan Islam dan meraikan Aidilfitri yang mulia. Semoga kita semua beroleh ijazah TAQWA hasil daripada usaha yang dicari sepanjang Ramadhan, istiqamah dalam bulan-bulan yang lain juga. "Jadilah kita hamba Rabbani, bukan hamba Ramadhani"

Suka saya memetik kata-kata seorang sahabat dalam fb:

Para Salafussoleh apabila bertemu sesama mereka menyambut kedatangan Syawal, saling mengucapkan TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM (MOGA-MOGA ALLAH TERIMA AMALAN KAMI DAN KAMU)....sbb takut amalan dalam bulan Ramadhan TIDAK DITERIMA ALLAH...AllahuAkbar!!

 

Jadi, marilah sama-sama kita medoakan para tetamu, sahabat, saudara-mara dan sesiapa sahaja yang kita temu dengan doa di atas. Moga beroleh rahmat-Nya. Jika di negara Timur Tengah, jarang kita mendengar kalam-kalam yang membawa maksud "Selamat Hari Raya" atau "Salam Aidilfitri" sebaliknya ucapan "Kullu 'am wa antum bikhyar" yang membawa maksud: semoga sepanjang tahun, kamu berada dalam kebaikan.  Masya-Allah... Huraian ucapan ini boleh dikongsi di sini.

 

Raya tahun ini pasti berbeza buat sahabat-sahabat yang sudah bekerja. Tahniah dan takziah pada Ija & Ilman yang terpaksa bekerja di pagi raya, dah terbukti kalian sebagai pemimpin dipercayai. Diberi amanah bekerja tatkala orang lain sibuk bercuti..Pasti pengalaman itu dapat dikongsi dengan yang lain ;)
Semalam juga, saya mendapat khabar. Sahabat kita, Pitat dimasukkan ke wad kerana demam denggi. Syafahullah, semoga dia cepat sembuh dan bersabar. Mohon doa daripada kita semua!

"Taqabbalallhu minna wa minkum, Kullu 'am wa nahnu bikhayr!"

p/s: 
  • Merindui sambutan Hari Raya di UIA, rumah Dr. Nik & kelas 3rd year...:'(
  • Dalam kesibukan kerja & menyambut hari raya, jangan dilupakan pada perkara-perkara penting untuk berkonvo. Pada sesiapa yang belum lengkapkan Tracer Study, eloklah cepat-cepat buat sebelum 01.10.10. boleh dapatkan di sini, print slip & bawa semasa nak ambil jubah nanti. Bagi sesiapa yang tak dapat datang, sila isi borang non-attendees asap! TQ

0 comments: