Wednesday, March 24, 2010 | By: Nadirah

HUSM

Sejak posting special units, masing2 'mendiamkan' diri. Belum ada lagi post utk dikongsi bersama dek kekangan masa yang menjerat. Hari ni da hampir 5 hari attachment di HUSM tamat. Terlalu banyak rasanya untuk dikongsi bersama kawan2 memandangkan kami berempat merupakan pioneer (chewah!) IIUM yang membuat praktikal di sini. Terima kasih kpd lecturers yang menghantar kami ke sini!

Eloklah saya mulakan dengan organisasi di unit ni. Seramai 8 orang pegawai dietetik yang berkhidmat di sini; Diketuai oleh Hj Zulkifli Awang (U52), Timbalan Pengarah (Dietetik)- di sini tak dipanggil Ketua Jabatan, Penolong Pengarah Kanan 1 (U48), 2 orang U44 (Penolong Pengarah Kanan) & 4 orang U41 (Penolong Pengarah). 

Pengalaman menguruskan kes mungkin sama seperti praktikal sebelum ni, cuma saya nak highlightkan beberapa perbezaan yang saya dapat di sini tetapi sangat berguna sebagai panduan tugas sebagai pegawai dietetik tidaklah semudah yang disangkakan........

1. Bekalan "Nutrition Support" ke wad
Sama seperti hospital yang lain, dibahagikan kepada 2 iaitu sajian & klinikal. Tapi, apa yang menarik di sini, bekalan 'nutrition support' a.k.a. "susu" dikawal oleh dietitian sendiri, bukannye CO seperti hospital yang pernah saya praktikal. Oleh itu, setiap dietitian mesti menyemak order yang dibuat oleh nurse di ward (based on dietitian prescription-nama produk, berapa scoop, berapa kali sehari). Attenden yang nak ambil susu mesti mendapatkan tanda tangan dietitian terlebih dahulu @ dietitian sendiri yang order bekalan susu di wad masing-masing. Menarik bukan?

2. Referral
Di HUSM tak terdapat borang rujukan dietetik / referral system. Terdapat 3 cara rujukan diet di sini:
     (i) Pesanan Diet
   Pada setiap pagi, dietitian bertanggungjawab menyemak pesanan diet yang dibuat. Dietitian akan membetulkan setiap kesalahan pesanan diet berdasarkan rekod pesakit (folder). Mana-mana kes yang memerlukan kaunseling (cthnya uncontrolled DM/HPT/CKD etc) automatically diambil sebagai kes untuk hari tersebut dan kaunseling diberikan secara terus. Oleh yang demikian, dietitian yang menentukan diet pesakit sebab kita merupakan pakar dalam bidang ini :)

     (ii) Semakan formula khas
    Semua kes Ryle's Tube merupakan kes yang perlu dilihat oleh setiap pegawai dietetik dan mesti diselesaikan dalam tempoh 24 jam.

     (iii) Rujukan daripada doktor (last)
     Prosedur terakhir, refer from doctor. Kebiasaannya berlaku semasa cuti hujung minggu / ada kes-kes yang perlu diberi keutamaan.

3. Audit Diet
Merupakan aktiviti wajib unit. Kalau kat hospital lain dipanggil CDE [continuous dietetics education] kalau tak silap. Pada masa ni semua dietitian akan berkumpul & membentangkan info2 terbaru [cthnye apa yg dapat drpd conference / cases yang menarik utk dikongsi, etc]. Saya tak pasti waktu / kekerapan audit dibuat, tapi sepanjang praktikal di sini setiap minggu akan ada audit. Jadi setiap minggu jugak la kami kena bentang kes! Daripada audit ni, banyak benda yang boleh dapat. Sebabnya kita bukan sekadar bentang kes, tapi lebih kepada perbincangan. Jadi, banyak ilmu yang boleh dapat daripada dietitian2 yang berpengalaman. Memang sangat membantu...

4. MNT notes
Terakhir sekali mengenai MNT notes a.k.a kad kuning ;)
Setiap kes yang dilihat mesti dicatat dalam kad kuning [lebih kurang macam medical record jugak la..]. Management/prescription yang dibuat dalam folder mesti ditulis semula dalam kad ni [x boleh dibawa balik sebagai homework, ok!]. Kelebihan MNT notes ni, kita boleh trace balik pesakit yang dah pernah kita manage sama ada kaunseling/RT feeding. Dan peringatan penting, kad ni mesti diserahkan kepada Timbalan Pengarah untuk disemak & disimpan rapi untuk rujukan di masa depan..



p/s: rasanya sekian dulu untuk kali ni, pengalaman di ward rasanya lebih kurang sama dengan praktikal2 sebelum ni. Mungkin dari segi kes agak berbeza & lebih menarik. Ada kesempatan kita berkongsi lagi ye.. Buat juniors, jemputlah membuat praktikal di HUSM :)

3 comments:

candlesky said...

Waaaah....menarik=)
Tahniah buat pejuang2 di HUSM dan semua hospital yang telah berjaya menamatkan cabaran praktikal...

~Doakan kami pula yek...=)

ayat said...

Nadirah sayang.. trime kasih atas perkongsian.

Maaf, kami yg kat HKL ni tak tau akan berkesempatan ke tak nak share kat blog ni. Tak habis praktikal lagi. huuu.. (ada 2 hari lagi ni.. chaiyok!

tapi, sememangnya pengalaman itu yang banyak mengajar kita kan2.

Moga semuanya diberkahi Allah.

Nadirah said...

candlesky: Jazakillah..moga attachment pertama sewaktu katering menghasilkan sebuah pengalaman yang sangat berharga untuk dikenang...

ayat: chaiyok2 ayat! semua pengalaman tak semestinya dikongsi sewaktu pelajar, bila ada kesempatan jemput la kongsi sesuatu =)

p/s: sesungguhnya pengalaman tu mendewasakan. adakah saya cukup dewasa?!