KENYATAAN AKHBAR PACE
http://www.untukmupalestin.blogspot.com/
PACE (Pusat Kecemerlangan Palestin) mengutuk sekeras-keras tindakanbiadap rejim zionis membedil rakyat Palestin dalam satu lagi tindakankeganasan terbaru. Serangan terbaru ini adalah rentetan dari pelbagaibentuk pencerobohan dan pelanggaran hak asasi rakyat Palestin sejakrejim itu mengusir rakyat Palestindari tanah air mereka pada tahun 1948 dalam peristiwa Nakbah(malapetaka) dan menceroboh Baitul Maqdis dan menguasai Masjid al Aqsasejak tahun 1967.Rakyat Gaza yang menderita sejak 18 bulan yang lalu akibat penutupansempadan oleh Israel sehingga terputus bekalan makanan, ubat-ubatan,bahan api dan bekalan air bersih kini menghadapi seranganbertubi-tubi Israel dengan menggunakan jet-jet pejuang F-16 danhelikopter penggempur Apachee ke atas sasaran awam. Bilangan orangawam di Gaza yang terbunuh kini telah mencecah hampir 300 orang danlebih 700 orang mengalami kecederaan. Sebilangan besar dari mangsaadalah wanita dan kanak-kanak. Bilangan kematian dikalangan rakyatPalestin dijangka akan terus meningkat kerana masih ramai mangsa yangtertimbus dalam runtuhan bangunan. Serangan juga akan diteruskan olehIsrael tanpa ada tanda-tanda ia akan dihentikan. Bahkan pasukan darattentera Israel juga sedang bersedia di perbatasan Gaza dan akanmelancarkan serangan besar-besaran pada bila-bila masa. Sudah tentuini akan meningkatkan lagi kemusnahan, kematian dan kematian dikalangan penduduk Gaza.
PACE menolak dakwaan Israel bahawa serangan terbaru ini adalahmerupakan langkah keselamatan untuk mempertahankan diri. Ini adalahsatu pembohongan yang nyata. Hakikatnya Israel telah merancangserangan ini sejak 6 bulan lalu sebaik sahaja tempoh gencatan senjataberakhir 19 Disember yang lalu. Serangan roket oleh pejuang Palestinhanya dijadikan sebagai alasan untuk mewajarkan tindakan Israel. Apayang berlaku ialah serangan roket pejuang Palestin adalah seranganbalas ke atas beberapa provokasi tenteraIsrael termasuklah tindakan menceroboh ke adalam wilayah Gaza ketikatempoh gencatan senjata sedang berkuat kuasa.PACE juga ingin membawa perhatian masyarakat antarabangsa hakikatserangan ini dilakukan pada akhir musim persekolahan di Gaza. Inijelas menunjukkan bahawa regim zionis mempunyai motif malafide untukmemaksimumkan jumlah kematian orang awam terutama wanita dankanak-kanak yang berada di tempat kediaman masing-masing. Seranganyang ditujukan kepada balai polis yang semestinya berada di dalampusat bandar jelas bertujuan untuk meningkatkan kematian dankecederaan di kalangan orang awam.
PACE turut mempersoal kenyataan Mahmud abbas yang masih menyalahkan HAMAS keatas serangan di Gaza adalah bukti jelas bahawa Presiden pihakberkuasa Palestin di Tebing Barat itu bersekongkol dengan pihak rejimzionis yang mengadakan sekatan dan kepungan ke atas Gaza tanpa hentisejak 18 bulan yang lalu.PACE menggesa umat Islam dan rakyat Malaysia supaya tidak terpengaruhdengan media barat dan kenyataan pemimpin-pemimpin US, Israel, Mesirdan pihak berkuasa Palestin yang terus mengelak dari membicarakan isusebenar di belakang penentangan rakyat Gaza dan Palestin. HakikatnyaIsrael telah menutup sempadan Gaza dan menghalang bekalan makanan,ubat-ubatan, bahan api, bekalan air bersih dan sebarang bentuk bentuankemanusiaan. Bahkan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Gaza sudahsampai ke tahap di mana mereka terpaksa memakan rumput di tepi jalanuntuk meneruskan kehidupan. Dengan ini tindak-tanduk rakyat Palestinadalah selari dengan Konvensyen Geneva yang merestui hak mereka untukmempertahankan diri dari pencerobohan asing dan pendudukan haram olehmana-mana pihak.
PACE juga membidas sikap kepura-puraan negara Islam/Arab. Kejujurankerajaan Mesir dipersoalkan kerana mendakwa mereka bersedia untukmengizinkan rakyat Gaza yang tercedera di bawa masuk melalui sempadanRafah bagi menerima rawatan. Tetapi sehingga saat ini tidak ada rakyatGaza yang dibenarkan untuk memasuki Mesir kerana dihalang oleh pasukankeselamatan Mesir. Apabila bantahan dibuat kepada Menteri Dalam negeriMesir beliau 'berjanji' untuk menyiasat perkara ini. Soalnya apakahMesir mengambil sikap membela saudara-saudaranya di Gaza atau tundukkepada arahan Tel Aviv/USA?Atas rasa keprihatinan dan solidariti yang mendalam bersama rakyatGaza, PACE mengsyorkan agar umat Islam mengadakan solat Hajat perdanadengan tujuan yang khusus bagi membina kesedaran dan keprihatinan yangtinggi di kalangan umat islam agar membela saudara seislam yangteraniaya dan dizalimi di bumi Gaza dan Palestin.
Umat Islam harusinsaf bahawa isu ini juga terkait dengan pembelaan tanah suci BaitulMaqdis di mana terletaknya Masjid al Aqsa yang diberkati .PACE bersama rakyat Malaysia ingin merakamkan rasa sedih yang amatmendalam keatas penderitaan yang menimpa rakyat Palestin di Gaza dalamsuasana ketika seluruh dunia Islam menyambut Ma'al Hijrah 1430H danketika tahun 2008 akan melabuhkan tabirnya menjelang ketibaan tahunbaru 2009. Apakah ia menandakan tahun baru ini menjanjikan penderitaanberpanjangan kepada rakyat Palestin? Oleh kerana itu PACE menggesaseluruh lapisan masyarakat bangkit untuk menyuarakan bantahan supayakebiadaban dan keangkuhan rejim zionis yang disokong oleh USAdihentikan dengan segera.Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd NoorPusat Kecemerlangan Palestin (PACE)29 Disember 2008
0 comments:
Post a Comment