Wednesday, December 3, 2008 | By: siti suhaili

Cuti sem kali ni..

Fasa seterusnya..

Baru sahaja pulang dari stesen bas Jalan Hamzah, untuk hantar Aisyah. Roommate aku ni adalah orang terakhir pulang setelah beberapa hari budak2 diet 3rd year mengadakan trip ke kelantan. Hazirah ngan Sal dah balik semalam (isnin), Dayah malam semalam dah ikut Nadirah balik Kuala Kangsar, dipanjangkan lagi kaki mereka ke Melaka dan KL… Ija pulak dah menikmati perjalanan pulang ke Temerloh dgn bas Sri Jengka. Miya still kat rumah nenek dia, dan akan terbang membelah awan biru hari Khamis ni membawa bersama nenek dan sepupunya Alia ke KL.

Cuti sem kali ni aku perlukan kelainan. Kelainan dari segi aktiviti semasa cuti, diet, untuk elak naik berat, dan kelainan dari segi mood cuti tu sendiri. Kehadiran kawan2 sekelas ke Kelantan merupakan satu permualaan cuti yang terbaik pernah berlaku dalam hidup aku. Hehe. NALU, DAGU, DARA + DAF 6009 (Kereta Wira ayah su) + CBA (kete Ain, kawan Hazirah) adalah tunggangan-tunggangan yang membawa kami menyelusuri jalan2 di Kelantan. Destinasi yang berjaya disinggah.. Pasar Wakaf Che Yeh, Pasar Siti Khadijah, KB Mall, Kelab PAS tempat Tok Guru + pasar MPKB (bawah je), Rantau Panjang, PCB, Pantai Irama Bachok, rumah member2 Allied termasuk rumah Hikmah, Aima dan rumah K.Ti di Wakaf Baru. Tak ketinggalan juga rumah Ain K, rumah nenek Miya yg dekat dgn SK Islah, dan yang paling penting rumah Dayah di Ketereh dan kilang perusahaan frozen food ibunya. Sebelum pulang dari rumah Dayah, setiap orang ada membimbit hasil produk Sarimah Frozen Food untuk dijamu bersama keluarga masing-masing. Aku beli roti sosej untuk Dila.

Selain gi jalan-jalan, ada lagi part lain yang best. Hazirah dan Nadirah, anak dara blok M7 4.1, dibantu member2 lain menghasilkan bubur jagung yang sedap. Ija pulak mengetuai team kek coklat kukus First Love versi Kota Bharu. Sungguh menambat hati. Dan sehari sebelum semua pulang, kami sempat masak untuk makan tengahari di rumah su, tanpa kehadiran Hazirah dan Sal. Pagi Isnin, Dayah mengePow Miya dari rumah neneknya dan team ala Tanjung Lumpur D’KB berjaya menghasilkan Tom Yam campur, kangkung goreng, ikan goreng dan sotong celup tepung.

Hmm.. betul, ni antara saat2 manis bersama kawan2 semua yang pernah berlaku dalam hidup su, walaupun hasrat untuk bawa Shariah mengenali sebahagian Malaysia belum lagi kesampaian. Yei.. Alhamdulillah.. terima kasih ya Allah. Terima kasih jugak untuk semua yang sudi bertandang. Mintak maaf kalau ada yang terkurang. Ada rezeki, dating la lagi.. banyak lagi makanan yang korang tak sempat rasa..


Sape2 lagi yang berhasrat untuk berkunjung KB, kedatangan anda sangat dialu-alukan.. cuti masih ada ni.. huhu

4 comments:

nadirah said...

Alhamdulillah, perjalanan kita dipermudahkanNya. terima kasih kawan2 yang sangat mengalu-alukan kedatangan kami semua ke negeri "Serambi Mekah Malaysia".memang percutian kali ni sgt2 bermanfaat bagi Nadirah. banyak benda yang dapat dipelajari, terutamanya makanan2 tradisional Kelantan.hehe..
Insya-Allah mungkin boleh disambung dengan pengalaman trip ke Melaka & KL serta Kuala Kangsar oleh Hidayah? =p

miya said...

sweet of u su =)

syahiza said...

trm kasih daun keladi kat d hosts; su dayah miya. sori kat su kene layan perangai x berape betol ktorg. thanx for all d luvly and adventurous foods (uh-huh?). hikhik. tis include 'kace rebuh kace rebuh..'

hazirah said...

su,
jutaan terima kasih diucapkan kepada su n family, dayah n family termasuk 2 cute little prince ;) serta rakan2 yg menyertai trip ke kelantan.
semoga trip ini dpt mengeratkn tali persaudaraan kite...
looking forward to this kind of trip in the future...