Friday, August 6, 2010 | By: MiraculousSigns

Zaman muda-muda dahulu..




Jun 2006 membawa kita melangkah


Menapak satu persatu

Meraih cita-cita & impian



Kita dipertemukan dengan teman-teman


Dari pelbagai latar belakang

Pelbagai cara berfikir


Pelbagai karenah & perangai

Belajar untuk saling bertoleransi



Sehingga tiba waktunya..




Kita berpisah jua

Membawa hala tuju masing-masing..

Saat ini,

Apabila kita di alam kerjaya,

Memaksa kita untuk tangkas berlari

Menyerlahkan potensi diri

Dan menaburkan bakti semampu mungkin

Ada waktunya, mungkin terasa lelah


Justeru...

Luangkan masa untuk mengoreksi diri

Menilai segala yang telah dilalui..

Untuk apa kita disini

Kemanakah akan kita tuju?



Apakah saat ini kita hanya sekadar mahu mengisi masa lapang?

Sekadar mencari gaji...

Sekadar menjalani rutin harian?


Sedangkan jauh di sana terlalu banyak amanah yang tidak terlaksana.
Sebagai seorang hamba
Sebagai seorang khalifah...
Sebagai seorang anak
Sebagai seorang kakak atau adik..
Sebagai seorang ahli masyarakat..

Di saat berleluasanya gejala sosial
Di saat kemungkaran bermaharajalela
Di saat musuh-musuh Islam merancang
Di saat zionis menyerang
Di saat pemikiran diracuni dari segenap ruang..

Kembalilah ke dalam diri
Carilah Islam & tegakkanlah ia di dalam diri.
Sebelum tiba waktunya,
Islam itu tercabut dari akar umbinya..
Jangan biarkan ianya berlaku.

Lantas, binalah peribadi muslim sejati...
Serulah yang lain...


Selamat menyambut Ramadhan..
Miss u all..



Ayat Ibrahim
Dietitian
Normah Medical Specialist Centre Kuching
Tuesday, July 27, 2010 | By: Nadirah

Aku Lebih Baik daripada Kamu?

oleh: Pahrol Mohd Juoi
(Solusi Isu 21)

Takabbur sebenarnya hak mutlak dan eksklusif Allah s.w.t. Tiada siapa pun yang boleh mencabar-Nya. Orang yang takabbur pasti lebur. Mereka akan musnah di dunia dan akan terseksa di akhirat. Ini detegaskan sendiri oleh-Nya melalui sebuah hadis Qudsi:

Daripada Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Allah berfirman: 'Kesombongan adalah selendang-Ku dan kebesaran adalah sarung-Ku. Maka sesiapa yang bersaing dengan-Ku pada satu daripada kedua-duanya, maka pasti akan Kulemparkan ia ke dalam jahannam." (Riwayat Abu Daud no.4092 dan Ibn Majah no 4147)

Jelas di sini, takabbur ialah ibu segala sifat mazmumah. Daripada sombong lahirnya marah, hasad, ujub, riya' sum'ah, tamak, bakhil, dan sebagainya.

Sejarah Takabbur

Kederhakaan dalam kalangan makhluk terhadap Khaliq ialah keengganan iblis dalam mematuhi perintah Allah untuk sujud hormat kepada Nabi Adam a.s. Tidakkah ini disebabkan rasa takabbur? Iblis yang merasakan dirinya lebih baik, tidak mahu tunduk kepada Nabi Adam a.s. hanya kerana dirinya diciptakan daripada api berbanding Nabi Adam yang diciptakan daripada tanah. Sindrom "ana khairun minhu" (aku lebih baik daripadanya) ini akhirnya turut menular menjangkiti manusia. 

Alhasil, lahirlah Qabil, anak Nabi Adam a.s. sendiri yang merasakan dirinya lebih baik dan berhak mengahwini saudara perempuannya yang lebih cantik berbanding adiknya Habil. Lalu pembunuhan pertama dalam sejarah kemanusiaan pun berlaku. Qabil mengikuti jejak iblis apabila lebih mementingkan kehendak nafsu berbanding hukum yang telah ditetapkan, sebagaimana iblis enggan mengiktiraf kelebihan ilmu yang ada pada diri Nabi Adam a.s. Begitu juga Qabil yang tidak dapat menerima hakikat bahawa pengorbanan adiknya Habil lebih ikhlas berbanding dirinya.

Monday, June 21, 2010 | By: siti suhaili

Warfarin Diet

Tahniah buat kawan2 yg dah berkerjaya. Smoga kerjaya korang diberkatiNya. Raya ni siap la korang, mesti mau kasi angpau pada anak2 buah.. HUHUhu.

OK. Ni pasal Diet with Warfarin medication. Ayat hari tu ada tanya, tak sempat nak YM dgn dia. Rasanya u all da tau dan lagi mantap dari su, ni just utk ulangkaji n tak nak bagi su sendiri lupa. Or at least utk information adik2 kita (if ada yg baca la). Kalau ada silap sila betulkan ye.. especially spe2 yg da jadi Clinical dietitian tu. =P


APE ITU WARFARIN? ---> sejenis Anticoagulant.

Biasa diberi kpd post-op patient, tp bukan sume post-op pt dapt warfarin kan?
Kalau di IJN, patient yang diagnosed w Artrial Fibrilation (AF)biasanya akan dapat warfarin ni(AF--->denyutan jantung biasanya tak consistent, menyebabkan pressure dalam one of the heart chamber pun x consistent, so tendency utk heart wall damage tu ada.Kalau luka, coagulation factor akan bertindak dan risikonya.. trombosis.
Ada yg ambil temporary dan ada yg permanent. Pt with mechanical valve akan ambil warfarin for the rest of his life.

Drug-Nutrient Interaction.

Pengambilan warfarin ni ada interaction dengan Vitamin K. As u all know, vitamin K membantu dalam blood coagulation (penggumpalan darah) dan ia sudah pasti counter act dgn warfarin dan reduce drug efficacy. Begitu jg coenzyme Q10, yg molekulnya bersifat seperti vitamin K.
Wednesday, June 16, 2010 | By: mazu

My 1 month +++ as catering dietitian =)

Assalamualaikum dearest friends,

ape khabar rakan2? windu korg semue~ da lame x bkak blog.. kat mane lagik batch diet kte nk update2 n story2 if bkan kat cni kan? =) anyhow, just nk add a lil bit more ape yg ija tulis psl pengalaman die since i was a cat diet once ~~ ( mcm da lame je~ huhu) xde la.. takut da terlupe nanti...

so, geng da bertambah @ BESTA (ilman, ija, mazu, hidayah n farhana + 2 seniors kak aini & k. ain) byknye~~~~ =) tp i n kak ain da kuar =( .. frankly, sgt sdey tgglkan hosp serdang tho sebulan je kat sane. to date, rasenye yg kosong lagik hosp penang + ppum (cz they wanna add another dietitian over there) & besta ade perancangan nk ade 2 dietitians kat stp outlet.. but dat is just future planning~ keje yg related ngan course kite rasenye byk je kan? cume kite nk ke x je la~

getting back to d main agenda~ being a catering dietitian was fun but tiring =)) job satisfaction very high. i actually reached workplace @ 8am ( nk sampai serdang 1jam cz jam ape sme) n sampai umah @8 - 9 pm .. long hours cz byk keje + elak jam.

sepanjang jadik cat dietitian @ hosp serdang i ( lain sket dpd ija cz die kat cpu):

~plan for the menu of hosp serdang ( kebetulan br tka contract br so need new menu) menu ade- normal diet (spicy, nonspicy, vegetarian & western) + therapeutic diet = DD,SD, LS, LPHOS, LPOTA, combination). bile plan menu kene liaise ngan JDS (dietitian, pa,co) ~~~ job description yg ni paling payah skali.. considering kte fresh grad n plan 2 cycle menu. sakit pale.. but bykkkk sgt apply clinical knowledge =))
Wednesday, May 5, 2010 | By: syahiza

cik dietitian menulis....


Salam to all

Apa khabar kawan2ku semua? Hopefully everybody is doing well. It’s been 3 weeks (or more) since we parted right? To be honest I really missed u gals n guys. I miss UIA. I miss Krauss Mahan (eh ye ke?hehe anaybody second me?) So apecer sume org? is there anybody that ready to tie the knot? Ehem2 inform la ek. Jgn senyap2 je.

Nway I think that many of u already know that I am now working as catering dietitian for BESTA. I was sent to BESTA central production unit (CPU) at Bandar Baru Bangi. Today (Wednesday, 5/5/2010) genaplah 2 minggu saya keje kat sini. So a few of our friends did ask how was work, how was the interview, n stuffs. So here I am to share a lil bit on the working process.

To begin with, I know that there is vacancy bcos our classm8, Encik Ilman Hadree Idris told me about it. Ops, jgn scandal dulu..as many of us know, ilman was offered as BESTA catering dietitan at KPJ seremban. So before he went off, I asked for his help to inform me if there is any vacancy (networking is very important ye fellas ). So on his first day of work (12 april 2010, Monday –at that time I was at KOM to show my resume to Sis Fathin) he called me and said that there is vacancy. So I emailed my resume to the HR. they called me on Friday to come to interview on Monday, 19 april 2010. So i just went there, and surprisingly I met our clasm8 there, cik mazuin kamarul zaman. Hehe lega sket ade member. The interviewers are Mdm Soo (consultant dietitian besta) n cik hilaliah (HR). The questions are:
Monday, May 3, 2010 | By: Nadirah

buat kamu...


Gambar ni tak muat nak letak dlm templete kat atas.. terpotong, nanti sume tak masuk =)
Kalau ada sape2 nak ubah templete, nanti masukkan tau gambar ni... Rindu kat sume

p/s: if anyone want to update this blog, please sign in here!