Saturday, April 18, 2009 | By: MiraculousSigns

Community Dietetics Placement : Sekilau yang berkilauan

I’m tired of obesity… DM.. so this time, try to come out with something different. Something that is more creative..

Begitulah antara pesanan awal Sr Fathin utk “Community Dietetics Placement” subject. Pastinya, sr menginginkan suatu kelainan dari batch kita kali ini bukan?

Untuk Klinik Kesihatan Bandar Kuantan (KKBK) di Sekilau, ahli-ahli kump : Mazuin, Shariah, Ayat, Nawwar, Syahiza & Salihah

Brainstorming: 1st meeting

Target : Staff KKBK (rasional, pesakit KKBK sukar untuk follow-up dan dikerahkan untuk datang ke big prog)

Tajuk : Related to obesity. In the end, the topic is “Healthy Eating for Weight Management”

2nd meeting

Skop untuk tajuk dispesifikkan lagi

-Pemakanan ( Makan ikut pyramid makanan, portion size, food preparation/choices)

-Aktiviti Fizikal

Initial Visit to KKBK

Teringat lagi kali pertama bertemu dgn pengarah.

Ketika itu, berlaku sedikit salah faham. Pihak mereka membayangkan yang kehadiran kami adlh utk “Community Service”.

Wajib datang setiap minggu,

datang tepat waktu 2.00pm-5.00pm.

Dan buat apa-apa kerja kemasyarakatan setiap kali datang ke sana

Alamak..

Sedangkan, tugasan untuk subjek ini cuma :

-Survey

-Big program

Kesannya? Apabila timbul masalah sebegini, kedua-dua pihak rasa tak puas hati. Pihak mereka menganggap kami “ponteng kelas” sebab tak betul-betul buat kerja. Tapi, di pihak kami, terasa bebanan yang teramat, sebab beberapa tugasan yang disuruh tak termasuk dalam skop tugasan kami pun. Terlebih buat kerja pulak.

Lesson # 1 : Terangkan objektif kehadiran dengan jelas

Hmm… kalau tak, isu tak puas hati tu timbul.

Selepas di”brainwash” pihak mereka, pastinya, kami perlu bertindak pantas. Proposal program & Research proposal kena siap pada hari Selasaminggu berikutnya.

Lesson # 2 : Gerak kerja perlu kemas dan tangkas. Tak boleh tangguh-tangguh

Untuk isu ni, ketua benar-benar memainkan peranan. Camne nak siapkan kerja yang banyak dalam masa kurang dari seminggu. Tak tolak lagi kelas dan tugasan-tugasan subjek lain.

Hari berikutnya, kesemua ahli terus diarah mem’buru’ seniors yang pernah membuat survey mengenai KAP (Knowledge, Attitude & Practice). Kami benar-benar mengharap mereka dapat memberi sedikit sebanyak panduan utk kami merangka questionnaire KAP. Jadi, selepas dikenalpasti, lebih kurang 5 seniors yang membuat KAP utk FYP(Final Year Project). 4 je yg dapat dihubungi.

Shariah & Ija jumpe Alif

Ayat & Nawwar jumpe Amad

Salihah jumpe kak Nora

Mazuin jumpe kak Milin

Alhamdulillah3x. Jazakumullahu khair kpd seniors.

Lepas tu, pembahagian kerja kena adil.

Siapkan semua secara intensif dari sabtu pagi-Ahad malam

Proposal presentation

Anthrop measurement & Data collection (3 minggu)

Masalah yang timbul :

-Questionnaires yg berjaya dikutip kembali : 42 je..

-Diet recall: SANGAT BERMASALAH.

Lesson # 3 : Diet recall form vs FFQ, FFQ is better?

Ketika merangka soalan questionnaires, kami telah bersetuju untuk menganalisis healthy eating ‘practice’ melalui diet recall. Namun, ramai yang tidak begitu tahu cara mengisi borang tersebut. Akibatnya, ramai yang tidak mengisinya. Akhirnya,diet recall terpaksa diketepikan dan tidak diambil kira dlm survey . Mungkin Food Frequency Questionnaires lebih relevan untuk digunakan.


Mini Educational Programme

Sebelum big program, minggu-minggu sebelumnya diisi dgn mini educational prog.

Big program preparation

-Cat banner (maklumlah, tak de duit, cat sendiri je la jawabnye)

-Educational material

Semua P.I.C kena siapkan bahan2 edaran utk topic masing2

ni sedikit bingkisan dari cd yang dah dihasilkan untuk diedarkan..

video

-Exhibition materials

-Budget

-Equipments

- Memandangkan pihak KKBK tidak mampu menyediakan P.A system dan peralatan2 lain, maka semua peralatan tersebut perlu diangkut dari UIA.

-Ada kisah di sebalik P.A system. Asalnya, program yang dirancang adalah pada 21 Mac 2009,namun, di saat akhir, tarikh tersebut terpaksa dianjak ke minggu berikutnya kerana Pn. Magesh dari HKL datang pada hari tersebut untuk mengajar topic paediatrics.

-Disebabkan kekangan masa, hal tersebut diberitahu kpd Bro Yusof (AV) lewat beberapa hari. Responnya : “Laa, ye ke. Hari tu ade orang lain nak pinjam, tapi saya dah kata ada orang lain nak pinjam...”

-Oopss.. maaf sangat!

Lesson # 4: Kalau pinjam barang awam,cepat-cepat pulangkan lepas guna dan kalau ada apa-apa perubahan pada tarikh penggunaan, bagitahu awal2

Huhu.. sekarang ni, macam dah menzalimi org lain pulak..

Satu isu lagi adalah mengenai portable screen. Kami telah bertemu dgn pihak AV sehari sebelum mengambil barang yang dah di’book’, sekadar nak memastikan, agar keesokan harinya tiada masalah berlaku. Namun, pada saat kami ingin mengambil barang tersebut, barulah pihak AV, menyedari yg barang tersebut belum dipulangkan oleh pihak yg meminjamnya sebelum kami.

Risau dibuatnya. Kalau takde portable screen, nak guna apa? Cari kain putih? Erk..mane nak cari?

Namun, mujur dapat berhubung dengan pihak yang berkenaan. Jadi, malam tu, diadakan operasi mengangkut portable screen dari musolla cf Bro ke mahallah M7.

Lesson # 5 : Sekadar memaklumkan tak cukup, minta mereka yang berkenaan pastikan yang barang yg ingin kita pinjam tu ada.

Satu aspek lagi… hehe.. kalau pinjam barang, cepat-cepat pulangkan, sebab ramai yang punyai hak atas barang yang kita pinjam tu.

Rehearsal

-Malam sebelum program, setiap P.I.C dikehendaki membentangkan apa2 yang ingin disampaikan keesokan harinya.

-Poco-poco tak dikecualikan

Masak mee-kari

Pada sebelah pagi, seawal 3.30 pagi, semua dah kena bangun untk masak mee kari.Hmm.. purata masa untuk semua tidur : 1 ½ jam.

Big programme

Session 1 : Exercise

Session 2 : My Food Pyramid (Talk) + quiz

Session 3 : Portion Size (Demo) + quiz

Session 4 : Food labeling (Talk) + quiz

Session 5 : Cooking demonstration + quiz

Alhamdulillah, semua berjalan lancar.

Setinggi penghargaan buat pihak KKBK sebab memberikan kerjasama yang sangat baik. Hmmm…. Pihak pengarah telah menganjurkan aktiviti gotong-royong pada hari tersebut. Dengan sengaja! Yang mana, secara tak langsung, mengarahkan staf2 untuk hadir ke program kami. Jadi, pada hari tersebut, bilangan pengunjung melebihi daripada jangkaan kami.

Jadi, selepas berakhirnya program kami, tiba saatnya pula untuk gotong-royong!!

Survey report + presentation preparation

Walaupun penat masih terasa, namun, kerja perlu disiapkan.Masa yang tinggal untuk presentation hanyalah lebih kurang 1 hari. Jadi, survey result + report perlu disiapkan

Kenapa ?

Erk.. kalau tak siap semua tu, camne nak buat presentation?

Pada Sabtu malam tu, semua berkumpul di tempat yang ada wi-fi… boleh agak kat mane tak?

Agenda malam tersebut :

-Cari journal untuk menyokong segala ‘result’ yang diperoleh.

-Siapkan literature review..

Ni gambar masa awal2 kul 9.00 pm

Beberapa jam berikutnya... haha, keluarlah segala spesies makanan yang ade. Ni la keje budak2 diet pagi2 bute eh?

Lesson # 6 : Pembahagian kerja dengan adil

Pada mulanya, terfikir untuk membahagikan tugasan report kepada 2. Yang mana, separuh menyiapkan survey report, yang separuh lagi, siapkan program report. Tapi, bila difikir-fikir agak tak adil di situ. Kerana survey report perlukan ketelitian dan pemikiran yang banyak. Dibandingkan dengan program report, yang mana, mungkin lebih seronok untuk disiapkan. Jadi kesimpulannya, semua bersetuju untuk mengambil bahagian untuk kedua-dua report, begitu juga dengan bahagian presentation. Tak dilupakan juga dengan log book. Semua bertanggungjawab untuk mengisinya bagi minggu-minggu yang dipertanggungjawabkan. Diharapkan, semua berpuas hati dengan pembahagian kerja yang diberikan.

Pada pagi Ahad bermula 9.00 a.m, gerak kerja dibekukan sementara. Kerana semua perlu menghadiri talk yang dianjurkan Nestle (Ooops) berkenaan probiotic food.

Sebaik sahaja prog Nestle selesai, sesampainya di Mahallah, semua terus menyiapkan kerja-kerja yang belum selesai lagi. Sehinggalah ke hari Isnin, tibalah masa editing untuk semua report

Lesson # 7: Berikan kerjasama. Jgn biarkan segelintir ahli sahaja dibebankan dengan kerja-kerja editing.

Saat itu sangat genting. Kerana, pada pukul 2 petang tersebut, presentation perlu disampaikan… sedangkan survey report belum siap di’edit’ sepenuhnya lagi. Agak sakit kepala nak meng’edit’ report,

Mungkin kerana report tersebut adalah hasil daripada 6 kepala. Jadi, bahasa pun bermacam-macam. Dari segi ‘tenses’ etc.

Sekejap kata “the graph shows ”, perenggan seterusnya pulak “the graph showed”, kat tempat lain lagi, “the graph has shown”…

Erk.. tu baru satu contoh..

Lesson # 8 : Sebelum membuat report, bincang dan tetapkan 'tenses' yang hendak digunakan

Jadi, sebenarnya, apa tenses yang sepatutnya digunakan? Heheh.. silalah baca journal, dan kenalpasti apa tenses yang diorang gunakan.

Disebabkan ingin cuba menyiapkan report pagi tersebut, ada yang menyiapkan ‘presentation ‘ pada saat-saat akhir. Lebih kurang 1 jam sebelum pukul 2!

Lesson # 9 : Buat target mengikut kapabiliti dan utamakan yang prioriti.

Meskipun target awal adalah untuk menyiapkan semuanya sebelum presentation, melihat keadaan, mungkin perlu memperuntukkan lebih masa untuk membuat persediaan ‘presentation’. Justeru, target untuk mempersiapkan report mungkin perlu ditangguhkan.

Namun, ada hikmahnya tidak menghantar lagi report tersebut sebaik sahaja habis presentation. Pembaikan atas komen-komen yang diberikan Sr. Fathin boleh disertakan.

Presentation

Memandangkan semua dalam proses menyiapkan presentation , petang tersebut, ke 6-6 ahli mengangkut laptop ke kelas, duduk di bahagian belakang sekali, dan menyiapkan bahan presentation sepanjang kelas ( sambil mendengar presentation dari kump lain ye.. hehe)

Maaf sangat2!

Kesimpulan

Saat ini, telah 3 minggu tugasan terakhir community placement berakhir. Semuanya sudah dilepasi. Semuanya telah berakhir, membawa seribu satu pengalaman yang tak ternilai.

Tugasan-tugasan telah dihadapi, penilaian dari pihak KKBK dan pensyarah sendiri telah dilalui.

Namun, ada seperkara lagi yang belum selesai.

Iaitu, penilaian Allah terhadap segala usaha yang dilakukan.

Ketika melaksanakan tugasan-tugasan tersebut, adakalanya terlintas rasa lelah, sukar dan adakalanya fed-up. Mengapa? Mungkin antaranya kerana masalah kumpulan kami menghadapi pihak KKBK yang mempunyai ‘high expectation’ terhadap kami .

Meskipun begitu, hati ini cuba dipujuk. Seandainya apa yang dilakukan luar dari ‘course outline’ dan tidak dinilai (dari segi markah), hakikatnya, Allah menilai segala yang telah dilakukan. Allah yang mentakdirkan kami untuk ditempatkan di Sekilau. Dia yang telah mentakdirkan kita untuk berhadapan dengan pelbagai karenah manusia. Dia punyai perancangan sendiri, dan hakikatnya, setiap detik hidup kita di dunia ini adalah ujian. Dan akhirnya, terpulang kepada kita untuk memilih jalan yang benar atau salah

“maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaan, sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.” Asy-syams 8-10

Ketika susah, itu pastinya ujian. Ketika senang, itu juga ujian.

Rugilah seandainya, segala usaha yang dilakukan diniatkan semata-mata memenuhi kehendak KKBK, memenuhi requirement lecturer. Memenuhi requirement semester yang menuntut untuk mengambil subjek tersebut.. Tak lebih dari itu.Sedangkan, setiap detik nafas yang dihembuskan, pasti dihitung. Apakah kita mahu segala apa yang dilakukan tidak dinilai Allah? Semata-mata tidak diniatkan kerana-Nya?

Dalam menghadapi pelbagai karenah manusia, kesabaran kita benar-benar diuji. Semua itu pastinya untuk membuktikan sejauh mana kita berpegang kepada Islam, sejauh mana iman kita menjaga kita. Akhlaq kita? Peribadi kita..Lebih-lebih lagi, apabila berhadapan dengan sesama muslim, sesungguhnya, golongan Allah (hizbullah) adalah, mereka yang…

“ Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, dan bersikap lemah-lembut terhadap orang-orang beriman, tetapi bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela.” Al-Ma’idah 5:54

Hakikatnya bukan sr. Fathin semata-mata yangmenilai kerja kita. Tetapi, penilaian Allah itu lebih teliti dan besar impaknya. Semoga Dia menerima segala yang dilakukan dan meredhai kerja-kerja kita serta melimpahkan segala rahmat dan petunjuk-Nya kepada kita selamanya.

Buat teman sekumpulan, pengalaman berkerja bersama dalam satu kumpulan pastinya lebih mengeratkan lagi ikatan antara kita. Sesungguhnya setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah kerana diberi peluang untuk berkerja bersama-sama dengan kalian . Jazakumullahu Khair!

“Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertakwa. “Wahai hamba-hambaku! Tidak ada ketakutan bagimu pada hari itu, dan tidak pula kamu bersedih hati. “ (Iaitu ) orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami dan mereka berserah diri.

Az-Zukhruf, 43 : 67-69


1 comments:

mazu said...

my dearest groupies..

thanx a lot 4 d wonderful experience... da lpas best aa kan.. mase tgh buat tu.. tuhan je la yg tau horrornye..

couldnt expect 2 hv better groupies than ours~~

it had been great workin w all of ya..

++sorry 4 ethg & halal sme ek?

happy hols!