Di suatu tempat yang terkenal, terdirinya sebuah institusi pendidikan yang tersohor di seantero dunia. Pelajar yang berjaya menjejakkan kaki ke institusi tersebut akan menerima sistem pendidikan yang paling cemerlang. Mereka yang masuk institusi tersebut sememangnya mantap2.
Dipendekkan cerita...
Ada seorang pelajar bernama Mr. Z. Dia bakal menghadiri kuliah pertamanya pada pagi itu. Pensyarah yang akan mengajarnya merupakan seorang profesor yang teramat hebat dan cemerlang dalam bidang yang berkaitan.
Meskipun demikian, ketika profesor tersebut sedang rancak menyampaikan pengajarannya.....
....Mr. Z tertidur sepanjang kelas. Huhuu..
Akhirnya, meskipun, Mr. Z berada di institusi terbaik pada abad itu, juga mendapat pensyarah terhebat zaman tersebut, dia tetap tidak mendapat apa-apa.
Kenapa ya?
Kerana, dia sekadar meMASUKi program (institusi) tersebut tanpa memPROSES perkara yang diperolehnya (belajar, mamahami, menghafal etc)..
Analoginya... (boleh agak tak?)
Kita semua sama-sama memasuki sekolah Ramadhan.
Kita sama-sama dijanjikan dengan ganjaran-ganjaran, barakah, pengampunan dan segala-galanya .
Namun, tidak semua akan mendapat hasil Ramadhan yang 'sepatut'nya.
Kerana, untuk mendapatkan hasil tersebut, kita bukan sekadar perlu meMASUKi Ramadhan, tetapi, kita perlu memPROSES diri kita sehingga tercapai hasil-hasilnya (TAQWA).
Hmm.. Jadi, apakah program-program yg perlu diproses? Di sini nak share sket ttg 3 perkara yg perlu diproses. If tak dibuat, kita akan dapati symptom2 ni dlm diri kita: solat tarawih rasa malas, tak rasa best baca quran, bangun tahajud dpt penat je dan etc
3 Proses tersebut adalah :
1. Taubat : taubat adlh rasa menyesal dgn dosa & tak nak buat lagi dosa tersebut. Sabda nabi lebih kurang berbunyi."Celakalah orang yang memasuki Ramadhan, tetapi tidak mendapat pengampunan dari Allah dalam bulan itu"
Jom kita muhasabah balik, meskipun byk amalan yg dah dibuat, dosa2 dulu ada taubat tak? bersungguh-sungguh tak nak jaga diri tak ulang kesilapan?
2. Dzikr
Ingat Allah setiap waktu. tenggelam dlm suasana bacaan quran dan dzikr2 ma'thur.
1 peringatan : keutamaan utk org ajam(bukan Arab) adalah mentadabbur Quran (tahu makna Quran)! tak best la kalau kejar je baca quran tu, tapi tak even tahu apa yang Allah cakap . Takde gunanya..
3. Tafakkur
Berfikir mengenai penciptaan Allah. Berfikir sehingga terasa diri ini kerdil. Berfikir sehingga rasa bersyukur terhadap segala nikmat yg Allah bagi.
hmm.. skdr ni je kot yg sempat dikongsikan. Hasil ceramah bro Noorazman pagi tadi. (sgt best). mungkin boleh share lagi nanti2 kat mahallah ke. Lagi best kalau cakap (",)
Semoga Ramadhan kali ini Ramadhan terbaik buat kita !
0 comments:
Post a Comment