Tuesday, September 2, 2008 | By: MiraculousSigns

"Exam MND sudah dekat!"


Kadang-kadang, bila nak ‘study’, pernah tak datang rasa malas, bosan, penat dan bermacam-macam lagi? Fokus mula hilang. Nota-nota yang perlu di’hadam’ pun jadi tak begitu ‘hadam’. Sama la mcm kes dyspepsia. Bila semua penyakit-penyakit tu datang apa yang kalian lakukan?

Buat keje lain ?

Tangguhkan dulu study tu?

Apa-apahal pun, jom kita muhasabah kembali hakikat penciptaan diri kita.

Penciptaan diri yang begitu hebat.

Penciptaan yang diamanahkan dengan tanggungjawab yang mulia.

Walaupun suatu ketika dahulu, kita sama-sama tak tau ape-ape. Tak tau pun apa makna “Dyspepsia”. Dengan nikmat mata, telinga & aqal yang Allah kurniakan, kita mampu memahami erti kehidupan. Kita mampu belajar. Kita mampu hidup berdikari. Namun, sejauh mana kita menyedari dan mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan ini?

“Katakanlah, : Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu. (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur” Al-Mulk,67:23

Ketika hidup ini pula, kadang-kadang kita sibuk. Adakalanya bingung memikirkan masalah-masalah yang dihadapi. Terkejar-kejar dengan kerja yang bertimbun-timbun. Namun kita lupa, di sebalik perancangan kita semua, ada Dia yang Maha Mentadbir segala alam . Dia yang telah menetapkan segala macam ujian kehidupan yang hendak diberikan kepada hamba-hamba-Nya.


“Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur-(mu) yang telah ditentukan, kemudian kepada Allah-lah kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan.”
Al-An-‘am:60


Semua yang kita hadapi ini adalah suatu ketentuan. Suatu ujian. Bukan kebetulan. Bukan suatu permainan.

Justeru, bersabarlah dalam memenuhi tanggungjawab kita sebagai pelajar. Inilah amanah kita. Inilah tanggungjawab kita. Sebagai seorang “Dietitian”! Bukan suatu bebanan, malahan inilah anugerah, inilah peluang untuk kita memainkan peranan sebagai khalifah di muka bumi ini. Semoga segala yang dilakukan,dihitung sebagai amalan yang memberatkan timbangan pahala kita kelak.

“Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, maka mereka akan mendapat syurga-syurga tempat kediaman, sebagai pahala atas apa yang telah mereka kerjakan” As-Sajdah,32:19

Kawan-kawan, semoga Allah mudahkan usaha kita semua untuk study MND ni! (Adey.. banyak gile)

2 comments:

mazu said...

susa gle.. haha

ayat said...

tersangatlah horror huhu..