Monday, September 21, 2009 | By: Nadirah

Taqabbalallahu minna wa minkum, kullu `amin wa antum bikhair



Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Alhamdulillah thumma alhamdulillah dipanjangkan umur untuk menikmati hari kemenangan pada tahun ini. Terasa sangat sekejap Ramadhan berlalu, mudah-mudahan Allah menerima amalan kita semua.
Tahniah kepada kita semua kerana berjaya menamatkan sebulan Ramadhan. Moga dapat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Semalam saya menerima e-mail daripada sahabat lama, tersentuh hati dengan doa yang dikirimkan. Moga kita sama-sama dapat manfaat daripadanya ;)


Selamat tinggal Ramadhan

Walau hati masih tak merelakan
Pohon seribu kemaafan
Andai fakir sebuah layanan

Selamat tinggal Ramadhan
Tetamu mulia
Penantian hamba-hamba
Yang dambakan keampunan
Rahmat daripada Tuhan

Selamat tinggal Ramadhan
Moga kau gembira
Menjadi tetamu hamba
Yang mahukan cahaya
Keluar daripada gelita

Selamat tinggal Ramadan
Kami kan setia menantimu tiba
Moga hayat masih ada

29 Ramadan 1430

taqabbalallahu minna wa minkum
Moga Allah menerima amalan-amalan daripada kami dan anda semua

minal 'aidin wal faizin
dari golongan orang-orang yang kembali (kepada fitrah / suci) setelah
melalui madrasah (sekolah) tarbiyah ramadan
dan daripada golongan orang-orang yang berjaya (mencapai taqwa)

eid mubarak, maaf zahir batin, halalkan makan minum dll
semoga takbir Syawal tahun ini takbir kemenangan buat kita semua, insya-Allah =)


-IPBA KL 2009-


Thursday, September 17, 2009 | By: Nadirah

Panduan Pemakanan bagi Kanak-Kanak yang Kekurangan Zat Makanan

Sewaktu posting di Poliklinik Komuniti Beserah (PKB) (10 Ogos-27 Ogos 2009), kumpulan kami dikehendaki mengendalikan satu kelas Pemakanan bagi Kanak-kanan yang Kekurangan Zat Makanan (KZM) a.k.a Failure to Thrive (FTT). Kelas ni merupakan aktiviti berkala yang dirancang pada setiap minggu ketiga setiap bulan oleh Klinik Kesihatan Keluarga (MCH), PKB. If I not mistaken that class on 19th August. Oleh yang demikian, kami telah menyediakan bahan-bahan yang berkaitan untuk dikongsi ersama-sama dengan ibu-ibu di luar sana (As group 1st to handle FTT class, so excited to lebih skit. Sigghhh..^_+) Walau bagaimanapun, impian dan cita-cita kami tak kesampaian. Huhu.. Kelas to cancel pulak.. Mungkin disebabkan kes H1N1 yang melanda, tambah pulak bulan Ramadhan bakal menjelang minggu depannya jadi patient agak ramai juga minggu tu. Jadi eloklah rasanya nak kongsi bersama-sama tetamu sekalian. Moga ada khairnya!

Panduan Pemakanan bagi Kanak-kanak yang Kekurangan Zat Makanan
oleh: Ayat, Salihah, Zairunida, Nadirah & Hazirah

Kekurangan berat badan tidak bermaksud kurus ataupun langsing. Sesetengah kanak-kanak secara semulajadi, bertubuh agak besar dan mengekalkannya dengan mengamalkan diet yang seimbang serta melakukan aktiviti fizikal. Ada sesetengah yang lain pula secara semulajadinya bertubuh kecil, namun mereka bukanlah kekurangan berat badan. Walau bagaimanapun, kekurangan berat badan yang sebenarnya mungkin petanda kepada masalah pemakanan, kesihatan, atau emosi.

Bagaimanakah cara untuk mengetahui anak saya mengalami kekurangan zat makanan?


1. Pertumbuhan kanak-kanak mestilah mengikut corak pertumbuhannya.

2. Timbang berat dan ukur ketinggiannya, buat perbandingan dengan standard-carta pertumbuhan (Growth Chart). Plot nilai berat badan dan ketinggian anak pada carta berat badan & ketinggian mengikut jantina. (Refer growth chart CDC-weight and stature for age for boys and girls).

3. Selain itu, Indeks Jisim Tubuh (IJT) a.k.a. Body Mass Index (BMI) boleh dikira dengan rumus BMI= Berat (kg) / (Tinggi X Tinggi) (m2). Kemudian, plotkan BMI anak pada carta BMI. If your child's BMI is:

- <5th percentile: underweight
- between 5th to 85th percetile: normal
->85th percentile: overweight
- >95th percentile: obese

* Oleh yang demikian, KZM boleh didefinisikan apabila BMI anak anda <5th percentile.

Apakah yang patut anak saya makan?


Oleh kerana makanan kurang diambil, ibu bapa atau penjag
a harus memberi makanan berkalori tinggi. Apabila menyediakan makanan, utamakan sumber lemak tambahan yang sihat seperti minyak sayuran sebagai pengganti mentega atau marjerin. Contoh penyediaan makanan berkalori tinggi:

1. Tambahkan ayam / daging / minyak / marjerin ke dalam masakan bubur


2. Tambahkan marjerin, mentega kacang atau keju ke atas biskut kraker


3. Tambahkan marjerin lembut (soft margerine), mentega kacang (peanut butter) atau keju ke atas roti


4. Tambahkan serbuk coklat atau ais krim ke dalam susu


5. Tambahkan susu / minyak / marjerin / keju ke dalam telur


6. Tambahkan susu / minyak / merjerin ke dalam kentang lenyek


Sebagai pelajar dietetik, penyediaan menu amatlah dititik beratkan. Bak kata Sr. Aishah,
"Menu sangat penting bagi dietitian, tu la yang nak bezakan antara kita dengan orang lain. Bukan senang nak prepare menu, saya nak awak semua biasakan diri dari sekarang. Nanti senang bile awk dah keje nanti"
Ya, bukan senang nak sediakan menu. Kalau setakat menu yang biasa tu semua orang boleh, tapi menyediakan menu sihat tu yang payah.. Mesti memenuhi keperluan tenaga yang disyorkan seperti dalam RNI..Di sinilah pentingnya peranan dietitian, inilah juga yang membezakan antara dietitian dengan chef / tukang masak. Betul tak kawan-kawan??

Berikut, kami sediakan contoh menu untuk kanak-kanak 1-3 tahun dan 4-6 tahun yang mengalami masalah KZM:


Menu bagi Kanak-kanak 1-3 tahun (950 kcal)

Sarapan Pagi
1/2 gelas susu penuh krim
1 keping roti bakar

Minum Pagi
1/2 gelas susu penuh krim

Makan Tengahari
1/2 cawan nasi putih
1 keping telur dadar (1 biji telur + kobis bunga + putik jagung + bayam)
Sup sayur (sawi + lobak merah+ kobis bunga + putik jagung)
1 gelas air kosong
1 potong betik

Makan Malam
Mi sup
- 1/2 cawan mi
- ayam + kentang
- sayur (sawi + kobis + lobak merah + kobis bunga)
1 gelas air kosong

Menu Kanak-kanak 4-6 tahun (1300 kcal)

Sarapan Pagi
1/2 gelas susu penuh krim berperisa coklat
1 keping lempeng kentang (+ 1/2 cawan susu penuh krim)

Minum Pagi
1 keping kek coklat
1 gelas air kosong

Makan Tengahari
1/2 cawan nasi
Sup ayam (+ 1/2 kentang, lobak merah, seleri, bayam)
1 gelas air kosong
1 potong tembikai

Minum Petang
1 ketul cekodok pisang (sederhana besar)
1 gelas air kosong

Makan Malam
1 set sandwich ayam
-1 ketul ayam yang dicarik isinya
-Timun + salad + tomato
-1/2 sudu teh marjerin lembut + 1/2 sudu teh mayonis
1 gelas jus epal tanpa gula

Minum Malam
1 gelas susu penuh krim berperisa coklat

p/s: sebenarnya dah lama nak post, cuma tak berkesempatan.. sekadar ini dahulu perkongsian untuk kali ini, moga kita dapat manfaat daripada sedikit usaha ini ;)
Tuesday, September 8, 2009 | By: siti suhaili

Menilai kemeriahan Ramadhan..



Di suatu sudut kedengaran seorang lelaki bercakap dengan pelanggannya..
"Nak habis dah ni... lelong2 kak, adik, tinggal 2 pasang je".. Di sudut yg lain pula.."Dik, habiskan kuih ni.."

Meriahnya Bazar Ramadhan.. sampai ke magrib org berniaga.. sambung lagi shoping lepas terawih.. atau mungkin tak gi terawih pun..
Meriahnya..
Ada makcik cakap.. suka la bulan2 puasa ni.. banyak sale.. kuih pun mcam2 ada..
Anak makcik pulak ckp...nak beli baju raya pun banyak choice.. memang sronok la..
Peniaga pulak cakap.. jual ape je pon habis..
meriahnya Ramadhan..
Sana sini dah di pasang lagu raya..
"Di hari raya, terkenang daku kepada si dia.." suara Allahyarham P.Ramlee yg sudah bertemu Tuhan sejak lama dulu terus berkumandang.. seakan2 masih ada di dunia ini..


Inikah caranya menilai kemeriahan Ramadhan..

Tak perlu tengok jauh2 kot..
Kat sini.. di sebuah universiti "Islamic".. dari sudut kemeriahan ekonomi memang x dapat disangkal.. tapi di sudut2 surau.. susuk tubuh yg hadir ke tazkirah, ceramah etc.. boleh dihitung dengan... jari..

Golongan Salafussoleh takkan mungkin membiarkan detik waktu dalam Ramadhan berlalu saja.. Nilai Ramadhan bukan pada Bazar Ramadhan.. bukan pada Sale di Kuantan Parade, bukan kpd habisnya Big Apple di East Cost Mall

tapi di ruang2 surau yg ustaz di panggil berceramah, pada segenap bangku yg ada org baca Quran, pada malam yg kita berterawih, pada lidah yg ada zikir2.. pada setiap hati yg ada kerisauan betapa Ramadhan akan berlalu namun amalku masih belum bertambah.. pada setiap tanah yg ada insan menyungkur sujud pada Rabb pada dinihari.. pada setiap mata yg mengalir mutiara kekesalan dosa..


Aku pun x gi dengar ceramah kt surau hari tu.. lupa.. Kenapa bole lupa? Kalau nak beli juadah berbuka tak pernah lupa.. Kenapa? Kerana perut lapar kita boleh rasa.. tapi kalau jiwa kita lapar dengan nasihat dan pesanan.. kita tak rasa..

Kenapa x rasa lapar jiwa? Mungkin hati kotor..
Kenapa hati kotor?.. Sbb banyak sebab..

Senaraikan saje sbb yg ada.. senaraikan la sndiri.. dan muhasabah sendiri..
Monday, August 31, 2009 | By: MiraculousSigns

Dietitian bertaqwa?

Hanis melangkah laju. Terus bergegas menaiki bas UIA pukul 7.30 a.m itu.

"Alamak.. janganlah terlepas".

Sebaik menapakkan kaki di atas bas, bas terus meluncur laju, membawa para siswa ke JHC.

Hanis seakan-akan mengeluh di dalam hati.

"Aisey.. IPD lagi. 2nd phase... terpakse tengok orang sakit & terlantar hari2. Hmm.."
Bersama teman sekumpulan, mereka menuju ke library tingkat 5. "Classroom" tidak rasmi mereka, sbg tempat berdiskusi kes-kes yang diperoleh.

Seperti rutin kebiasaan, sebelum pukul 10.00, naik ke wad & review kes-kes yang lepas. Hanis melontarkan pandangan ke arah teman-teman yang lain. Kesemuanya kurang bersemangat berbanding semasa di OPD.

"Tak boleh jadi ni.. Astaghfirullah.. betulkan niat.. betulkan niat.."

Hanis cuba mengambil sedikit masa. Merenung kembali tentang tujuannya berada di situ.

Hakikat sebenar tugas yang perlu dilaksanakan.

Adakalanya dirinya lalai..

Alpa untuk menyedari yang segala tugas yang diberikan merupakan amanah besar. Bukan sekadar dari ibu bapa, lecturer mahupun JPA..

Tetapi, itulah janji yang telah terikat sejak azali lagi.

Janji untuk memikul amanah sebagai hamba-Nya & khalifah-Nya. Itulah misi yang dipikul setiap insan yang mengaku muslim. Bukan sekadar memenuhi rutin harian. Tetapi menyedari yang setiap langkah kaki, setiap gerakan tangan, setiap butiran kata-kata yang terkeluar dari mulut itu adalah suatu cara untuk merealisasikan janji diri terhadap Sang Pencipta.

"... Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman), "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" mereka menjawab, "Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, "Sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini"
Al-'Araf,7:172

Justeru, apakah wajar seorang yang merasakan kekerdilan diri sebagai hamba dan ke'izzahan diri sebagai khalifah di muka bumi ini, boleh mensia-siakan ruang waktu yang ada di bumi ini dengan "takde mood" terhadap tugasan yang perlu dilakukan? Sedangkan segala yang dilaksanakan semuanya punyai makna & tertulis sebagai amal..

"Baiklah.. wahai Hanis.. Jom buat kerja penuh ihsan!! Insya Allah"

Hanis berkata-kata sambil tersenyum sendirian. Betapa indahnya iman itu bila saling berinteraksi setiap ketika. Tetapi manusia itu mudah lalai. (huhu)

Pada pukul 11.00 pagi, apabila referral letter smpai ke dietetic department, masing-masing mengambil kes-kes yang ada. Terus melangkah kaki ke wad yang berkaitan dan mula membaca BHT. Adakalanya, wad-wad penuh sesak. Bukan sesak dengan pesakit. Tetapi sesak dengan pelajar-pelajar lain.. Medic, pharmcy & kdg2 dentist students..

Dengan manusia yang penuh sesak.. di situlah nikmat penglihatan ini teruji. Sedaya-upaya elakkan daripada terpandang aurat pesakit utk menghormati mereka. Tundukkan pandangan sewajarnya & berkomunikasilah dengan cara yang terbaik. Kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang dilakukan.

"Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan."
Al-Hadiid:4

Selesai tugasan pagi itu, di waktu petang, tidak banyak lagi kerja yang perlu dilakukan melainkan berdiskusi dgn lecturer mengenai setiap kes yang dikendalikan.

Apabila pulang, seperti biasa, badan letih. Yang tinggal hanyalah malam untuk menyiapkan segala tugasan..

Hanis meletakkan logbooknya di atas meja. Apabila tangan itu mula bergerak untuk menyiapkan report, hati tiba-tiba mencelah.

"Penatlah.. tidur je lah."

Itulah konflik biasa yang dihadapinya. Apakah patut diturutkan rasa malas? Tangguh-tangguh lagi?

Hanis berfikir sejenak. Melihat jari-jemarinya penuh makna. Cuba menghadirkan rasa kesyukuran terhadap nikmat yang dikurniakan Allah itu.

"Ya Allah, ada orang yang cacat, tak mampu pun untuk memegang pen. Inikan pula aku yang cukup pancaindera?? Bolehla pulak malas nak buat report. Astaghfirullah"

Perasaan malas itu lantas diketepikan. Terus disuburi dengan perasaan kesyukuran & kehambaan. Nikmat itu bukan milikku, desus hati Hanis. Aku bersyukur ya Allah. Moga aku dapat memanfaatkan segala nikmat yang Engkau berikan sewajarnya.

"Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani semua itu akan diminta pertanggungjawabannya."
Al-Isra':36

Selesai menyiapkan report nya hari itu, Hanis terus bersiap-siap untuk tidur. Tiba-tiba dia teringat.

"Ya Allah! Tak baca quran lagi hari ni.."

Hanis lantas mendenda dirinya. "Ok, tak boleh tidur lagi sebelum habis 1/2 juz!"

"Dan ikutilah perbuatan buruk itu dengan perbuatan baik, nescaya akan menghapuskan kejelekan tersebut"
Hadith Riwayat Tirmidzi

Selesai membaca quran, lampu terus ditutup. Di dalam hati, Hanis berazam,

"Esok,mesti lebih bersemangat! InsyaAllah.. Semoga banyak lagi ruang-ruang kebajikan yang boleh dilakukan. Permudahkanlah ya Allah!"

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, sungguh benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami."
Al-'Ankabut : 69

***

Adakalanya kita mudah untuk mensasarkan misi untuk berjaya dalam akademik,
"Okeh. Bila grad nanti, mesti dapat yang terbaik! Nak dean's list!!"

Tetapi, berapa ramai yang tak lupa jugak untuk berazam sebegini...

"Ok, Sebelum aku mati nanti, aku mesti dah jadi orang yang bertaqwa!!"

Sedangkan, taqwa itulah sebaik-baik bekal sebelum kita menempuh alam akhirat.

Justeru, dalam bulan Ramadhan penuh mulia ni, jom kita didik diri sehabis baik. Agar Allah mengurniakan kita Taqwa

...sebagai perisai yang membentengi diri kita menghadapi hari-hari hidup di dunia ni.

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu berTAQWA."
Al-Baqarah : 183

InsyaAllah. Sayang semua (",)
Sunday, August 23, 2009 | By: siti suhaili

Fastibqul Khairat..

FASTABIQUL KHAIRAT SAHABAT2KU!!!

Cinta Ramadhan bertandang lagi.. Ayuh, masa utk memberi impak maksima pada ibadah kita. Kesibukan clinical dan research bukan alasan melepaskan peluang yg tidak diperolehi ummat lain melainkan ummat Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Apa mungkin Ramadhan ini yg terakhir buat kita?
Friday, August 7, 2009 | By: MiraculousSigns

Selesai sudah pusingan pertama (",)

Bismillah..
Di celah2 kesibukan, tiba-tiba tangan ni gatal nak menaip dlm blog.. Maka, tertaiplah entry kali ni.. :P. Tadi, baru selesai research proposal presentation. Setelah lama terpisah (chewah), kita sekelas dipertemukan sekali lagi untuk sem ni.. Kalau tak, setiap hari, muka yg sama jugak yg tengok kan. 5 orang 1 grup hehe...

Amacam?? Ok presentation tadi? Terungkai tak kekusutan selama ni? Semoga semuanya dimudahkan Allah. Semoga segala kajian yg dilakukan membawa manfaat kpd semua.

Bercakap soal klinikal, mesti banyak pengalaman yang dapat kan? .. Untuk kumpulan di IPD, penat kaki sebab asyik kena clerk patient, baca BHT & review patient.. Yg kat OPD pulak, mungkin lebih banyak penat mulut?? hee.. dengar2 byk kes kena counsel. Alhamdulillah..

Di IPD, adakalanya hati ini tersentak. Yelah, tengok kematian berkali-kali. Rasa simpati dengan pesakit-pesakit yang tabah dengan segala penyakit yang menimpa. Hmm, pengalaman memberi kaunseling pemakanan, ada antara pesakit yang masih tidak dapat menerima hakikat akan penyakit yang dihidapi. Kadang-kadang, diri ini terfikir, pesakit-pesakit semuanya umpama orang cacat... Kerana sedikit nikmat dari Allah telah ditarik.. Terasa betapa besarnya nikmat yang berikan kpd kita yang Alhamdulillah masih sihat ni. Kalau yang dapat Diabetes Mellitus, cacat dari segi insulinnya.. 1 je nikmat yang Allah tarik, macam-macam boleh jadi. Semua makanan kenala kawal. Cam tu jugak dengan pesakit buah pinggang... Bila nikmat itu ditarik, manusia memerlukan bantuan lain untuk memastikan tubuh badan tu masih dapat berfungsi dengan baik. Jadi, perlu lah pergi ke hemodialysis atau intermittent peritoneal dialysis..
Allahu Akbar.. Insaf. Justeru hati ini perlu dididik untuk mensyukuri segala nikmat yang diberi-Nya.

Hmm, hari terakhir klinikal (utk 1st round), giliran aku untuk memberi kaunseling kpd pesakit buah pinggang. Berlinangan air mata pesakit berkenaan apabila kami ter'bual'kan isu buah pinggang. Ku kira, nasihat sewajarnya harus diberikan. Agar mereka yang di'uji' mampu bersabar apabila sedikit nikmat dari Allah telah ditarik balik. Andai hati itu mengerti yang kehidupan ini tidak abadi. Andai hati itu memahami yang segala apa yang berlaku adalah ujian dari Allah kpd insan-insan pilihannya . Andai hati itu menyedari yang segala kesabaran yang diberikan tersimpan ganjaran yang besar di sisi-Nya. Pasti insan itu akan tabah dan bersyukur. Tidak memikirkan nikmat apa yang ditarik daripadanya sebaliknya lebih memikirkan akan nikmat yang terlalu banyak telah diberikan Allah kepadanya..

Namun, bercakap itu pastilah lebih mudah daripada insan yg terbeban. Justeru, kita sebagai saudara seaqidah, yang bukan sekadar berfungsi sebagai dietitian kpd pesakit, perlu memberi sokongan yang padu kepada pesakit kita. Memberi nasihat seikhlas mungkin yang datangnya daripada kepedulian kita terhadap sesama Muslim. Sedaya-upaya turut memainkan peranan sebagai saudara seaqidah.. InsyaAllah

Hmm.. Entahlah.. Walauapapun, semuanya perlukan usaha. Untuk meningkatkan lagi ke'compliant'an pesakit terhadap nasihat yang diberikan...

Sehingga akhirnya, kepada Allah jualah kita mohon pertolongan. Agar sentiasa diberikan petunjuk dan hidayah..

Buat teman-teman seperjuangan, teruskan berkerja! Tingkatkan prestasi dan kualiti diri. Moga Allah membantu kita pada setiap langkah kita.

Isk2.. Rindu ngan semua.. bila lagi dapat berkumpul ramai-ramai..