Monday, September 19, 2011 | By: siti suhaili

RA Part II: Intervention Studies to Increase Vegetables and Fruits Intake.

Wah, nampaknya sudah ramai kawan-kawanku mengukuhkan lagi tapak career masing-masing. Mabruk! Ok, since ramai yang dah jadi dietitian yang memang berhadapan dengan masyarakat di tempat masing-masing, saya nak share sedikit bacaan saya yang tak seberapa ni tentang some "Intervention Studies" untuk menggalakkan masyarakat setempat meningkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayangnya saya masih belum jumpa mana-mana artikel intervention yang dibuat di Malaysia. Tapi tak apa, mungkin anda yang akan mula??? =)

Ok let's start with the problem statement.
The problem is... kita maklum "recommendation" utk makan buah dan sayur ialah 5 hidangan setiap hari, tetapi setakat ni ada tak sesiapa jumpa any community or individual which successfully achieved the recommendation?? Even kita sendiri pun susah nak capai kan?~ Kenapa??? Banyak jawapan bermain di fikiran masing-masing, betul tak?

Ok.. Let us look at the facilitators and barriers of fruits intake:

FACILITATORS:

1. Knowledge of
a)health benefits b) recommendation
2. Availability and Accessibility of F & V
3. Family's/ Parental influence
4. Taste Preferences
5. Skill in food preparation
6. Health condition
7. Concern of Children's health
8. Advice of physicians etc
9. Continous local education (akan dibincangkan)


BARRIERS

1. Inaccessible and unavailability
2. Higher cost for fresh one
3. Consume time to prepare (especially utk sayur yg perlu dimasak)
4. Taste preference
5. Lack of knowledge and awareness
6. Easy perish

Dalam masa yg terhad, saya just nak share satu dua point which i think quite interesting. IN fact, amat susah kalau kita nak bincangkan setiap point di atas secara berasingan, sebab hampir semuanya "interelated".
Point 1: Availability & accessibility.

Salah satu faktor penting untuk tingkatkan pengambilan sayur dan buah ialah kebolehcapaian dan kemampuan.. (betul ke istilah ni??). Lebih tepat saya guna "availability" dan accessibility". Availability di sini termasuklah "available" di gerai-gerai yang berdekatan, dan "available" dalam rumah. Satu kajian oversea menunjukkan bahawa kawasan kejiranan yang mempunyai lebih banyak gerai buah/sayur, pengambilan buah dan sayur lebih tinggi berbanding dgbn kejiranan yg kurang gerai buah-buahan. Another study pula menunjukkan rumah di mana sayur-sayuran dan buah buahan sentiasa "available" mempunyai penghuni yg makan lebih bnyak buah walaupun faktor "taste preferance" dikawal. Jadi di sini kita boleh sarankan kepada pesakit-pesakit supaya pastikan sayur dan buah ada di rumah.. supaya menjadi habit keluarga masing-masing. Kajian menunjukkan wanita (ibu/isteri) sangat mempengaruhi dietary intake keluarga. (Tapi kene ingat, setiap nasihat kita mestilah based on "individual assessment". Ada juga si suami/ayah yg tentukan apa nak dimakan..).




Point kedua: Continuos local education
Sebenarnya di negara-negara barat, isu pemakanan sihat ini tidak hanya didokong oleh mereka yg terlibat dalam kesihatan/pendidikan kesihatan. Saya jumpa quite a number of article yg discuss tentang keberkesanan pendidikan kesihatan yg dibuat secara berkala di gereja-gereja. Mungkin isu ini kalau dibincang dalam konteks negara kita, terpaksa dikaitkan sedikit dengan isu "cultural and social environment". Tempat-tempat ibadah termasuk terutamanya masjid di Malaysia hanya menumpu kepada aktiviti keagamaan sahaja. Sedangkan kajian menunjukkan aktiviti pendidikan secara berkala di gereja, melalui kaedah ceramah selepas diorang punya Sunday prayer, printed materials dan group binding/discussion (ala-ala usrah tempat kita la) telah memberi kesan positif dgn meningkatkan "jumlah hidangan buah dan sayur yg diambil setiap hari". Menarikkan??!. Ok, lepas ni kena la figure out macam mana nak apply kat Malaysia.

Seterusnya saya kongsikan pula secara ringkas antara sekian banyak intervention yg berjaya galakkan orang ramai tingkatkan pengambilan sayur dan buah. Antaranya:

1. Scout program/camping (program perkhemahan pengakap melalui sekolah masing-masing). Program perkhemahan ini bukan sahaja melibatkan aktiviti-aktiviti motivasi dan pembentukan jati diri, tapi dalam masa yg sama menyelitkan aktiviti ceramah pemakanan sihat, demo penyediaan makanan sihat yg senang secara "hands-on". Hasilnya, KAP dan skill improve. Ada study yg selepas setahun pun menunjukkan pengingkatan pengambilah sayur/buah meningkat up to 1.6 serving dari intake asal.

2. Continous Church education:
-seperti yg dibincangkan di atas.
3. Subsidizing fruits and vege
-study yg macam ni tak banyak.. tapi berkesan di kawasan yg low economic status.
4. Healthy cafeteria:


Beberapa kafeteria sekolah dipilih utk menyediakan pilihan makanan yg lebih sihat utk kanak-kanak sekolah. Selain pendidiakn dalam kelas, mereka juga diberi series of printed materials utk di bawa balik kpd parents, so kanak-kanak ini dapat support both from school and at home.


Ok, setakat ni dulu.. kalau taip banyak-banyak pun org bosan nak baca~. Minta maaf kalau ada banyak typing error. Sori saya tak sempat nak masukkan reference utk maklumat di atas. Tapi some useful key words yg anda boleh guna kalau berminat utk baca termasuk "fruits and vegetable","intervention to increase fruits intake" "healthy cafeteria" "5-a-day", "nutrition supplementation" "barrier and facilitator" etc.

Sekian dari saya!

2 comments:

ayat said...

Salaam. TQ my dear researcher.

In summary :

1)galakkan patient tanam sayur kat rumah (macam kat rumah ktorang haha : favorite nawwar-ulam raja nak dekat setiap hari... sbnrnya malas/"tak sempat" nak masak)

2)Pointkan kepentingan2 fruits n veggie in group discussion. Maybe to start with, dgn anak2/ahli2 usrah kite.. "Makan sihat dalam rangka memelihara tubuh yang hakikatnya milikNya. Kena jaga betul2 andai kita orang beriman"

Nadirah said...

TQ suhaili, sgt inspiring!

di oversea sgt2 ditekankan tentang buah & sayur ni. Pengalaman pak cik sy duduk di UK, pengambilan sayur & buah sgt2 ditekankan di peringkat taska/tadika lg. akan ada 3 hari dlm seminggu setiap murid WAJIB bwk buah atau sayur shj masa waktu rehat. Budak akan bwk apa yang diorg suka. no sweet foods are allowed. siapa yang bwk akan didenda oleh cikgu

so masa tu, cikgu akan suruh murid2 perkenalkan pd kwn2 apa yang dia bwk (sebelum tu dah diterangkan apa kelebihan buah & sayur pd anak kecil). Just imagine, kat sekolah rendah pun ada dietitian! ni yg rasa smgt nak bukak tadika sendiri... ;)

pengalaman sy yg sikit kat sini, sayur tak jd masalah sbb org kg akan tanam sayur. cuma halangan dia, anak2 tak nak ikut apa yg mak ayah makan dan mak ayah pun tak 'paksa' anak utk makan sayur. mgkn lack og knowledge... cuma kalau buah tu mmg ssh sikit, sbb tak jd habit & agak mahal nak beli. jd bila dtg kaunseling, dietitian kena kreatif nak suitkan dgn amalan yg biasa2 tu.. takkan nak suruh makan salad buah/sayur. mau terbeliak mata diorg!