Tuesday, April 27, 2010 | By: Nadirah

Menu Makanan Pejal Bayi

Saya membelek entri-entri lepas, baru terperasan ada janji yang belum saya tunaikan kepada sahabat.Saya memohon maaf atas keterlewatan janji tersebut, moga kita sama-sama mendapat manfaatnya dan sentiasa mendapat rahmat daripada-Nya ;)



Menu 1: Puri Sawi (5-6 bulan)
  1. Ambil 1/2 cawan daun sawi, cuci bersih dan potong kecil.
  2. Kemudian rebus sehingga menjadi lembut.
  3. Setelah itu, ambil daun sawi yang telah lembut tadi dan cincang sehingga halus.
  4. Tambahkan sedikit air rebusn untuk mencapai kepekatan yang diingini. Sedia untuk dihidangkan.
Menu 2: Puri Epal (5-6 bulan)
  1. Ambil 1/4 epal merah, cuci dan buangkan kulitnya.Potong epal menjadi bentuk dadu kecil.
  2. Rebus bersama sedikit air dan biarkan mendidih sehingga buah menjadi lembut.
  3. Setelah itu, lecek epal tadi bersama sedikit air rebusan.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

* Deria rasa bayi boleh dilatih. Oleh yang demikian, bayi haruslah diperkenalkan dengan rasa pahit dahulu sebelum rasa manis. 

Info tambahan
Panduan membuat puri sayur-sayuran:
  1. Basuh sayur-sayuran sehingga bersih dan buangkan kulitnya jika ada. Cincang atau potong sayur tersebut kepada potongan yang kecil.
  2. Rebus sayur dengan air yang secukupnya (atau kukus) sehingga empuk atau lembut. Kemudian tapis isinya. Kisar atau cincang bersama sedikit air rebusan tadi. Hidangkan.
  3. Cadangan sayur-sayuran: Lobak merah (pilih lobak yang masih muda dan kecil untuk menghasilkan rasa yang lebih manis), keledek, brokoli, ubi kentang, dan bayam.
Panduan membuat puri buah-buahan:
  1. Pilih buah yang cukup masak, kupas kulitnya dan cuci. Buangkan bijinya jika ada, dan potong buah tersebut kecil-kecil (dadu).
  2. Rebus bersama sedikit air sehingga menjadi lembut atau empuk.
  3. Kisar atau cincang bersama sedikit air rebusan tadi sebelum dihidangkan kepada bayi.
  4. Cadangan buah-buahan: prun, pir, epal (untuk buah yang keras seperti ini, pastikan anda merebus sehingga lembut)
Menu 3: Bubur 3 Rasa (6-9 bulan)

Bahan-bahan:
  • 3 sudu besar ubi keledek (dipotong dadu)
  • 1 biji kecil lobak merah (juga dipotong dadu)
  • 4 kuntum bunga kobis

Cara-cara:
  1. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam periuk dan rebus dengn air yang secukupnya.
  2. Masak sehingga empuk atau lembut.
  3. Tapis bahan-bahan yang sudah masak tadi untuk diasingkan dengan air rebusan.
  4. Kemudian, kisar bahan-bahan yang telah direbus tadi dengan sedikit air rebusan (jika tidak mahu mengisar, boleh juga melecek makanan tersebut).
  5. Sedia untuk dihidangkan.
Menu 4: Omelet + Sayur Campur (9-12 bulan)

Bahan-bahan:
  • 1 biji telur ayam
  • 2 sudu besar sayur campur (kobis bunga, putik jagung, brokoli / sawi)
  • 1 sudu kecil minyak masak

Cara-cara:
  1. Potong sayur campur dan hiris nipis-nipis.
  2. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
  3. Pecahkan telur di dalam bekas lain terlebih dahulu, kemudian masukkan sayur campur yang telah dipotong tadi.
  4. Tuangkan campuran tadi ke dalam kuali yang telah panas. Masak telur sehingga kekuning-kuningan. Kemudian, segera angkat dan masukkan ke dalam pinggan. Jangan biarkan telur terlalu garing kerana ia akan menghilangkan khasiat di dalamnya.
  5. Potong mengikut ukuran yang diingini (seboleh-bolehnya boleh dipegang oleh anak) dan dihidangkan.
* Garam atau perisa makanan yang lain tidak perlu ditambah ke dalam makanan anak kerana ia akan meningkatkan sensitiviti deria rasa.

Menu tambahan untuk bayi 9-12 bulan:

Stew ayam dan sayur


Bahan-bahan:
  • 1/2 kotak mancis daging ayam (dibuang kulit dan lemak)
  • 1 biji bawang merah (dimayang halus)
  • 2 sudu makan lobak merah (bersaiz kecil)
  • 1 sudu makan barli (dibasuh bersih)
  • 2 sudu makan ubi kentang
  • 1 sudu makan kacang pis
  • 2 sudu kecil minyak masak

Cara-cara:
  1. Cincang danging ayam, disarankan untuk menggunakan daging ayam bahagian dada.
  2. Potong lobak merah dan ubi kentang kepada bentuk dadu yang kecil.
  3. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
  4. Tumis bawang merah yang telah dimayang halus sehingga naik bau.
  5. Kemudian, masukkan pula daging ayam dan biarkan seketika sehingga sedikit garing
  6. Masukkan lobak merah, barli dan air. Biarkan mendidih dengan api yang kecil sehingga daging ayam betul-betul masak serta lobak merah menjadi lembut.
  7. Masukkan ubi kentang dan teruskan mereneh sehingga ubi kentang menjadi lembut.
  8. Masukkan pula kacang pis dan biarkan ia lembut.
  9. Sekiranya tekstur makanan masih kasar untuk bayi, lecek makanan tersebut sebelum dihidangkan kepada bayi.

SELAMAT MENCUBA!
Thursday, April 8, 2010 | By: siti suhaili

Terima Kasih Ya Allah


Ya Allah Ya Rabb ul’Izzati,
Seakan masa begitu cepat berlalu
Berakhir sudah 4 tahun kami menuntut ilmu di Taman Imu dan Budi,
Dan hari ini Engkau dengan penuh kasih sayang Mu menyempurnakan urusan kami di sini.

Ya Allah Ya Wahhab, Yang Maha Pemberi
Kami bersyukur padaMu atas segala nikmat yg Engkau kurniakan selama kami berada di sini
Kami juga bersyukur padaMu, kerana Engkau izinkan kami untuk menghabiskan pengajian.
Ya Allah, tanpaMu takkan pernah kami dapat bertahan,
Tanpa rahmatMu takkan pernah kami dapat tersenyum akhirnya.
Ya Karim, keranaMu hari ini kami mampu pulang memeluk ayah dan ibu.

Ya Hayyu Ya Qayyum,
Andai engkau masih izinkan kami bernafas dibumi uzur ini,
Murahkanlah rezeki kami untuk mendapat pekerjaan yang selayaknya
Izinkanlah kami menggunakan ilmu yang Engkau telah halalkan kpd kami untuk menyumbang kepada ummat
Jadikanlah ilmu dan pekerjaan kami bermanfaat buat diri kami, keluarga, masyarakat, dan negara.
Jadikanlah ilmu dan pekerjaan kami ini antara rantaian usaha yang akan menegakkan Syiar Islam

Ya Khaliq, Tuhan Yg Maha Mencipta,
PadaMu segala ketetapan.
Andai engkau menetapkan jodoh pada diri kami,
Kurniakanlah kami pasangan yang beriman dan taat pada suruhanMu, patuh pada laranganMu
Lindungilah kami dari dosa dan maksiat sebelum ikatan yg halal terjalin
Dan permudahkanlah jalannya kepada kami dengan rahmatMu.

Ya Allah Yg Maha Tinggi,
Rahmatilah kedua ibubapa kami, kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sedari kecil,
Berkatilah hidup guru-guru kami, para pensyarah dan sesiapa sahaja yang pernah mengajar kami,
Cukupkanlah keperluan orang-orang pernah menolong dan berbuat baik pada kami
Ampunkanlah dosa orang-orang yang pernah mengkhianati kami
Dan lindungi kami dari orang-orang yg cuba merosakkan akidah dan akhlak kami.

Ya Karim Ya Hakim
Ampunilah dosa-dosa kami selama kami menuntut ilmuMu
Ampunilah kami bila tidak bersungguh-sungguh mensyukuri pemberianMu
Ampunilah kelalaian kami selama ini Ya Allah

Ya Allah Ya Ghaffur
Dosa-dosa kami menggunung tinggi
Namun kami hitung maghrifahMu
Syukur kami begitu sedikit,
Namun kami hitung kasih sayangMu,
Kurniakan kami hati yang takkan pernah berhenti mencintaiMu dan rasulMu,

Ya Allah Ya Mumit,
Andai kau menetapkan kematian bagi kami,
Matikanlah kami dalam keadaan kami beriman dan Islam,
Janganlah kau matikan kami dalam keadaan kami lalai,
Tempatkanlah kami bersama-sama mereka yang soleh

Ya Qawiyyul Matin,
Kurniakanlah kami hati yang kuat dan tabah untuk menempuh liku2 hidup selepas kami melangkah keluar dari sini
Jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sabar dan merendah diri
Janganlah Engkau kumpulkan kami bersama hamba2 yang bongkak dengan ilmu mereka, dan janganlah Engkau golongkan kami di antara orang-orang yang tamak dengan keduniaan.
Ingatkanlah sentiasa hati kami pada hari yang tiada naugan melainkan naunganMu.

Ya Allah, jangan kau jadikan kami berputus asa dari rahmatMu.
Teguhkan pendirian kami menghadapi ujianMu.
Dan gembirakanlah hati kami dengan ampunan dan cinta dariMu.

Terima kasih Ya Allah kerana lahirkan kami sebagai seorang ISLAM
Terima kasih Ya Allah, CINTAMU YANG TERATAS…
Tuesday, April 6, 2010 | By: siti suhaili

PEG video.

Testing-testing. Cube tengok PEG video through this link.

http://www.youtube.com/watch?v=atQGkK0zW2s