Wednesday, March 24, 2010 | By: Nadirah

HUSM

Sejak posting special units, masing2 'mendiamkan' diri. Belum ada lagi post utk dikongsi bersama dek kekangan masa yang menjerat. Hari ni da hampir 5 hari attachment di HUSM tamat. Terlalu banyak rasanya untuk dikongsi bersama kawan2 memandangkan kami berempat merupakan pioneer (chewah!) IIUM yang membuat praktikal di sini. Terima kasih kpd lecturers yang menghantar kami ke sini!

Eloklah saya mulakan dengan organisasi di unit ni. Seramai 8 orang pegawai dietetik yang berkhidmat di sini; Diketuai oleh Hj Zulkifli Awang (U52), Timbalan Pengarah (Dietetik)- di sini tak dipanggil Ketua Jabatan, Penolong Pengarah Kanan 1 (U48), 2 orang U44 (Penolong Pengarah Kanan) & 4 orang U41 (Penolong Pengarah). 

Pengalaman menguruskan kes mungkin sama seperti praktikal sebelum ni, cuma saya nak highlightkan beberapa perbezaan yang saya dapat di sini tetapi sangat berguna sebagai panduan tugas sebagai pegawai dietetik tidaklah semudah yang disangkakan........

1. Bekalan "Nutrition Support" ke wad
Sama seperti hospital yang lain, dibahagikan kepada 2 iaitu sajian & klinikal. Tapi, apa yang menarik di sini, bekalan 'nutrition support' a.k.a. "susu" dikawal oleh dietitian sendiri, bukannye CO seperti hospital yang pernah saya praktikal. Oleh itu, setiap dietitian mesti menyemak order yang dibuat oleh nurse di ward (based on dietitian prescription-nama produk, berapa scoop, berapa kali sehari). Attenden yang nak ambil susu mesti mendapatkan tanda tangan dietitian terlebih dahulu @ dietitian sendiri yang order bekalan susu di wad masing-masing. Menarik bukan?

2. Referral
Di HUSM tak terdapat borang rujukan dietetik / referral system. Terdapat 3 cara rujukan diet di sini:
     (i) Pesanan Diet
   Pada setiap pagi, dietitian bertanggungjawab menyemak pesanan diet yang dibuat. Dietitian akan membetulkan setiap kesalahan pesanan diet berdasarkan rekod pesakit (folder). Mana-mana kes yang memerlukan kaunseling (cthnya uncontrolled DM/HPT/CKD etc) automatically diambil sebagai kes untuk hari tersebut dan kaunseling diberikan secara terus. Oleh yang demikian, dietitian yang menentukan diet pesakit sebab kita merupakan pakar dalam bidang ini :)

     (ii) Semakan formula khas
    Semua kes Ryle's Tube merupakan kes yang perlu dilihat oleh setiap pegawai dietetik dan mesti diselesaikan dalam tempoh 24 jam.

     (iii) Rujukan daripada doktor (last)
     Prosedur terakhir, refer from doctor. Kebiasaannya berlaku semasa cuti hujung minggu / ada kes-kes yang perlu diberi keutamaan.

3. Audit Diet
Merupakan aktiviti wajib unit. Kalau kat hospital lain dipanggil CDE [continuous dietetics education] kalau tak silap. Pada masa ni semua dietitian akan berkumpul & membentangkan info2 terbaru [cthnye apa yg dapat drpd conference / cases yang menarik utk dikongsi, etc]. Saya tak pasti waktu / kekerapan audit dibuat, tapi sepanjang praktikal di sini setiap minggu akan ada audit. Jadi setiap minggu jugak la kami kena bentang kes! Daripada audit ni, banyak benda yang boleh dapat. Sebabnya kita bukan sekadar bentang kes, tapi lebih kepada perbincangan. Jadi, banyak ilmu yang boleh dapat daripada dietitian2 yang berpengalaman. Memang sangat membantu...

4. MNT notes
Terakhir sekali mengenai MNT notes a.k.a kad kuning ;)
Setiap kes yang dilihat mesti dicatat dalam kad kuning [lebih kurang macam medical record jugak la..]. Management/prescription yang dibuat dalam folder mesti ditulis semula dalam kad ni [x boleh dibawa balik sebagai homework, ok!]. Kelebihan MNT notes ni, kita boleh trace balik pesakit yang dah pernah kita manage sama ada kaunseling/RT feeding. Dan peringatan penting, kad ni mesti diserahkan kepada Timbalan Pengarah untuk disemak & disimpan rapi untuk rujukan di masa depan..



p/s: rasanya sekian dulu untuk kali ni, pengalaman di ward rasanya lebih kurang sama dengan praktikal2 sebelum ni. Mungkin dari segi kes agak berbeza & lebih menarik. Ada kesempatan kita berkongsi lagi ye.. Buat juniors, jemputlah membuat praktikal di HUSM :)
Saturday, March 20, 2010 | By: MiraculousSigns

Anakku, makanlah sayang.

Bayi itu tertawa riang melihat kehadiran kami.
Ramai yang menjenguknya pagi itu nampaknya.
Rekod kesihatannya diselak satu persatu.
Mata tertumpu pada graf pertumbuhannya.
Plot yang ditanda pula menunjukkan beratnya di bawah 3rd percentile.

"Faltering growth"

Dietitian muda itu lantas beramah mesra dengan si ibu.
Bertanya serba sedikit latar belakang keluarga.
Menyelidiki corak pemakanan bayi itu seawal usia 1 hari.

Akhirnya, barulah dikenal pasti.
Si ibu enggan mengajar anaknya memakan makanan selain daripada susu.
Padahal umur bayi itu hampir mencecah 1 tahun.
Mengapa?
Alasannya, bayi itu sering menolak apabila disuapkan makanan.
Sehingga akhirnya menimbulkan kekhuatiran pada si ibu.
"Tak pelah... ikut sahajalah kehendak anak... Usah dipaksa-paksa."

Namun, bagaimana mungkin si anak mendapatkan zat yang mencukupi andai sumber makanannya hanyalah daripada susu sahaja.
Sedangkan pertumbuhannya semakin meningkat.
Keperluan zat bagi badannya juga turut meningkat.
Jika dibiarkan, dalam jangka masa panjang, dikhuatiri perkembangan otaknya turut terganggu.
Sedangkan pertumbuhan otak sangat-sangat genting saat-saat itu.

Nah... Anak tidak boleh dimanjakan saat itu.
Harus di'paksa' menerima makanan pejal seawal usia 4-6 bulan.
Mahu tidak mahu, perlu diajar jua.
Meskipun mungkin pada awalnya si cilik akan menolak..
Mulakanlah dengan yang sedikit.
1 sudu..
2 sudu..
Meningkat dan terus meningkat selari dengan penerimaan si anak..

***
Apabila berhadapan dengan kes sebegini, diri ini terlintas akan 1 pepatah :
"Nafsu ibarat seorang bayi, bila dibiarkan terus menyusu akan tumuh besar menjadi anak yang suka menyusu. Tetapi bila kita menyapihnya, maka ia pun akan terbiasa tersapih"

Benar bukan? Nafsu itu ibarat bayi. Jika tidak diajar, sampai bila-bila pun tidak akan berubah. Sehingga akhirnya memberi impak negatif kepada akhir hayat seorang insan.

Untuk mengubah nafsu, bukan semudah a,b & c.
Bukan sekadar terhenti pada pembacaan.
Tetapi perlu dididik, perlu diasuh.
Bagaikan seorang bayi, tidak akan mahu memakan bubur andai tidak diajar.

Teman-teman, mari kita berfikir sejenak.
Adakalanya,

Kita tahu yang seharusnya kita solat di awal waktu.
Tetapi nafsu masih enggan,
Membisikkan alasan-alasan agar melengah-lengahkannya.
"Siapkan assignment dulu"
"Bukak facebook dulu"
Sehingga akhirnya kita turut lalai dibuai keinginan nafsu...

Adakalanya,
Kita tahu yang pergaulan lelaki dan perempuan itu ada batasnya.
Tetapi nafsu mengaburi kejernihan mata hati kita.
Menguatkan lagi ketertarikan antara kedua-dua jantina.
Sehinggakan akhlaq yang sewajarnya sudah tidak diambil peduli.
Sehinggakan hilang rasa malu dalam menjaga etika pergaulan.
Lupa seandainya Rasulullah ada ketika itu, apakah kita aakan sanggup bersikap sedemikian di hadapannya?

Jika difikir-fikir, banyak lagi lompong-lompong iman yang perlu dibaiki.
Selagi mana umur masih ada, kerahkan segala kudrat untuk mendidik diri.
Agar sampai waktunya, kita tenang dalam menghadapi sakaratul maut.
Pulang dengan redha Ilahi.

Oleh itu teman-teman,
Usahalah sehabis baik.
Apabila bisikan syaitan itu datang.
Diikuti lagi dengan pujukan nafsu sendiri.
Ingatkanlah diri.

"Wahai MAKSIAT, Sesungguhnya ALLAH lebih besar darimu, menjauhlah dariku."

Akhirnya, kepada Allahlah jua kita berharap.
Agar sentiasa dilimpahkan dengan kesabaran dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan ujian ini.

Sama-samalah kita saling menasihati.

Salam sayang (^_^)