Ada orang kata kawan tu mcm bunga; harum, cantik, menghiasi taman, menceriakan kehidupan
Ada orang kata kawan tu bak cermin; biasan yang terpapar menterjemah peribadi
Ada orang kata kawan tu ibarat minyak wangi; makin kita menghampiri, makin harumlah diri
Tapi, saya taknak kawan yg mcm bunga, kerna bunga akan layu
Saya juga takmahu kawan yg bak cermin, sebab cermin boleh pecah
Dan kiranya, tak semua minyak wangi itu wangi, ada yang buat saya pusing kepala…….
Saya bersyukur dpt kawan mcm suhaili, nadirah dan ayat, banyak tazkirah dan nasihat, buat saya ingat dunia dan akhirat
Saya bertuah ada kawan mcm salihah dan ida, sabar dan rajin buat kerja, ingatkan saya agar jgn sambil lewa
Saya gembira ada kawan seperti dayah dan nawa, yang setia layan kerenah saya, berceritera hingga pagi jam satu dua
Saya berterima kasih punya teman seperti shariah dan mazu, mereka punya banyak ilmu, menjawab celaru saya tanpa jemu
Saya teruja berteman degan mimi dan miya, mereka menceria hidup saya, tawa dan tangis bersama
Walau icha dan hazirah sering berbalah, jgn igt kami bertelagah, itu cara kami merapat ukhuwah, kerna baik hazi atau saya, tiada dendam dan hati yg terasa
Meski fana dan yati tak selalu di sisi, tapi sekali kami bertemu, boleh ketawa x kering gusi, berdongeng itu dan ini
Firdaus dan ilman, kumbang yang dua di kalangan bunga, walau kekadang kaget juga, namun masih bisa jadi teman yang sukar dilupa
Dan untuk saadah, walau lama x bersua, ingatan dan doa masih disua, semoga bertemu bahagia satu masa
Kawan itu boleh jadi pelbagai, dia boleh jadi bunga, cermin, dan minyak wangi (estee lauder ok)
Atau..
dia boleh jadi ayat, pitat, dan yat
Serta mazu dan su
Boleh juga nadi, hazi, mimi dan ilman hadree
Dan ida, miya, fana dan nawa
Tak lupa dayah, saadah, aisyah, shariah dan salihah….
Dan untuk itu, TERIMA KASIH……
Semoga rahmat Allah dilimpah untuk semua…….
p/s 1: Saya xtau org lain, tp saya dah rasa sedih nak pisah dgn korg…bila saya sedih, saya suka buang masa buat benda camni..huhu.
p/s 2: tajuk entry ni x de maksud apa2, saya sudah tandus idea. Saya menulis di kala kesejukan dek hujan, ketika otak saya keliru nak analyze data, ya tuhan tolong saya…
(mintak diaminkan dari semua)
Ikhlas;
Yang tak punya apa2
Icha, 12.01 am, November 21 2009