Monday, September 21, 2009 | By: Nadirah

Taqabbalallahu minna wa minkum, kullu `amin wa antum bikhair



Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Alhamdulillah thumma alhamdulillah dipanjangkan umur untuk menikmati hari kemenangan pada tahun ini. Terasa sangat sekejap Ramadhan berlalu, mudah-mudahan Allah menerima amalan kita semua.
Tahniah kepada kita semua kerana berjaya menamatkan sebulan Ramadhan. Moga dapat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Semalam saya menerima e-mail daripada sahabat lama, tersentuh hati dengan doa yang dikirimkan. Moga kita sama-sama dapat manfaat daripadanya ;)


Selamat tinggal Ramadhan

Walau hati masih tak merelakan
Pohon seribu kemaafan
Andai fakir sebuah layanan

Selamat tinggal Ramadhan
Tetamu mulia
Penantian hamba-hamba
Yang dambakan keampunan
Rahmat daripada Tuhan

Selamat tinggal Ramadhan
Moga kau gembira
Menjadi tetamu hamba
Yang mahukan cahaya
Keluar daripada gelita

Selamat tinggal Ramadan
Kami kan setia menantimu tiba
Moga hayat masih ada

29 Ramadan 1430

taqabbalallahu minna wa minkum
Moga Allah menerima amalan-amalan daripada kami dan anda semua

minal 'aidin wal faizin
dari golongan orang-orang yang kembali (kepada fitrah / suci) setelah
melalui madrasah (sekolah) tarbiyah ramadan
dan daripada golongan orang-orang yang berjaya (mencapai taqwa)

eid mubarak, maaf zahir batin, halalkan makan minum dll
semoga takbir Syawal tahun ini takbir kemenangan buat kita semua, insya-Allah =)


-IPBA KL 2009-


Thursday, September 17, 2009 | By: Nadirah

Panduan Pemakanan bagi Kanak-Kanak yang Kekurangan Zat Makanan

Sewaktu posting di Poliklinik Komuniti Beserah (PKB) (10 Ogos-27 Ogos 2009), kumpulan kami dikehendaki mengendalikan satu kelas Pemakanan bagi Kanak-kanan yang Kekurangan Zat Makanan (KZM) a.k.a Failure to Thrive (FTT). Kelas ni merupakan aktiviti berkala yang dirancang pada setiap minggu ketiga setiap bulan oleh Klinik Kesihatan Keluarga (MCH), PKB. If I not mistaken that class on 19th August. Oleh yang demikian, kami telah menyediakan bahan-bahan yang berkaitan untuk dikongsi ersama-sama dengan ibu-ibu di luar sana (As group 1st to handle FTT class, so excited to lebih skit. Sigghhh..^_+) Walau bagaimanapun, impian dan cita-cita kami tak kesampaian. Huhu.. Kelas to cancel pulak.. Mungkin disebabkan kes H1N1 yang melanda, tambah pulak bulan Ramadhan bakal menjelang minggu depannya jadi patient agak ramai juga minggu tu. Jadi eloklah rasanya nak kongsi bersama-sama tetamu sekalian. Moga ada khairnya!

Panduan Pemakanan bagi Kanak-kanak yang Kekurangan Zat Makanan
oleh: Ayat, Salihah, Zairunida, Nadirah & Hazirah

Kekurangan berat badan tidak bermaksud kurus ataupun langsing. Sesetengah kanak-kanak secara semulajadi, bertubuh agak besar dan mengekalkannya dengan mengamalkan diet yang seimbang serta melakukan aktiviti fizikal. Ada sesetengah yang lain pula secara semulajadinya bertubuh kecil, namun mereka bukanlah kekurangan berat badan. Walau bagaimanapun, kekurangan berat badan yang sebenarnya mungkin petanda kepada masalah pemakanan, kesihatan, atau emosi.

Bagaimanakah cara untuk mengetahui anak saya mengalami kekurangan zat makanan?


1. Pertumbuhan kanak-kanak mestilah mengikut corak pertumbuhannya.

2. Timbang berat dan ukur ketinggiannya, buat perbandingan dengan standard-carta pertumbuhan (Growth Chart). Plot nilai berat badan dan ketinggian anak pada carta berat badan & ketinggian mengikut jantina. (Refer growth chart CDC-weight and stature for age for boys and girls).

3. Selain itu, Indeks Jisim Tubuh (IJT) a.k.a. Body Mass Index (BMI) boleh dikira dengan rumus BMI= Berat (kg) / (Tinggi X Tinggi) (m2). Kemudian, plotkan BMI anak pada carta BMI. If your child's BMI is:

- <5th percentile: underweight
- between 5th to 85th percetile: normal
->85th percentile: overweight
- >95th percentile: obese

* Oleh yang demikian, KZM boleh didefinisikan apabila BMI anak anda <5th percentile.

Apakah yang patut anak saya makan?


Oleh kerana makanan kurang diambil, ibu bapa atau penjag
a harus memberi makanan berkalori tinggi. Apabila menyediakan makanan, utamakan sumber lemak tambahan yang sihat seperti minyak sayuran sebagai pengganti mentega atau marjerin. Contoh penyediaan makanan berkalori tinggi:

1. Tambahkan ayam / daging / minyak / marjerin ke dalam masakan bubur


2. Tambahkan marjerin, mentega kacang atau keju ke atas biskut kraker


3. Tambahkan marjerin lembut (soft margerine), mentega kacang (peanut butter) atau keju ke atas roti


4. Tambahkan serbuk coklat atau ais krim ke dalam susu


5. Tambahkan susu / minyak / marjerin / keju ke dalam telur


6. Tambahkan susu / minyak / merjerin ke dalam kentang lenyek


Sebagai pelajar dietetik, penyediaan menu amatlah dititik beratkan. Bak kata Sr. Aishah,
"Menu sangat penting bagi dietitian, tu la yang nak bezakan antara kita dengan orang lain. Bukan senang nak prepare menu, saya nak awak semua biasakan diri dari sekarang. Nanti senang bile awk dah keje nanti"
Ya, bukan senang nak sediakan menu. Kalau setakat menu yang biasa tu semua orang boleh, tapi menyediakan menu sihat tu yang payah.. Mesti memenuhi keperluan tenaga yang disyorkan seperti dalam RNI..Di sinilah pentingnya peranan dietitian, inilah juga yang membezakan antara dietitian dengan chef / tukang masak. Betul tak kawan-kawan??

Berikut, kami sediakan contoh menu untuk kanak-kanak 1-3 tahun dan 4-6 tahun yang mengalami masalah KZM:


Menu bagi Kanak-kanak 1-3 tahun (950 kcal)

Sarapan Pagi
1/2 gelas susu penuh krim
1 keping roti bakar

Minum Pagi
1/2 gelas susu penuh krim

Makan Tengahari
1/2 cawan nasi putih
1 keping telur dadar (1 biji telur + kobis bunga + putik jagung + bayam)
Sup sayur (sawi + lobak merah+ kobis bunga + putik jagung)
1 gelas air kosong
1 potong betik

Makan Malam
Mi sup
- 1/2 cawan mi
- ayam + kentang
- sayur (sawi + kobis + lobak merah + kobis bunga)
1 gelas air kosong

Menu Kanak-kanak 4-6 tahun (1300 kcal)

Sarapan Pagi
1/2 gelas susu penuh krim berperisa coklat
1 keping lempeng kentang (+ 1/2 cawan susu penuh krim)

Minum Pagi
1 keping kek coklat
1 gelas air kosong

Makan Tengahari
1/2 cawan nasi
Sup ayam (+ 1/2 kentang, lobak merah, seleri, bayam)
1 gelas air kosong
1 potong tembikai

Minum Petang
1 ketul cekodok pisang (sederhana besar)
1 gelas air kosong

Makan Malam
1 set sandwich ayam
-1 ketul ayam yang dicarik isinya
-Timun + salad + tomato
-1/2 sudu teh marjerin lembut + 1/2 sudu teh mayonis
1 gelas jus epal tanpa gula

Minum Malam
1 gelas susu penuh krim berperisa coklat

p/s: sebenarnya dah lama nak post, cuma tak berkesempatan.. sekadar ini dahulu perkongsian untuk kali ini, moga kita dapat manfaat daripada sedikit usaha ini ;)
Tuesday, September 8, 2009 | By: siti suhaili

Menilai kemeriahan Ramadhan..



Di suatu sudut kedengaran seorang lelaki bercakap dengan pelanggannya..
"Nak habis dah ni... lelong2 kak, adik, tinggal 2 pasang je".. Di sudut yg lain pula.."Dik, habiskan kuih ni.."

Meriahnya Bazar Ramadhan.. sampai ke magrib org berniaga.. sambung lagi shoping lepas terawih.. atau mungkin tak gi terawih pun..
Meriahnya..
Ada makcik cakap.. suka la bulan2 puasa ni.. banyak sale.. kuih pun mcam2 ada..
Anak makcik pulak ckp...nak beli baju raya pun banyak choice.. memang sronok la..
Peniaga pulak cakap.. jual ape je pon habis..
meriahnya Ramadhan..
Sana sini dah di pasang lagu raya..
"Di hari raya, terkenang daku kepada si dia.." suara Allahyarham P.Ramlee yg sudah bertemu Tuhan sejak lama dulu terus berkumandang.. seakan2 masih ada di dunia ini..


Inikah caranya menilai kemeriahan Ramadhan..

Tak perlu tengok jauh2 kot..
Kat sini.. di sebuah universiti "Islamic".. dari sudut kemeriahan ekonomi memang x dapat disangkal.. tapi di sudut2 surau.. susuk tubuh yg hadir ke tazkirah, ceramah etc.. boleh dihitung dengan... jari..

Golongan Salafussoleh takkan mungkin membiarkan detik waktu dalam Ramadhan berlalu saja.. Nilai Ramadhan bukan pada Bazar Ramadhan.. bukan pada Sale di Kuantan Parade, bukan kpd habisnya Big Apple di East Cost Mall

tapi di ruang2 surau yg ustaz di panggil berceramah, pada segenap bangku yg ada org baca Quran, pada malam yg kita berterawih, pada lidah yg ada zikir2.. pada setiap hati yg ada kerisauan betapa Ramadhan akan berlalu namun amalku masih belum bertambah.. pada setiap tanah yg ada insan menyungkur sujud pada Rabb pada dinihari.. pada setiap mata yg mengalir mutiara kekesalan dosa..


Aku pun x gi dengar ceramah kt surau hari tu.. lupa.. Kenapa bole lupa? Kalau nak beli juadah berbuka tak pernah lupa.. Kenapa? Kerana perut lapar kita boleh rasa.. tapi kalau jiwa kita lapar dengan nasihat dan pesanan.. kita tak rasa..

Kenapa x rasa lapar jiwa? Mungkin hati kotor..
Kenapa hati kotor?.. Sbb banyak sebab..

Senaraikan saje sbb yg ada.. senaraikan la sndiri.. dan muhasabah sendiri..