Thursday, May 21, 2009 | By: MiraculousSigns

Catering Dietetic Placement : HKL

Minggu ni, masuk minggu ke-3 kita berpraktikal.Kadang-kadang, tertanya-tanya ape yg dah kawan2 hospital lain buat. Takut2 ter'miss' mana2 peluang untuk belajar perkara yg sepatutnya dah 'cover'. Di kesempatan ni, kami dari HKL (Ayat & Farhanah) mgkn nak kongsikan 'suntikan' yang ktorang dpt di HKL. Sbnrnya, petang semalam, baru berpeluang mendapat tunjuk ajar dari ketua jabatan Dietetik & Sajian di sini, Tn Hj. Ridzoni yang teramat sibuk.. Beberapa kali dah tertangguh.. huhu.. Rajin sangat nak memblog ni sbb takut terlupa kata-kata azimat yg tn Hj. dah bagi.


Tn. Hj. ni teman seangkatan dgn Dr. Nik. First batch dietetics UKM. Beliau sptutnya 'cover' bahagian Menu development,planning & modification. Mungkin kwn2 lain dah dpt dah input yg ni kan? Basically, ada 9 points yg ada dlm menu development ni :


1. Method & Machine

Bila nak buat menu, perlu sesuai dgn kemudahan yg dah ada. Kalau zaman dulu guna kawah, sekarang dah mampu beli rice cooker, manfaatkan rice cooker tu.

Lepas tu, dah siap2 plan apa 'pattern' menu yang nak dibuat. Contohnya, nak buat 1 week cycle menu. Dlm 1 week tu, apa yg banyak digunakan. Ayam? Ikan? Daging? Kalau kat HKL, menu utk kelas 2&3 sama. Cuma 1st class je lain @ ada special sket la.. Menu ni diperbaharui seelok-eloknya setiap 2 1/2 tahun. Alhamdulillah, waktu ktorang berpraktikal kat sini, dapur HKL tgh dalam proses nak 'implement' menu baru. Yang mana, bukan 1 week cycle lagi, tapi 10 days cycle. Adalah beberapa kebaikannya, mungkin kawan2 boleh fikir-fikirkan @ buat SWOT utk perubahan menu cycle tu (",). Kami sempat tolong dalam proses nak buat standard menu utk projek ni. Teringat zaman "Kitchen Heart Cafe" masa catering day 2nd year dulu. hehe.. Zaman tu, sampai kena buat 3 kali food testing! Kat sini, dah 2 kali food testing recipe yg same. tapi, chef nya (2 org) mantap2! dr kul 9.30 am-11.30 am, siap 6 recipe trus.. Ktorang tolong2 prepare bhn, dan salin setiap penambahan ingredients & procedure.

2. Management

Untuk bahagian ni, akta2 dan pekeliling yang berkaitan kena tahu. Jangan main belasah je.


3. Man power

Bila nak plan menu, take into consideration the capability of the workers. Selarikan menu dengan kepakaran & kemampuan pegawai2 kita.. (by the way, 2 hari lepas, ada majlis sikit kat sini & pengumuman yg tukang2 masak kat sini naik pangkat + gaji. Dari gelaran tukang masak,bertukar jadi nama "pegawai pembantu penyediaan makanan".. Diorang hepi gile!)

4. Money

Buat cost analysis, pastikan semua menu balance dari segi kos. Jgn sampai kelas ni, modalnya Rm 3, tetiba, kelas yg satu lagi, modal Rm11 .. Tak kene la camtu.


5. Material
Dalam proses nak buat menu, tally kan dengan tender yg dah dapat. Paling cantik, siapkan menu ni sebelum habis tender dgn 'current suppliers', supaya boleh plan utk tender seterusnya, nak tender ape.


6. Time
Sesuaikan menu preparation & cooking dgn time limitation yg ada. Sbb ada piagam pelanggan kan. By 11.30am, mesti dah serve lunch misalnya.

7. Therapeutic diet

Be creative and try to come out dgn menu yg boleh serve the normal pt & pt that needs therapeutic diet sekaligus.

8. Seasonal diet
Contohnya, bulan puasa, nak beli & serve kurma kat patient, dah siap2 plan, n buat "pesanan kerajaan" utk beli kurma.


9. Religious concern or pantang-larang.

***

Ni sedikit pesanan yang beliau beri. Peluang catering placement ni, jgn main2. Pastikan tahu apa yg tersirat di sebalik setiap kerja yg ada.. Dah tahu dah cane nak buat panjar wang runcit, purchase order & kerja2 camtu. Tahu kepentingan dokumentasi contohnya kat receiving area & store. Kat therapeutic diet nyer section, try to weigh buah2 yang di'serve' tu. Sbnrnya, kat hospital, brp byk CHO contribution from fruits?? sbb tu seme affect Cho counting utk DM. Then, also try to think out of the box. relate dgn patient kat ward. Apa visi kita? Tn Hj. sendiri, nak jadikan hospital ni sbg tmpt utk pt. blaja ttg pemakanan ni indirectly. It would be good if in future, we were able to provide some sort of card containing 'nutrient information' on the food we provide. Macam dkt Jepun, pt kat sana siap kumpul lagi kad2 yg diberi setiap meal. hmm..


In future, pandai buat situation analysis, Cari SWOT. Learn how to influence people & how to lead people.

Dari segi kerjaya pulak, Tn. Hj. ada beri cadangan untuk terjun dlm dunia perniagaan. Mungkin boleh buat klinik sendiri. "Are we allowed to do that?". hee.. Of course YES! Mgkn utk fasa awal ni, kita promosikan produk & spesifikkan kpd sejenis penyakit. Contohnya, bukaklah "DM one stop centre". Provide special products etc & tak dilupakan jgk counseling session. Tn Hj. kate, ada new research yg jumpe sejnis daun dari Afrika, yg tahap rasa manis dia lebih tinggi dari sugar. Wow! tgh carik jgk pasal daun tu, tp belum jumpe lagi setakat ni..


Sesungguhnya, kite seme kene tahu cane nak jual diri. Tak ramai yg tahu kepentingan dietitian, n tak ramai yg tahu dietitian exist. huhu.. bile timbul kes, mulalah mereka call tn hj, dan tanye "mana kami nak cari dietitian ni?".


Before I end this entry, nak kongsikan 1 crite. Masa 1st week hari tu, kami buat kerja kat receiving area. Tetibe dietitian (new) kat situ tanye C/O, kalau hari tu hidangkan pisang, jadi, untuk diabetic patient, nak substitute dgn buat ape? Ktorang kat situ terpinga-pinga skejap, ape masalah buah pisang dgn diabetic patient? Tak boleh bagi?? Bila tanya dietitian tersebut, jwpnnya kurang konkrit... dan sesungguhnya, ktorang tersangatler tertanya-tanya apa mslh encik pisang ni sampai HKL taknak serve kat diabetic patient. Pastu, persoalan tu terjawab smlm dari tn Hj.. Hehe.. Buat teman2, cuba fikir-fikirkan, apa isu pisang ni dengan diabetic patient!

Mungkin setakat ni dulu perkongsian kali ini. Maaf salah silap. Maaf jgk kpd Shariah sbb entry ni dlm Malay (kwang3)..




Ni adlh one of the compartment of bookshelf yg ada kat pusat sumber Jbatan Dietetik dan Sajian. "Projek" ktorang. hehe.. carik2 journal & fotostat buat 'bekalan' survey report catering & FYP.. Ngeh3.. Ai.. jadik muka fotostat ler kat sini..



huhu.. sorang pakai tudung putih, sorang pakai tudung hitam. Tak seragam :P