Saturday, November 21, 2009 | By: syahiza

JENDELA ITU TERBUKA….








Ada orang kata kawan tu mcm bunga; harum, cantik, menghiasi taman, menceriakan kehidupan

Ada orang kata kawan tu bak cermin; biasan yang terpapar menterjemah peribadi

Ada orang kata kawan tu ibarat minyak wangi; makin kita menghampiri, makin harumlah diri

Tapi, saya taknak kawan yg mcm bunga, kerna bunga akan layu

Saya juga takmahu kawan yg bak cermin, sebab cermin boleh pecah

Dan kiranya, tak semua minyak wangi itu wangi, ada yang buat saya pusing kepala…….

Saya bersyukur dpt kawan mcm suhaili, nadirah dan ayat, banyak tazkirah dan nasihat, buat saya ingat dunia dan akhirat


Saya bertuah ada kawan mcm salihah dan ida, sabar dan rajin buat kerja, ingatkan saya agar jgn sambil lewa

Saya gembira ada kawan seperti dayah dan nawa, yang setia layan kerenah saya, berceritera hingga pagi jam satu dua

Saya berterima kasih punya teman seperti shariah dan mazu, mereka punya banyak ilmu, menjawab celaru saya tanpa jemu

Saya teruja berteman degan mimi dan miya, mereka menceria hidup saya, tawa dan tangis bersama

Walau icha dan hazirah sering berbalah, jgn igt kami bertelagah, itu cara kami merapat ukhuwah, kerna baik hazi atau saya, tiada dendam dan hati yg terasa

Meski fana dan yati tak selalu di sisi, tapi sekali kami bertemu, boleh ketawa x kering gusi, berdongeng itu dan ini

Firdaus dan ilman, kumbang yang dua di kalangan bunga, walau kekadang kaget juga, namun masih bisa jadi teman yang sukar dilupa

Dan untuk saadah, walau lama x bersua, ingatan dan doa masih disua, semoga bertemu bahagia satu masa


Kawan itu boleh jadi pelbagai, dia boleh jadi bunga, cermin, dan minyak wangi (estee lauder ok)

Atau..

dia boleh jadi ayat, pitat, dan yat

Serta mazu dan su

Boleh juga nadi, hazi, mimi dan ilman hadree

Dan ida, miya, fana dan nawa

Tak lupa dayah, saadah, aisyah, shariah dan salihah….

Dan untuk itu, TERIMA KASIH……

Semoga rahmat Allah dilimpah untuk semua…….

p/s 1: Saya xtau org lain, tp saya dah rasa sedih nak pisah dgn korg…bila saya sedih, saya suka buang masa buat benda camni..huhu.

p/s 2: tajuk entry ni x de maksud apa2, saya sudah tandus idea. Saya menulis di kala kesejukan dek hujan, ketika otak saya keliru nak analyze data, ya tuhan tolong saya…

(mintak diaminkan dari semua)

Ikhlas;

Yang tak punya apa2

Icha, 12.01 am, November 21 2009

5 comments:

Nadirah said...

Masa terasa cepat berlalu, ada jugak rasa sedih nak berpisah dgn kwn2. tapi apa boleh buatkan, lumrah kehidupan. setiap pertemuan tu pasti ada perpisahan. Moga ukhuwah yg terjalin sentiasa mendapat rahmat daripada-Nya, agar kita sume bertemu tak jemu berpisah tak gelisah kerana ukhuwah itu sentiasa mekar di hati (",)

Hazirah Jaafar said...

the first time we've met,
i knew someday we will have to go on our separate ways,
i knew someday when we met,
we will show a bright face and force laughter through our teary eyes,
we will look and smile at each other, then put our heads down
and now that days seems to be just around the corner..
i'm afraid our memories might be forgotten as the years pass by..
but somehow i'll still look back at those years we've lived and remember our memories that we've shared...
as i know and sured these life we've shared will make us stronger in pursuing our dreams

MiraculousSigns said...

Huwaa!! sedey2
Sem depan sume berpecah 4.
Berkumpul balek tym final exam.
Ape2halpun, biar kawan kerana Allah.
Tidak terpisah dek jarak
Tidak dilupakan dek kurangnya pertemuan
Namun sentiasa di hati kerna kita punya satu tujuan besar.
Untuk menghadapi hidup di dunia ini sehabis baik.
Bagi menyiapkan diri di akhirat kelak.

Semoga.. kita tergolong di kalangan mereka yang dilindungi arasy..
Seperti 2 orang teman yang bertemu dan berpisah kerana ALlah
InsyaAllah

Sentiasa saling mendoakan k.
Thank u all
Thank u Ija
Nice post.
Pandai berpuisi eh!

mazu said...

so sweet la korg.. friends for life~
thx ij ij =)

siti suhaili said...

after 2 years baru discover coretan ini.. (T_T).. Isk.. Ija, rindu la kamu~ Nak kawin nanti jgn lupa ajak..isk.