Thursday, December 3, 2009 | By: MiraculousSigns

Bagaikan penderita amnesia

Keretapi itu meluncur laju.
Merentas perkampungan di pinggiran kota itu.
Sulafa' yang sedang nyenyak tidur, tersentak dari tidurnya.
Dia memandang ke kanan & ke kiri?
"Kat mane aku ni?"
Tiada sesiapa yang berada di sekitarnya.
Dia kaget.
Memandang sekali lagi ke luar tingkapnya.
Apa yang diperhatikannya hanyalah hutan belukar.
Dia ingin bertanya, namun tiada siapa pun di sekitarnya..
Dia mula gelisah.
Sedangkan keretapi itu terus bergerak laju.
Tanpa dia mengetahui ke mana arah tujunya.
"Di mana kawan-kawanku?"
"Apa yang sedang aku lakukan di sini?"
"Ke mana keretapi ini membawaku?"

Seribu satu persoalan terbit di kotak pemikirannya..
Dia hairan.
Mengapa dia sedang berada di situ.
Tanpa ada sebarang petunjuk yang boleh membantu menjawab segala persoalannya..
Ya Allah!!
Apa yang sedang aku buat di sini??
Dalam kebingungan itu, dia terduduk.
Sehinggakan tertidur kembali..

***

"Sul, sul... bangun2. Dah nak sampai ni"
Sulafa' tersedar kembali. Dia menyedari, seorang temannya, Nazirah berada di sisinya.

"Naz, pergi mana tadi? Puas Sul carik..." Sul berkata dengan nada merajuknya..

"Bile? Tadi beli makanan sekejap.. tak nak kejutkan Sul, nyenyak sangat tidur." Nazirah membalas sambil menghulurkan makanan yang baru dibelinya.

Tiba-tiba, seorang lagi temannya, Nurhidayat, memotong percakapan Nazirah..

"Sul, nape biarkan kertas tu bawah kerusi. Penting la!"

"Eh, kertas ape ni Yat?"

Sul, mengambil kertas yang tersepit di bawah kerusinya itu..

'Guidelines for Clinical Dietetics Placement'. Di belakang helaian kertas tersebut, terselit " a love letter from Sr. Fathin".

Tiba-tiba, baru Sul tersedar..
Astaghfirullah, aku tengah nak gi Sg. Petani.. boleh la pulak teramnesia nak gi mana.. Uish... nak prepare OPD & IPD nih!!

Su tersenyum sendirian. Mengenangkan dirinya yang 'mamai' memikirkan hala tujunya sebentar tadi. Tiba-tiba, dia menyedari akan helaian kertas di bawah kakinya.
Dia lantas mengambilnya & membaca...

"Ya Allah!! teks ucapan bila sampai ke hospital nanti!"Sulafa' seakan-akan menjerit mengingatkan tanggungjawabnya itu. Selaku ketua kumpulan yang akan berpraktikal di Hospital Sg. Petani, dia diamanahkan oleh HOD di sana utk memberi ucapan kpd pihak di sana sbg wakil delegasi dri UIA Kuantan..

Sulafa' memandang ke arah jam tangannya, ada 15 minit lagi sebelum tiba. Dia lantas menyiapkan teks ucapan tersebut secepat & sebaik mungkin. 5 minit sebelum tiba, Sulafa' menarik nafas lega..

"Fuh!! siap jugak." Sulafa' tersenyum kepada 2 lagi temannya yang turut tidak sabar menimba ilmu di Kedah nanti...

***

Psst.. cerita di atas tiada kena-mengena dgn yang hidup atau yang telah meninggal dunia..

***
Moral of the story:

Hmm.. beberapa hari lepas, Ayat dah mula rasa sedih & sayu tengok kawan2 packing barang nak meneruskan kembara di negeri-negeri lain.. Isk..isk.. Sedih akan berpisah dengan teman-teman yang dah bersama-sama mengharungi kehidupan sbg dietetics students ni selama lebih kurang 3 1/2 tahun lebih.. Namun, perjalanan perlu diteruskan.. Perpisahan itu lumrah.. & sesungguhnya Ayat sgt bersyukur dikurniakan teman-teman seperti kalian. Segalanya takdir, untuk dipertemukan dengan kalian, untuk sekelas dgn kalian.. Kalau difikir-fikir, andai Ayat lahir pd tarikh yg 'sepatutnya' dijangka lahir, mungkin Ayat sekelas dgn Sakini, Diana atau Jepah.. tapi, sebab dah tak sabar nak tengok dunia kot, tak pasal2 keluar beberapa hari lebih awal.. hehe.. Jadi, sekelas la ngan korang.. Apa-apapun, Alhamdulillah.

Insan, seboleh-bolehnya, memang tak suka kpd sesuatu yg fana. Yang tidak kekal. Yang akan hilang.. Namun, andai hati kita terikat dengan dunia, begitu mencintai dunia, sedarilah, sesungguhnya dunia ini fana...

Begitu jugalah dgn ikatan persahabatan kita.. Kita mungkin risau andai ditelan masa, ikatan ini makin pudar. Dek kurangnya pertemuan... Itu semua akan berlaku andai kita memilih untuk mengikatnya dgn ikatan yang juga fana. Sekadar ikatan yang dibina kerana kita ter'sekelas', ter'rumet' mahupun ter'segrup'... Namun, andai kita menyuburi hati kita dengan ikatan tauhid. Merasakan keterikatan kita kerana kita saling memerlukan. Bukan sekadar dlm akademik. Tetapi lebih jauh dari itu. Saling memerlukan kerana kita punyai tujuan hidup yang sama. Sebagai khalifah & hamba-Nya. Yang sedang berusaha & bersusah-payah mendidik diri. Merasakan tanggungjawab untuk saling menolong dan melengkapi. Agar akhirnya kita sama-sama punyai hati dan jiwa yang tunduk pada ilahi... Saling mendoakan meskipun jauh di mata. Kerana yakin yang di akhirat nanti kita akan bertemu kembali. Dipersoalkan kembali akan segala yang telah dilalui.

***

Mengenai kisah di atas, cuba renungkan kembali.. Betapa sebenarnya kita adalah makluk-makhkluk terpilih yang diciptakan Allah sebagai insan yang mengemban amanah khalifah & hamba-Nya. Sesungguhnya kehidupan dunia ini terus berjalan, tanpa kita pernah mampu menghentikannya... Andai kita tidak tahu ke mana akhir kehidupan kita, kita akan jadi lalai. Tidak tahu untuk apa kita berada di dunia, tidak tahu ke mana dunia berjalan membawa kita. Akhirnya, seperti Sulafa' tadi, terus tidur, bingung memikirkan arah tuju keretapi yang membawanya itu.

Namun, apabila hidayah itu datang, tujuan hidup itu dijelaskan, panduan itu terbentang jelas di hadapan kita (Al-Quran). Akhirnya, kitalah yang memilih untuk mengikutinya atau tidak. Apabila tujuan hidup itu jelas, barulah kita tidak lengah, lekas-lekas menggunakan baki waktu yang ada bagi memenuhi tujuan hidup.. Seperti Sulafa' dalam cerita di atas, apabila menyedari akan tanggungjawab & hala tujunya, senggang waktu 15 minit yang tinggal itu dapat dimanfaatkan..

Begitu jugalah kita. Kehidupan sebagai seorang pelajar hanyalah sebahagian drpd warna-warna kehidupan yg perlu kita corakkan.. Dengan kesungguhan & penuh tanggungjawab.

Hanya tinggal 1 semester sahaja lagi untuk kita buktikan yang terbaik. Untuk kita buktikan kpd Allah, bahawa kita bersungguh-sungguh meraih ilmu-Nya untuk kesejahteraan umat. Sebagai salah satu komponen yang membantu pembangunan masyarakat... Moga segala usaha kita dirahmati Allah...

Dan seterusnya semoga perjalanan kehidupan kita sentiasa terpandu dan terarah.. Agar jalan-jalan yang dilalui tidak dicemari gangguan syaitan & nafsu.. Sehingga menyimpangkan kita dari landasan yang benar.. Risau andai kita lalai memenuhi haq-Nya. Semoga rahmat & pertolongan Allah sentiasa bersama..

Jazakumullahu khairan kathiran...

Sayang semua!!

Ganbatte!!
***

1 comments:

Nadirah said...

Ayat, keep up ur talent in writing. Its very mean to me, may be because I'm the actress of this story . ahaks! ^_^

Ayat, even though you're far away from me, but I'm always beside you [especially in my du'a and hope]. Be strong my dear in facing any challenge, hopefully He always bestow us with His blessing and Mercy throughout our study.