Thursday, August 25, 2011 | By: Nadirah

Pengalaman itu harus dikongsi

Alhamdulillah, hari ni lebih kurang sebulan setengah saya kerja di sini. Ramai adik-adik junior bertanya, "Kak, macam mana keje? OK ke?" "Alhamdulillah, ok je setakat ni..." ringkas tapi ada makna tersirat =)


Saya ditempatkan di Hospital Daerah yang tiada pakar, dah pasti teramat lain suasana kerja dengan suasana semasa praktikal dulu (sebab praktikal semua di hospital besar & kes yang bombastik!). Kebanyakan komen yang saya dapat, ala hospital daerah best la tak busy. Kes-kes pun biasa-biasa aje. Balik-balik DM/HPT/HPL/GDM/PIH, lebih kurang macam OPD je. Tak la pening sangat. Ulang-ulang benda yang sama, macam boleh tape je..

Memang permulaannya saya pun berfikiran begitu, (sume fresh grad sure fikir nak fokus klinikal, baru lah dietitian sejati). Tapi lepas dapat motivasi daripada Pn Ramlah fikiran saya bertukar lain. "Saya dulu Nadirah, 10 tahun kerja sorang di hospital negeri. Awak kira OKlah hospital daerah, tok sah riso lah banyak benda awak boleh buat untuk Hulu tu. Jangan rasa kita sorang tak boleh buat apa, semua atas kita. Bagi meriah sikit hospital tu, buat aktiviti ke. Lama-lama nanti Ok lah tu.." Banyak hikmah saya cari kenapa Allah pilih saya di sini, sebab DIA tak akan beban hamba-Nya dengan sesuatu yang tak sanggup dipikulkan? Alhamdulillah saya menjumpainya, walaupun tak banyak tapi mudah-mudahan dapat dimanfaatkan bersama ;)

1. ALLAH nak saya belajar benda yang tak ada dalam kelas
Awal-awal saya datang, agak huru-hara. Sebelum ini dietitian pelawat sahaja 2X/bulan, jadi referral semua buat di klinik pakar walaupun IPD. Jadi bila saya ada pun referral ke klinik pakar jugak, jadi saya pergi ke wad (ada 4 je pun; lelaki, perempuan, kanak-kanak & bersalin...) terangkan satu-satu kepada SN cara nak refer patient. Bawak borang referral, perkenal diri kat doktor & inform jugak kepada semua ketua unit dalam mesyuarat. Kira macam jaja diri jugak la... =P

Perkara ni tak semudah yang dibayangkan, ada juga MO tak tak mahu refer kes kepada dietitian walaupun pesakit dah ada komplikasi DM/HPT (kira penyakit berangkai). Mungkin bagi mereka tak penting kot? Tapi bila baca balik CPG (DM terutamanya), pesakit haruslah dilihat oleh yang berkaitan dan salah satunya ialah dietitian! Jadi apa yang saya buat?

Kebiasaannya kalau tak ada mesyuarat atau benda penting yang mesti diselesaikan, saya akan ke wad lelaki & perempuan. Kalau tak ada refer hari tu, saya review patient yang lama. Tengok cencus atau diet order kat dapur mana ada kes-kes baru yang boleh saya tengok. Baca BHT kemudian bagitau doktor atau nurse (kalau Dr tak ada), "Saya nak tengok patient ni eh, nanti suruh Dr isi borang!" Hehehe bertapa tak malunye saya ^_^

Untuk OPD pulak melibatkan Klinik Kesihatan (KK), di daerah Hulu Terengganu ni ada 4 buah KK. Saya sediakan surat bagi pihak pengarah & edarkan ke semua KK memberitahu perkhidmatan dietetik di hospital ini. Mohon MO atau FMS refer untuk kes-kes yang harus dilihat (kebanyakannya PIH & GDM) dan mendapatkan appointment di Klinik Pakar. Memang agak huru-hara pada mulanya, sebab SN di klinik pakar agak bersungut apabila saya menerima banyak sangat referral. Kalau tetapkan 10 orang satu sesi, yang datang adalah 3 orang. Takke membazir masa saya menunggu aje? Lebih baik saya ambil lebih-lebih sikitkan.. Biasalah mengajar orang yang 'lebih dewasa' memerlukan kesabaran..

*Dulu masa jadi student, saya rasa banyak benda jugak disuap oleh lecturer atau dietitian. Datang hospital tengok referral, kadang-kadang ada jugak cari sendiri bila dietitian suruh. Tapi sekarang sistem itu perlu diwujudkan terlebih dahulu dan difahami oleh semua orang. Komunikasi tersangatlah penting antara satu sama lain. Memang terus terang saya menghubungi kawan-kawan & dietitian di HSNZ, Dungun or Besut & Setiu. Malah dietitian di SP dulu pun saya contact, mintak pendapat beliau untuk set up klinik OPD. Sampai beliau kata, "Amboi, panjangnye antena awak cari channel. Sampai ke utara!" Saya bertuah ada senior, agaknya macam mana senior dulu survive masa nak mulakan dietetik di Malaysia? ^_^

2. ALLAH nak saya sabar + redha
Penduduk di sini tak sama macam di Kuantan (dulu rasa di Bukit Sekilau agak educated berbanding Beserah sebab dekat dengan bandar. Sorry kalau underestimate..), SP, Kubang Kerian apatah lagi KL atau Selangor. Cabaran pertama yang saya hadapi ialah dialek. Kalau setakat loghat Terengganu, insyaAllah boleh faham lagi tapi loghat Kuala Berang agak "special". Kebanyakan pesakit di wad sudah berusia, jadi lontaran suara semasa kaunseling tu dah pastilah high pitching punya! Tambahan pulak bulan puasa ni, tersangatlah menguji kesabaran. Kadang-kadang mereka sendiri tak memahami apa yang ditanya, hanya tersenyum. Macam mana kaunseling nak dibuat, saudara-mara pun tak ada bersama pesakit...

Selain itu, mereka jugak bukan semuanya boleh membaca. Jadi flipchart jadi sangat-sangat penting setiap kali nak ke wad atau klinik. Pamphlet macam tak laku sangat, sebab mereka lebih berkenankan gambar-gambar yang menarik. Jadi, saya kena rajin membuat flipchart lagilah nampaknya ;) Kalau macam senduk tu, kena bawak yang real punya, kalau tunjuk gambar kadang-kadang mereka tak dapat nak bayangkan. Kalau tunjuk mangkuk lagilah tak tahu sukatan, untuk pesakit DM bahagian CHO portion kena ulang banyak kali seperti mengajar anak kecil untuk pastikan mereka faham. Sebabnya kebiasaannya pesakit DM akan hypo selepas kaunseling sebab mereka takut nak makan apa yang dihidangkan..

Satu hari 2 orang pesakit memberitahu saya: "Mujur la doktor mari ke mak cik kabo gini, lama dah mak cik ada kencing manis ni tapi tak rajin pun doktor cerita lagu mana nak makan. Kalau tak sampai bila-bila mak cik salah. Gula sokmo la tinggi walaupun tak makan.Tak tahu dah nak buat lagu mana.. Kalau pegi check, Doktor kadang bising bila gula mak cik tinggi rupanya cara makan mak cik ni salah selama ni.." (sambil menggosok-gosok bahu saya..terharu!)

Kalau pesakit yang degil tu, biasalah bukan semua orang senang nak berubah. Cuma setiap kali nak memulakan kaunseling saya akan baca doa ini: Rabbanaftah bainana wa baina qaumina bil haq, wa anta khairul faatihiin.. Moga Allah membuka hati mereka, InsyaAllah. 

3. ALLAH memilih saya menjadi pemimpin
Hanya seorang dietitian di sini, dan secara automatiknya menjadi Ketua Unit Dietetik dan Sajian seperti di hospital lain. Awal-awal saya masuk, semacam ada konflik. Ramai yang mempertikaikan mengapa saya pulak menjadi Ketua Unit sedangkan saya masih baru dan paling terasa ada yang merasakan saya merampas  semua tanggungjawab yang dipegang oleh CO selama ini. Allahu Akbar! Terlalu susah untuk saya terangkan. Dietitian dan CO dua benda yang berbeza, saya cuma memantau untuk bahagian sajian dan perlu ambil tahu  apa yang berlaku dalam unit walaupun 70% perlu ditumpukan kepada klinikal. Semua mesyuarat berkaitan perlu dihadiri, dan di sinilah perancangan dan pembahagian masa amat penting. Kalau dah satu petang hbis untuk mesyuarat (tak termasuk lagi mesyuarat tergempar! Kalau tergempar,sure dah wakil kena pergi.hehe..), pesakit kat wad atau klinik mestilah kena tengok cepat-cepat. Laporan-laporan yang macam-macam tu.. Hospital yang kecil ni tak ada HIS macam hospital besar, jadi report pesakit still tulis dalam borang macam logbook dulu.. Alhamdulillah sekarang dah ada lebih 45 orang pesakit dengan saya untuk bulan pertama ni ;) Di sinilah ALLAH nak ajar saya supaya hargai masa. Biarlah terkejar-kejar ke sana sini, tapi apa yang dirancang pada hari itu dapat dilaksanakan dengan baik. InsyaALLAH.
Satu hari seorang staff bertanya kepada saya,"Habis sekarang ni awaklah yang pergi wad? CO dah tak pegi wad dah? Mesyuarat pun dia dah tak masuk" Macam peluru berpandu soalan tu dan saya tak tahu apa motif soalan tu ditanya. Saya jawab,"CO memang tak tengok patient, selama ni pun visiting dietitian je yang tengok. Kalau mesyuarat tu, memang sebelum ni CO sebab dia ketua unit. Tapi bila ada dietitian, ketua unit dah bertukar jadi CO kira bawah dietitian la..." "Ooo ye ke. Macam tu pulak. Pelik." jawabnya. Saya cuma diam aje, biasalah benda baru dah pasti tak dapat diterima oleh semua orang. 

Di unit sendiri, masih menyesuaikan diri. Staff semua yang dah berpengalaman, jadi saya harus belajar untuk sesetengah perkara. Saya juga harus mengajar dalam banyak aspek bagi memastikan apa yang disediakan untuk pesakit bersesuaian dengan penyakit mereka. Jadi, selain daripada menjadi ketua, saya rasakan dietitian berperanan sebagai murabbi kepada staff. Setiap makanan yang disediakan, harus diberitahu kenapa & mengapa. Ajar mereka untuk relate antara modifikasi yang dibuat & penyakit, bukan sekadar memasak sahaja.

Rasanya setakat tu dulu, kalau ada apa-apa yang nak ditambah mungkin selepas ni kot. Moga semakin lama bekerja, saya semakin nampak hikmah yang ALLAH nak bagi. Selamat Maju Jaya untuk kawan-kawan dan adik-adik, sesungguhnya pengalaman setiap orang itu berbeza-beza tapi amat bermakna kalau dikongsi ;)
Semoga kita berjumpa satu hari nanti, rindu semua...
Saturday, June 11, 2011 | By: MiraculousSigns

Pinggan rujukan





Pagi ini, sebelum memulakan kerja, saya mendapat tahu (dr e-mel) ttg MyPlate USDA menggantikan MyPyramid sebelum ini. Ikonnya mudah, memberikan gambaran tentang porsi makanan seimbang dalam sehari. Mungkin ada antara kita yang dah biasa 'melukis' pinggan dan porsi makanannya untuk memudahkan kefahaman patients..Bolehlah dimanfaatkan yep.


p/s tak setuju dgn penggunaan "protein" dlm gambar tu.. Sbb yg lain semuanya food groups, tetiba part meat/legumes jadi protein. anyhow, selagi patients faham, no hal..

Sunday, March 20, 2011 | By: MiraculousSigns

Interaktif & berkesan

Apa yang interaktif & berkesan?



(^_^)



Untuk entri kali ni, ingin aku kongsikan pengalaman tak seberapa dalam menyampaikan ceramah kesihatan di khalayak ramai. Sebagai seorang pegawai dietetik, sememangnya kemahiran bercakap di hadapan publik tidak boleh diambil enteng.

Tanya diri kembali, apa yang kita mahukan? Perubahan bukan? Perubahan dalam gaya hidup audiens.. fokusnya pasti dalam diet seharian. Amatlah rugi seandainya apa yang disampaikan sekadar meniti di bibir tanpa memberikan apa-apa impak terhadap audiens.. sayang.. sayang.. huhu.. Saya tak menafikan, peranan ini sangat besar dan bukannya mudah.. namun, kita sentiasa punyai peluang untuk meningkat & berubah kepada yang lebih baik.

Baru-baru ini, untuk kesekian kalinya, saya dijemput utk menyampaikan ceramah di Bintulu. Tajuknya : Healthy eating (macam biasa... senang cakap, susah nak amal).

Kepada mereka yang pernah menjadi naqibah meskipun fasilitator, pasti pernah merasakan kesusahan dalam membentuk mentee / anak didikan kita.. Sebelum kita membentuk peribadi mereka, kesedaran perlu ditimbulkan dahulu bukan.. Contohnya, andai ketika itu, kita merasakan perlu untuk mengajak anak didikan kita untuk mula rajin solat awal waktu.. bukannya semudah memberi arahan kepada mereka.. Didikan perlu diberikan.. teguran, nasihat dan kesedaran.. Sehingga akhirnya apabila mereka faham, peribadi itu akan terbentuk..

Ku kira prinsip aplikasinya sama sahaja dalam isu ini. Sebelum kita menyuruh audiens mengubah gaya hidup mereka a.k.a corak pemakanan... amat penting untuk menyedarkan mereka tentang kepentingannya. Bangkitkan kesedaran mereka..

Seandainya kesedaran tidak ditumbulkan, meskipun input yang diberikan berjela-jela.. yang tinggal hanyalah habuk, kerana tiada yang peduli untuk mengamalkannya. Di akhir ceramah, tanya kembali, apa yang mereka peroleh?? Sia-sia??

Sebagai muqaddimah, modul yang aku gunakan baru-baru ini : "Cermin diri" (ni bantai je name eh).


Objektif modul : memberi kesedaran audiens tentang istimewanya diri sendiri berbanding segala perkara yang ada kat dunia nih..


Bahan-bahan : Kotak/goody beg, 4 'replika'/sample barang2 berharga (rumah, i-phone, kereta, laptop), cermin.




Cara pelaksanaan :
1. Edarkan bahan-bahan di atas yg disimpan dalam goody bag.
2. Tanya kepada audiens : perhatikan barang2 yang ada dlm beg tersebut, dan pilih apa yang paling penting dalam hidup anda..
3. Selepas selesai beg tu beredar di klgn audiens, minta beberapa audiens utk kemukakan pilihan mereka.. memang ada yang akan jawab kereta, laptop etc..
4. Terakhir sekali, beri mereka kesedaran . Nyatakan bahawa yang paling penting adalah... : orang yang ada di dlm cermin tersebut (which is diri mereka sendiri)..


Selesai modul tu, boleh mulakan ceramah dgn tunjuk video penciptaan manusia ke, miracle of man etc (video2 harun yahya sangat membantu). Objektifnya tak lain tak bukan supaya mereka rasa "Wah, istimewanya penciptaan diri sendiri" atau "Hebatnya sistem/organ2 dlm manusia ni, kalau tak jaga dan rosak, tiada gantinya..". Lebih kurang camtulah ideanya..


Lepas tu, boleh masuk tentang konsep "Tawazun" ke (ambil peluang berdakwah sambil bagi ceramah.. related ape). kalau audiens Islam lah. Tapi kalau ramai yang tak, susah sikit nak sentuh. sentuh surface je. sbb lepas idea tawazun nih, boleh zoom into our main topic.. jaga pemakanan.. tawazun dlm memelihara keperluan jasad.. betul tak.. Jadi ceramah pun diteruskan seperti biasa.. Bykkan interaksi dengan audiens.. kalau tak, tak lame audiens bertahan, 20 minit camtu, nampaklah mula hilang fokus.


Akhir sekali, buatlah kuiz ke ape ke + bagi hadiah untuk meraikan audiens. antara kuiz yang boleh dibuat : Recipe modification quiz. Bagi sampel resepi sihat, suruh audiens teka apa modifikasi yang telah dibuat.. hmm.. byk lagi kot idea lain. korang lagi terrer. (^_^)


Oklah, rasanya kebolehan bercakap kat depan ni datang melalui pengalaman.. rasanya, lagi banyak kaunseling pesakit, sedikit sebanyak membantu kot.. lebih pandai bercakap dalam bahasa yang mudah difahami & senang.


Sampai di sini dahulu. Perkongsian yang tak seberapa.. sekadar nak menyapu habuk dlm blog ni sbb lama takde orang tulis entri.. semoga bermanfaat.. Yakinlah, ilmu yang diajarkan kpd orang lain, pahalanya menjangkaui usia kita selagi mana ia diamalkan..


video di bawah tiada kena mengena dengan entri... saje je.. sbg slot "tazkirah in class" hehe. teringat zaman UIA dulu.


take care.
wslm.


t
Sunday, January 30, 2011 | By: Nadirah

Barakallahu lakuma!

Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jam'a baina kuma fii khayr






Tahniah buat Sr. Aishah & Suami

Semoga ikatan yang dibina sentiasa mendapat redha Allah :)
Wednesday, January 5, 2011 | By: siti suhaili

Cerita RA (Part 1)

Selepas 3 bulan di sini, alhamdulillah saya dapat siapkan satu 1st draft paper berkaitan salt, sugar and cooking oil usage in Malaysia. Namun disebabkan data-data ini merupakan “National Data”, tak banyak yang saya tak boleh share lagi tentang finding study ini sehinggalah paper tu diterima utk published (macam tu lah lebih kurang..).

Ada beberapa topic yang menarik perhatian saya utk share sepanjang menyiapkan paper ni. Selama ini saya punye mind set “Jangan makan manis-manis banyak sangat, nanti dapat kencing manis”. Tapi sepanjang su duk search journal-journal yang berkaitan dengan sugar intake, sangat susah sebenarnya nak jumpa paper yang associate sugar intake sebagai risk factor kepada diabetes. Kalau yang ada pun, yg mengaitkan sugar intake dgn blood glucose control bg orang yang DAH ADA DM. Maksudnya, belum ada paper yg conclusively mengatakan high sugar intake leads to development of DM. On the other hand, faktor keturunan dan obesity pula memang ada kaitan yg significant jugak la. (Rasa macam mengalami KECELARUAN bahasa pulak ni. Kena minta maaf ngan DBP ni sbb penggunaan bahasa rojak dan system ejaan bahasa pasar)


OK. Seingat saya, farhanah dulu buat FYP berkenaan sugar-sweetened beverages (SSB), tp saya lupa apa finding dia. Sehingga hari ini, terdapat banyak artikel yang menunjukkan significant association between SSB dengan childhood obesity. So, dietitian! Ini kerja anda! (eh, bukan.. “Ini KERJA KITA”). Paling penting untuk highlight kepada penduduk Malaysia supaya minuman manis perlu dikurangkan sejak kecil lagi, kerana masalah utamanya bukan nak elak kencing manis, tapi nak reduce rate of weight gain thus prevent obesity.





Ada lagi artikel yg mengaitkan pengambilan makanan masin dan tinggi garam akan menyebabkan added sugar intake meningkat melalui peningkatan pengambilan air. Faham tak? Maksud su, bila orang makan banyak garam, dia akan minum banyak air. Dan 16-55% dari total minuman kanak-kanak & dewasa terdiri daripada minuman manis (SSB) (He et al, 2007 & Johnson, 2008). Jadi lagi bnyak org tu makan garam (bukan bermaksud makan garam ni lagi banyak pengalaman ye), lagi tinggi kemungkinan yg dia makan banyak gula.

Another interesting finding from one article was that respondents yang dah biasa practice baca food label untuk sugar content had significantly take less added sugar daripada orang yang jarang or tak pernah baca food lable. So, kalau dietitian boleh at least mention tentang penggunaan food lable, dan menggalakkan orang ramai beli produk yg “less sugar” atau “no added sugar”, itu dah kira langkah yg cukup baik utk raise awareness masyarakat kita.




Sape2 yg berminat nak baca artikel berkaitan topic ni, key word dia ialah “sugar sweetened beverages” atau added sugar. Banyak bole jumpa. Cuba search kat “Highwire Journal”, banyak artikel free kt situ. Ok lah, till then… ada masa saya tulis lagi.
Tuesday, December 14, 2010 | By: miya

News of the New!!

Salam,


To all friends, wherever you are...


Yg disana pasti antara kita sedg..bertungkus lumus berkeje


ade juge sedg memikirkan hal2 research n acedemic ny


ade juge sedg ward round melihat patient2 mereka


juge ade yg berfikir2 berfikir berfikir..kusut minda ny


hal2 kerja..hal2 peribadi..pelbagai isu ny


How are you guys doing..?
Hope there is still smile on your faces ;)


Nothing much that i would like to say here..


Just to give you guys a peek view n updates from Kuantan


Its the New building of our Kulliyyah


:)


long had been waiting..


so here it goes...


let the pictures talk..



the parking lot

main lobby





kt tengah ni..emm not really tgh cm KOM pn







K.ira, Sr. Fathin, Zati, Dr. Azdie



emm tu je lah yg nk di sampai kan buat kali ni..

my best wishes to all of you..

moga dimudahkan segala urusan

take care~





From: both of us [hehehe nk jgk enter frame ;p]